sponsored by

Thursday, April 29, 2010

Bahasa Rugged La Konon........


Sekadar berkongsi fenomena pencemaran bahasa yang rasanya agak kurang sopan. Antara perbualan remaja dalam kehidupan seharian adalah seperti di bawah:


1. Kerek betul la lu Fara....Gua mintak pinjm pen pong kedekut!!


2. Wei sengal...lu x nmpk ka gua tgah sangap giler ni!!! soru pon miss taw


3. Thayunk, jom la date arie ni...kol I balik taw


4. Aq mlas arr...!! nk tegk tb jer neh


5. Dierg ni byk jejer ehh?


6. Gua x larat sehhh!!!


Kalau beginilah cara penulisan mereka dan hal ini berterusan, nampaknya makin berkuranglah remaja yang berkemahiran dalam bidang penulisan. Jangan perkataan-perkataan macam ini digunapakai semasa menjawab kertas peperiksaan Bahasa Melayu sudah...Garu kepala pemeriksa nanti.


Fikir-fikirkan.........

Jom Jalan-Jalan Gi Pulau Pangkor

Lyana Villa.....the place we stay




Such a beautiful scenery @ pantai Teluk Nipah...time ni ramai lah dok lepak nak snap the precious moment




souvenir shop pun ada .... pilih je



Tak payah susah2 nak bawak beg besar...swimming attire semua ada dijual kat sana


Juz arrived....had our lunch at pantai Teluk Nipah




Baru sampai ni Jeti Lumut....awal pagi...so we had breakfast first...


Tiket dah beli...open tiket rm8/person....budak bawah umur free la naik feri nanti


Till then, selamat bercuti........



















































































































Gathering oh Gathering

Tak puas bergather2 sebelah siang....sambung ke malam pulak....kat Nasi Lemak Antarabangsa

Lepak-lepak kat Aunty Antz dulu....then plan untuk sesi sebelah malam pulak.......


Ops...sebelum tu dah lepak kt KLCC....berapa sesi pun tak tau daa...perut sudah kembung



Sebenarnya nak buat gathering ni dah lama...discussion was between me and my fren, Along member time study dulu...Ye lah kalau tak plan mesti tak jadi semua sebab masing2 ada kerja dan komitmen...


Susah2 time Emi turun KL..apalagi i dengan along set the venue & do our own small gathering. Kalau nak tunggu semua ada confirm tak menjadi. So, Emi turun dari Kuantan...Mami Ezah
turun dari Perlis....me, along dan Rubi jumpa kat KLCC la senang...lagipun mami check in kat Concorde....malam tu Epol pun datang sama...


We had a very fun day...dari petang ke malam tak habis2 dok gelak....macam-macam segala cerita mak nenek keluar....nak hilangkan rindu pada kengkawan, malam tu we all call Yus kt Penang...saja nak kasi depa jealous...


P/s : miss gelak2 dengan you guys....another session is in the making....












Wednesday, April 28, 2010

Bagan Lalang Lagi


Kat sinilah kaki pancing dok melepak...banyak ikan

Tiba-tiba teringat nak makan ikan bakar...kat mana best yer...erm..kalau nak makan ikan bakar dengan view yang indah mestilah ada pantai kan? Rasanya kalau terdekat mestilah Pantai Bagan Lalang. Nak pergi Morib tak best sebab pantainya tersangatlah kotor sebab dengar kata under renovation.
Dari Cheras (mestilah rumah i kan..), terus ambik jalan ke Kajang terus ke Bangi then akan nampak Signboard ke Sepang...ikut jalan lama sebab tak kena bayar tol...heheha...

Dari situ tak susah dah kot......jalan terus sampai Pekan sg pelek. Then, carilah arah ke Bagan Lalang....susah2 set GPS okey?

Kalau tanya orang Kl/Sel pun rasanya tak ada orang pun yang tak tau Bagan Lalang ni...Best lepak sana...sah-sah ada banyak resort boleh check-in. Antaranya Bagan Lalang Beach Resort, Seri Malaysia dan terbaru ni Sepang Gold Coast, hotel terapung yang terpanjang di Asia tu...time i pergi dah 100% siap resort tu. Resort2 kecil yang lain memang banyak la jugak. Pilih jer nak duduk mana.
Tapi kalau nak makan seafud tu faham-faham je lah...siap beratur...ambik nombor...berderet-deret kereta dah tunggu...dalam pukul 5 ptg org dah beratur...memang banyak choice...pilih je nak makan kat mana. Makan pun tak mahal sangat...dalam satu family 6 orang makan tak sampai rm200 pun...mana nak cari woo..

Bagi yang suka bergambar..bolehlah snap sini sana sebab pemandangan pantai dia memang mengkagumkan....memang orang dok tunggu nak snap view sunset....kat situ lah video clip lagu cerita Cinta Balkis dibuat...i love the scenery...wonderful...

