sponsored by

Wednesday, June 30, 2010

RMC oh RMC.......


Pantang aku kutuk RMC...mesti ada yang marah...tak suka...kalau yang elok tu semua sekolah dia la...sekolah orang lain tak ada disiplin...tak elit macam rmc...ye la...sekolah berstatus diraja...dapat itu ini semua free daripada buku sekolah, uniform, makan, siap dapat elaun lagi...nasib baik tak dapat seluar dalam free je.

Itu baru dok gebang kat rumah belum lagi jumpa dorang punya Old Putera...kadang2 dok jauh2 jer dengar, setakat nak ambik hati...setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri...
Ye la....produk rmc macamana...paling cikai pun jadi director, CEO, tak termasuk menteri yang pegang platform itu ini...hebatnya rmc...

Tapi sejak dua tiga menjak ni...dia diam je...aku cakap baru lepas tengok berita...budak rmc meninggal kena buli...dia diam jugak...aku cakap budak MTD dia kata budak Maktab Tentera Darat..itu lain...bukan budak Maktab Tentera Diraja...tak sama...suara pun ala2 makin meninggi...

Haa...sekarang nak cakap apa lagi...takkan tak nak tengok tv...takkan boikot berita bila sah2 memang kes kematian pelajar tingkatan 4 adik Mohammad Naim tu keluar paper. Lepas tu boleh cakap pulak kes terpencil. 1st time....lantakla...

Tadi dia baca suratkhabar...Komandan RMC diarah tukar serta merta...apa yang berlaku tetap menjadi tanggungjawab beliau. Menteri Pertahanan sendiri dah bagi arahan...

Aku cuma boleh cakap hebatnya sekolah tu..itu je..kalau sekolah lain Menteri Pelajaran bagi statement..now kasi hidung dia kembang kempis sikit.

Apapun pengajaran kepada warga RMC selepas ini...no buli2..ragging2 tak kira sekolah mana pun anda...kesian mak bapa dia...hantar anak nak belajar elok2 tapi apa yang jadi? Bermandi air mata darah sekalipun yang pergi tetap tak akan kembali...AlFatihah kepada arwah

oops...gambar hak milik peribadi

Komander Zulhelmy Ithnain dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Kapten yang membawa 35 anak kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman yang berlepas dari Perancis dalam pelayaran sulung menuju ke Malaysia

:
:
:


Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Dato' Sri Sulaiman Abd Rahman Abd Taib Mahmud




ps : dah mula berfikir 2 juta kali nak antar anak belajar kat RMC

Tuesday, June 29, 2010

Betulke Ni?

yo lor ko?


sekadar berkongsi...ada orang tag di FB...mula2 tengok rasa macam nak pecah perut. macam tak percaya je...kalau betulla semua ni, negeri Kelantan memang unik...




Monday, June 28, 2010

Kanak-kanak Pun Ada Penyakit Psikologi

anak yang sihat akan hidup gembira tanpa tekanan

Macam2 hal sekarang ni...bukan orang dewasa sahaja yang ada tekanan perasaan..stress..darah tinggi..tapi kanak2 pun dikesan dah ada penyakit psikologi.
Walaupun ianya bukan penyakit berjangkit tapi laporan Kementerian Kesihatan menunjukkan berlaku peningkatan penyakit ini di kalangan kanak-kanak berusia antara lima hingga 13 tahun.

Nampaknya kanak-kanak pun sudah hidup tertekan. Kesiankan? Salah satu punca yang menyumbang kepada tekenan ini adalah sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan.


Macamana ni? kalau tak ada peperiksaan bagaimana pula nak mengukur peningkatan prestasi seseorang pelajar itu? erm...


Walau apapun faktor yang menyumbang kepada penyakit yang semakin ditakuti ini, ibubapa perlu memainkan peranan. Janganlah terlampau memberi tekanan kepada anak2 hanya semata2 kerana ingin melihat kejayaan mereka dalam akademik.

Yang paling penting nilai-nilai kekeluargaan yang positif dan harmoni...barulah melahirkan generasi yang cemerlang. Yang sihat minda.


ps: Inilah akibat terlalu banyak persaingan sesama manusia...yang jadi mangsa siapa kalau bukan anak2.




























