sponsored by

Friday, October 1, 2010

BAYI MATI TERSEDAK SUSU

Sedih bila saya baca status Fb kawan mengenai kematian anak sepupu beliau akibat tersedak susu...baby tu baru berumur lima bulan...lagi sedih sebab yang bagi susu tu bapa sendiri...sedar-sedar baby dah biru dan tak dapat diselamatkan lagi.

Mula2 baca dia tulis baby meninggal sebab tidur meniarap...saya rasa pelik jugak sebab anak2 saya semua masa baby tidur meniarap sejak usia seminggu lagi..biasanya baby akan dengan sendirinya pandai alihkan muka ke kiri dan kanan bila kurang selesa...ini atas nasihat doktor kerana dikatakan boleh menguatkan tengkok baby lebih awal dari kebiasaannya...dan..memang terbukti pun...tapi kalau agak-agak baby tak alaihkan muka dalam tempoh agak lama..ibu atau bapa eloklah alihkan supaya tak rasa lenguh...

tapi bila saya baca suratkhabar rupanya tersedak susu...yang tu baru saya percaya sebab banyak kes sekarang baby meninggal akibat tersedak susu...


sepatutnya..baby yang menghisap susu botol:

1. tidak ditinggalkan atau dibiarkan minum sendiri...tunggu sampai habis...

2. jangan beri baby minum susu dalam buaian

3. sendawakan baby lepas minum susu

itu je la setakat ni yang saya boleh kongsi...apapun takziah kepada keluarga arwah baby...malang tidak berbau...tumpang sedih bila dengar cerita-cerita macam ni...

boleh baca kat http://www.hmetro.com.my

13 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

salam kak.. kesian kn? ada juga baca melalui online news,turut hiba. kesian baby tu,,

sha a.s said...

salam takziah kpd keluarga arwah....

Liza said...

salam takziah...sedih baca berita mcm nie

chiko said...

takziah for them.
mmg giler sedih bila dgr lagi2 bila ada anak kecik kat umah. malang tak berbau kan. hopefully kecuaian kecik macam ni leh d elakkan. ameen.

suzzsuzie said...

fifiey, liza, sha:mmg kesian..baby kecik lg
chiko: benda2 macam ni boleh berlaku pada siapa saja..hari ni kita baca sratkhbr esok tiba2 kena anak kita....

Zikri Husaini said...

takziah kepada keluarga mangsa... :-(

Kie-yu said...

baby mmg kena jaga dgn teliti
takleh tggal sesaat pun kan
yelah dia mana tau buat apa pun lg
takpelah kes ni harap dapat dijadikan teladan kepada yg len :)

alinac lover said...

alahai sedey nyer :(


dlm banyak2 brg..shawl je blom yong jual kak.. :) tingin juga nak jual..
leh jadi model skali..heheh

etomyam said...

memang tak boleh bayangkan betapa sedihnya ibubapa bayi tersebut...mungkinkah baby tu tak disendawakan...entahlah

suzzsuzie said...

rasanya baby tu ditinggalkan minum sorang2 kot....memang sedihla kita sbg ibu bapa bila baca

mekchu said...

lepas kes anak buah mekchu tu, makin berturut2 baby meninggal kan.. terasa seram sejuk je.. kadang2 mak bapak sendiri pun gagal nak jaga anak dgn baik..

suzzsuzie said...

betul tu mek chu..kdg2 bila letak kt taska atau pengasuh kita boleh salahkan dorg tp klu ngan mak bapa sendiri nak cakap apa? minta jauhla kes2 macam ni

nuriz said...

kerap plak dgr kes mcm ni..kena belajar cara2 nak menyusu baby le ni..bukan pakai sumbat je kan

Related Posts with Thumbnails