sponsored by

Monday, April 30, 2012

HARI PEKERJA UNTUK SEMUA

Selamat Hari Pekerja...bagi yang bekerja. Kalau bukan anak2 aku cuti hari ni..sah2 aku tak tau hari ni Hari Pekerja sebab dah lama aku tak kerja. Jadi aku tak ingat langsung dah tarikh 1 Mei ni...

Sekarang ni aku kerja sendiri maknanya aku kena bekerja di hari orang bercuti..pernahke aku cuti pada Hari Pekerja?

Seingat aku la kerja pertama aku selepas habis belajar..masa tu aku belum graduate tapi rezekilah katakan, kerja yang aku apply terus dapat walaupun ketika itu beratus2 yang dtg interview sama dengan aku. semuanya dah ada experience, dah pernah menjalani latihan praktikal kat situ tapi rezeki aku agaknya...alhamdulillah...terimakasih NSTP kerana ambik aku bekerja..

kerja aku tak macam orang lain..hari minggu kerja hari biasa aku off day..kadang2 masuk kul 3 ptg balik kul 12 malam..hari raya pun aku kerja termasuk pada Hari Pekerja...

kerjaya kedua aku pun sama..hari raya ke, hari pekerja ke, public holiday itulah hari2 aku bekerja...kadang2 masuk kul 5 pagi balik kul 11 pagi...hari raya pun kena masuk bertugas...maknanya aku tak cuti jugak di Hari Pekerja...sebab klu cuti macamana orang nak tengok tv..hari cutilah citer best2..

kerjaya aku seterusnya pun macam tu jugakla...hari2 cutilah orang sibuk nak buat event itu ini yang sah2 memerlukan kerahan tenaga aku...

Tapi aku sangat2 bersyukur walaupun aku tak kerja macam orang lain, lebih baik daripada dok melepak kat rumah takde kerja...

Hakikatnya walau di mana kita berada kita adalah seorang pekerja...termasuk surirumah yang tak habis2 bekerja untuk suami dan anak2...

Selamat Hari Pekerja untuk semua...

okeylah..stop kat sini aku ada kerja nak buat..nak basuh pinggan, nak mop lantai dan macam2 kerja dok menunggu..

Happy Ending

At last....setelah berbulan2 aku berhempas pulas membega sini dan sinun akhirnya blog aku telah kembali dgn jayanya.. aku pun tak ingat camana aku berjaya mendapatkan balik blog ni...yang pasti aku kena cari kat google chrome. kalau google biasa je aku cuma dapat tengok header jer...
masih musykil lagi cuma bersyukur je la setakat ni..tak nak pening2 kepala...yang pasti template pun dah berubah sebab aku tukar baru...

tak nak cakap banyak...syukur.....alhamdulillah
Related Posts with Thumbnails