Sunday, June 27, 2010

Bukan Aida Radzwill Lagi

cantik dalam busana muslimah

Sedap nama baru ni...dulu Aida Rahim..Lepas tu Aida Radwill...sekarang dah tukar jadi Aida Khalida.Nama baru ni lagi sedapla didengar...lagipun tak elok letak nama husband kat belakang...kalau nama bapa kita tak apa lah....

Aida Khalida ni sekarang makin cantik dengan imej bertudung...aku memang minat dia, suara dan tutur katanya tersangatlah lembut...sedap didengar...senyuman dia manis..tak ada cucuk2...

Walaupun sudah bertudung tapi Aida tetap laku...banyak drama yang dia berlakon sekarang ni...tak macam sorang lagi artis tu...dulu macam2 hal berlaku..malas nak cerita...hilang lama gak...tengok2 dah bertudung...Sekarang bila dah berlakon balik dah buka tudung pula....alasan tak banyak offer kalau bertudung...

Tak kisahlah...hal sendiri kena jaga...apapun kepada Aida...semoga dia lebih tabah menghadapi dugaan.......lagipun dia masih isteri Joe Radzwill.....












Saturday, June 26, 2010

Argh...banyak songeh betullah....

Tak tau la benda ni menjadi ke tidak...lepas post entri tetiba kat shoutmix mommy Yen bagitau yang aku punya entri tak boleh dikomen...tq mommy Yen..lagi sekali.



Tak tau la kenapa sebab aku ada try nak add commentLuv kt blog aku..semua dah ok...intense debate semua dah ok...tapi tetiba hilang pulak ruang post komen..



Macam2 la problem sebab aku belum tau apa2 lagi...masih hijau sangat kt alam blogging ni...buat itu ini semua was2...nak add widget pun ada problem...pas tu tengok orang semua ada nuffnang aku pun copy & paste je..lain2 aku tak tau...



Ini cuma post percubaan je...nak tengok komen dah boleh antar ke tidak kat entri aku.....

ps: testing..testing..123...

Merah-merah Tu Apa

tuan tanah

rambutan sesat
banyak lagi kat atas pokok tu
merah-merah semuanya...geram


Jalan-jalan ke Hulu Langat...singgah rumah kawan lama masa kerja kat Yellow Pages dulu...lama tak jumpa..hi-tea kat rumah Kak Bai ni...mula-mula dia hidang spaggetti bolognaise...ada kuih talam..cekodok pisang pun ada...

Balik..sebelum naik kereta dia pun sibuk la bercerita itu ini...tiba2 tangan dia berenti....mata pandang ke satu arah...
eh..apa yang merah2 tu......
pause...
laaa.....rambutan aku rupanya!!!
isyk..isyk..isyk...pokok sendiri pun tak tahu berbuah ke tidak..lebat pulak tu...
Nampak sangat tak turun tanah....



20 perkara yang perlu dijawab

Erm..serba salah nak jawab tag ni....20 perkara tentang aku nak kena jawab...sebenarnya aku ni tak berapa suka sangat nak expose diri ni tapi rasanya okayla kot...bukan susah sangat pun nak jawab.


Aku kena tag dengan mommy yen...rakan blogger yang baru kukenal. She's sarawakian...first i thought she's chinesse...biasala 1 Malaysia..susah nak cam...mmg aku follow la blog dia sbb aku suka blog dia...siapa2 yang rasa berminat nak kenal bolehla jenguk blog mommy Yen ni ye...Dia pulak dapat daripada whiteymommy a.k.a Nisha

Kiranya blog ibu2 la ni..

okay...nak jawab tag:

1. nama ku tersangatlah unik...dah google memang tak ada yang sama dalam dunia ni..
2. Are you Malay? soalan yang malas nak jawab
3. sebelah mak..melayu - Thai...sebelah bapa melayu - Cina 4. jarang dapat selsema...mungkin 3 4 tahun sekali..boleh kira
5. mak kata aku breastfeed sampai umur 7 tahun..pecah rekod...
6. suka makan nasi paprik...esp yang mask sendiri.. syok sendiri.......serius sedap
7. kahwin lambat....orang kata choosy padahal grad pun umur dah nak masuk 25..
8. tak suka angka kecuali no 1..tak payah campur2..pening kepala nak kira
9. tak pernah gaduh sampai umur 29th...pecah rekod lepas kahwin jadi kaki gaduh..boleh tya
incik suami
12. sensitif.......
13. tak suka orang cakap belakang...hipokrito, pretender
14. sangat tak suka kucing...macamana ni? kucing tu kesayangan nabi.....bila ada bulu kucing aku uwek sampai mengeluarkan segala isi perut yang ada (sila jangan loya)
15. tak makan ikan air tawar langsung..janganlah bagi lauk apa yang pelik2..aku simple...ayam
goreng, telor goreng pun pun takpe hari2...
16. pantang minum air kosong lepas makan...mual
17. buat 3 perkara serentak..makan, baca buku & tengok tv...sbb tu tak suka makan rumah org...
18. obses dengan aksesori...pantang tengok earing mesti rembat sepasang dua..dh takde
tempat simpan
19. sukar didekati.....kalau dah kenal baru boleh bertepuk bertampar
20. pemaaf....easily to forgive but it's hard to forget


itu saja kot......

Friday, June 25, 2010

Saya Tengok Bola Sama Bapak

Malam-malam.....

Si pembantu rumah - Masuk pukul 10 je dah terkebil-kebil. Tersengguk-sengguk, genyeh mata bila orang panggil...

Mengantuk la sangat..letih bangun pagi pukul 6 nak siapkan anak majikan nak pergi sekolah...nak masak air, nak mop lantai....majikan pun faham..kasi can tidur la awal.

Orang datang rumah pun kalau kejut suruh buat air, dia mamai...so majikan buat sendiri. Malas dah nak suruh2 buat kerja malam. Kesian..
Banyak sangat ke kerja?? letih sangat...

Sejak musim World Cup ni lain pulak ceritanya...

`Bik..tak masuk tidur ke...sekarang dah jam 12..tak nagntuk lagi ke....esok kamu nak bangun awal'

`Tak apa..ibu tidur dulu ya...saya masih belum ngantuk...mau tengok bola...'

Aiks....
suruh aku tidur dulu?? abis dia nak tengok bola dengan sapa??


`Ibu jangan khuatir...saya tak takut tengok malam2 nih...saya teman bapak tengok bola....'

Bapak pula jawab : Biarla......dia nak tengok bola tu.....

Selama ni kalau suruh lipat baju pun boleh tertidur...baru pukul 9.00, alasan tak biasa tidur lewat...Tunggu la lepas world cup nnti...

ps: cerita ini tiada kena mengena dengan diri sendiri...sekadar mendengar luahan hati temanku yang tak dapat tidur malam sejak world cup ni....

Thursday, June 24, 2010

Kau Pergi

Pagi Jumaat yang indah.

9.30 pagi- on komputer. check e-mail.

inbox:

Suzz, Dhar dah pergi semalam...dia accident habis nyawa sebaik sampai hospital kajang. keluarga dzaa akan simpan Dhar.......pagi ini di Kelang...aku dah call dzaa.......semalam..sebak baru ada niat nak gi tengok mak abah dia dengan dharr bila ko sibuk2 tya pasal dia hari tu


aku terdiam. tak tau nak cakap apa.

memang aku dah banyak kali teringat nak pergi tengok Dzaa, besfren aku masa study dulu. mana2 pegi mesti bersama. sampai tidur pun sama pergi lepak kat rumah mak dia kt Sri Andalas.

Lagipun kt sana ada Dharr..

Lately ni aku ada tanya pasal dharr pada ezah kwn baik Dzaa...dia pun ada cakap nak pergi tengok dharr, mak bapak dia juga...aku siap pesan kirim salam la..merepek meraban macam2..& ada plan jugak nak jenguk kawan aku juga....

tapi bila dapat msg ni pagi tadi........aku tiba2 jadi sedih

Tu la padah bila suka bertangguh...akhirnya aku tak dapat jumpa langsung

Kini pagi Jumaat semakin berawan dan ... adakah hujan akan turun sebentar nanti?

Takziah kepada keluarga Dzaa...semoga roh Dharr Pujangga ditempatkan di sisi orang2 beriman...

Al-Fatihah





Wednesday, June 23, 2010

Mana Ada Nama Perempuan???

Seorang teman mengadu...

Dia makin jauh dari I padahal we all baru je kahwin time tu

dah dekat setahun..i kena dok luar dulu...
kena separate dulu nak tengok dia macamana...
Alhamdulillah...sejak berpisah dia dah makin rajin call
malam ni abang nak jumpa (excited giler kawan aku ni...siap tepuk2 tangan lagi
Now...minta apa semua dapat..mintak laptop dapat..nak buat hair extension pun dia
support...sebut aja nak apa...i happy gila ni kak...

Then....dia kata...

I ingat nak balik rumah la lepas ni. I nampak dia dah makin sayang I (nada menyesal)
Lagipun rasanya I yang dah buat silap...may be ...may be I tak cukup baik selama ni.

dari dulu sampai sekarang I check henfon dia tak ada pun dia curi2 call perempuan ke, sms
perempuan ke...Alhamdulillah...


Teman2 rapat semua lega...


*********************************************


lepas 2 minggu balik rumah...


I nak divorce...dah failkan kes...
Kenapa????
Dia ada konfron dengan I...
Dia ada kekasih gelap........
ZARUL...
hahh???

patutla..sampai kiamatpun ko check memang takkan ada nama perempuan sbb dia tak minat...

ps: sorry to hear that news my fren...pity you....semoga mendapat jodoh yang baik selepas ini

Sunday, June 20, 2010

Demam Selsema vs Demam Bola

Agak2 Brazil menang tak malam nanti


BRAZIL OH BRAZIL



Penyokong.......


BRAZIL BOLEH!!!

Habis satu rumah demam....lepas sorang..sorang...
aku pun demam gak...dah berapa hari dah tak baik2 jugak...
takut jugak la sebab gelombang ke-2 H1N1 sekarang ni...kena hati2 la sikit
punca demam aku tak tau la pulak..nak kata berpanas berhujan takada...berjangkit?? tak juga sebab semua dok kat rumah...tak tau la virus demam bola yang berjangkit.
Semua sakit2 sejak Piala Dunia 2010 ni je...sebelum tu ok semua...maklum je la makan bola tidor bola..tak tau siang tak tau malam...kesihatan dah jatuh no 2...
Kadang2 boleh sawan bila tengah sedap layan mimpi...


GOAL!!!!


potong stim abih...psl tu la kot aku boleh demam...silap2 boleh sawan...

Malam ni Brazil vs Ivory Coast lawan...aku nak dok depan tv..demam pun demam
la...

























Saturday, June 19, 2010

ABAH...DADDY...PAPA...ABUYA....BABA...HAPPY FATHER'S DAY

Abah dengan cucunya...my 8 years old sun...Ojeem

Ada orang panggil Apak, bapak, papa, daddy (anak2 aku panggil bapa mereka), buya asal abuya, baba (anak sedara panggil), ayah, ayahanda dan macam2 lagi gelaran..tapi aku panggil abah...cucu2 panggil tok abah....

Panggilan abah tu lagi mesra malah jiran2
kat kampung baik tua ke muda semua panggil bapa aku abah...orang yang lebih tua pun panggil abah gak.

Last week abah, mak dan adik2 aku datang berkunjung ke rumah...sebenarnya ada wedding...sempatla aku bersama abah...rindunya kt orang tua tu...

Aku memang rapat dengan abah...semua orang kata muka aku macam abah, anak abah dan paling best seumur hidup aku...belum pernah aku kena marah dengan abah...seingat aku cuma sekali je itupun pasal apa aku tak ingat...rasanya tak siap homework kot...masa tu aku masih tadika....


Aku tadika kat La Salle di Klang...jauh tu dari rumah..time tu dok Sg Udang...kenapa? sbb abah nak anak2 dia pandai cakap omputih...jauh pun jauhla...kalau boleh dia nak aku kahwin dengan omputih (serius ni...), dia pernah ckp kt aku.

Suratkhbar pun tak boleh baca suratkhbar melayu...abah mesti carik The Star ..surat khabar melayu dia suka baca Harakah aje..hehe..

Lagi perangai pelik abah, hari2 keje dia membaca dictionary....siap dengan pen highlight segala...pas tu dia boleh catit pulak yang mana verb, adjective, adverb..macam nk jadi cikgu pun ada...pelik2...

Abah memang rajin...dulu2 masa sekolah dia akan ambik dan hantar aku pergi sekolah...kawan2 aku pun dia buat macam tu...semua hal yg berkaitan sekolah abah akan buatkan untuk aku..fotostat..pos mengepos...jadi supir aku la masa tu...tak pernah sekalipun dia membebel...baiknya abah....
Bab makan pula, abah aku tak makan daging...alergik..seluruh keturunan dia tak makan daging...jangan nak tipu la kalau letak perisa pun dia boleh tau...nnti dia boleh muntah hijau (sila jangan baca klu geli)....suku sakat sebelah abah even adik beradik aku pun tak makan daging (rugi...)..nasib baik aku ngn mak makan daging....

Lagi...abah tak makan ikan air tawar...masak la mcamana sedap pun, takkan ada orang yang makan kt rumah aku tu...kecuali mak...so, kalau mak terasa nk makan dia kena beli ikan yang dh siap diperap semua then masak la...tapi jangan suruh aku basuh pinggan...aku akn muntah hijau (lg cerita geli)..ikut perangai abah...

Macam2 perangai abah yang membuatkan aku selalu merindui gelagat abah....sekarang abah dah balik kampung...tak sabar nak balik kampung raya nnti...

Semoga panjang umur abah....Happy Father's Day to you


ps: Happy Father's Day juga buat Mr Lee...bapa kepada anak2ku....
























Dapat Hadiah Contact Lens

ini bukan fresshlook illuminates punya contact lens...belum sempat pose dah terkoyak


erm....aku pun sebenarnya dah lupa pasal ni...lama dah kot...almost 1 month...

tetiba aku ternampak 1 envelope atas meja...erm..lagipun masuk contest tu pun lepas baca

blog..aku main jawab je la soalan2 dia yang lebih mudah daripada soalan UPSR.


bukak..ada contact lens siap dengan powernya sekali for both sides...

FreshLook illuminate daily disposable lenses...1 pair + 30% off second box voucher

validity 15 July 2010...

Pas tu aku pun dapatla emel daripada freshLook minta aku share dengan orang lain...malas

sebenarnya, bukan dapat apa...tapi memandangkan aku pun dapat free...x rugi rasanya kalau

share sikit dengan sesapa yang berminat nak tau & dapat barang free.

so pada sesiapa yang berminat just visit http://www.freshlookilluminate.com/

lain2 aku tak tau...closing date rasanya dah lepas tapi tak rugi if nak mencuba nasib

results :

1. mmg best pakai, ringan..macam mata asli

2. anak mata memang lebih bulat, nampak sharp & lebih besar (skg dah tau rahsia)

3. Mata kelihatan bersinar-sinar

bukti?? aku xleh nak letak sini sebab mata aku pakai lens ke x pakai lens ke memang dah

terlebih cantik...lagi satu aku tak sempat nak pose dengan contact lens tu, baru nak tarik keluar

dah terkoyak...moral jangan berkuku panjang...salah sendiri..

tengkiu FreshLook...


Tips : kalau nk pakai contact lens make sure kuku pendek...












Thursday, June 17, 2010

Makan Durian Boleh Awet Muda





Tak tau pulak buah durian boleh awet muda...lagipun aku bukan suka pun makan buah durian ni...telan boleh la tapi nak kata `craving' tu tak de la...biasa2 je...

Tapi kt sini aku nak share sikit khasiat buah durian yang aku baru tau...

Rupanya durian ni mengandungi asid amino, vitamin B, C dan E termasuk kandungan anti oksidan yang sangat tinggi.

Anti oksidan ni membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok...dengan ini ia mengurangkan proses penuaan...awet muda.....

Dan...paling mengejutkan ianya baik dimakan ketika demam...haa?? biar betul...setau aku kalau makan durian banyak2 boleh demam....


ps: ada orang cucuk botoks utk awet muda...ada orang makan tempe je utk awet muda...apa2pun pilihan masing2...jangan terlebih makan sudah...nnti lain cerita pulak jadinya







Related Posts with Thumbnails