Sebagai buah tangan rasanya tak sah kalau tak singgah di gerai-gerai tepi jalan tu...kiri kanan jalan boleh nampak ramai orang menjual dragon fruit...murah-murah & fresh lagi....










Wednesday, April 21, 2010

Makan2 @ Dayangkek Lapis


Makan-makan kt rumah dayang kek lapis yang dah makin populer tu....
dengar kata buku Asas Kek Lapis yang dijual di Pesta Buku 2010 di PWTC hari tu dapat sambutan hangat..abis la lepas ni...tak boleh carik makan..semua customer dah pandai buat kek lapis..hehehe....

Time aku smpai sana punyala ramai student dia tgh dok belajar melapis kek....erm...terkejut gak aku...siap ada reporter, photographer dok tgh snap sini sana...owh...(glamer la pas ni kwn aku ni)...

So, tanpa rasa segan dan silu..aku terus capai pinggan....the menu was so tempting........

Menu : nasi pelangi, ayam masak merah, dalca daging, acar mentah dan tak ketinggalan...papadom la...(so crunchy).

Desert : choc & strawberry triffle, cheese cake, swiss roll, jelly & fruit cake
Selesai acara makan2, dayang pun panggil i untuk sesi bergambar untuk majalah Aniqah...keluaran berapa tak tau la pulak...snap sekejap then i terpaksa mintak diri...need to off to Subangjaya.


Ps: Thanx for the treat my dear...wish u all the best & become famous in future








Tuesday, April 20, 2010

Recording - Kad Merah Kad Kuning


Schedule : May 2010
TV9
Venue : Futsal de Samba, PJ

Rakaman ni diadakan untuk promosi sebelum Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung Jun nanti...Game ini membabitkan tiga kump di mana setiap kump akan dipasangkan dengan seorang artis...
Sepatutnya rakaman anak i, Ojiq pada hari khamis...nak dijadikan cerita malam tu agensi yang uruskan jadual rakaman call i bagitau Ojiq diminta datang sehari lebih awal...

Untuk Ojiq dia akan beraksi untuk episod 7...rakaman yang sepatutnya bermula 12 tghari terpaksa ditunda ke pukul 1pm...biasala...namapun rakaman...

ok...Kamipun lunch dulu la ... perut dah berkeroncong...macam2 lagu ada...lagipun meal semua provided...cuma perlu bawak diri je...

Sepanjang rakaman tu memang fun habis la sebab Ojiq ni digandingkan dengan pelawak yang tak asing lagi especially di saluran Astro...sape lagi kalau bukan Azrul Zaidi raja lawak tu...










Monday, April 19, 2010

Tips Bagi Wanita Keluar Malam...Awas ya...

Keluar malam bersendirian atas alasan apa sekalipun....memang tersangatlah membahayakan bagi seorang bergelar wanita....

Samada anda keluar bekerja..atas tujuan sosial...atau sekadar keluar untuk ke kedai...kemungkinan anda diragut, dirogol, diculik atau mungkin lebih dasyat lagi dibunuh tetap anda. Mungkin bukan sekarang tetapi langkah-langkah persediaan menghadapi kemungkinan diserang itu tetap ada.

Apatah lagi anda mungkin tidak tahu bahawa anda diperhatikan...anda melakukan rutin yang sama setiap hari dan merasakan diri sudah begitu selamat kerana selama ini anda okey okey saja....

Saya rasa beruntung sangat pagi ini bila berkesempatan menonton MHI dengan topik yang sangat menarik yang rasanya perlu dikongsi bersama anda di luar sana. Lebih seronok menonton pagi tadi bila tetamu jemputan adalah sdra Kamal Affendi, penganalisis jenayah yang sangat la popular akhir2 ni...


Tips yang ingin saya ingin kongsi ini memang ada yang agak kelakar tapi memang logik dan masuk akal la diamalkan oleh semua wanita...bukan wanita pun boleh jugak la...(nnti ada yang kecik hati pulak).

Antara Tips yang boleh diamalkan adalah:

  • Break the profile (samarkan personaliti)... eg : kalau keluar kerja di waktu malam atau awal pagi lebih seeloknya jgn la nampakkan yang anda tu seorang wanita...tak payah pakai kasut tumit tinggi (esp penunggang motosikal). Ini mengelakkan mangsa mudah dikenali
  • Kalau pakai tudung, masukkan tudung dalam jaket ke...sweater ke...supaya pemangsa tak tahu yang anda seorang wanita

  • Cuba berbual2 menggunakan handphone...berbuallah dgn seseorang ataupun sekadar berlakon (nampak macam tak betul pun x kisahla) ...klu boleh kuatkan nada suara anda okey?
  • Duit syiling jangan lupa bawak..simpan la dalam poket ke dompet...senang bila kredit abis
  • bla shoping tengah malam...biasala pompuan...dapat shoping kt uptown pun jadi.......jangan keluarkan dompet anda...klu boleh letakkan duit secara berasingan dalam poket yang berasingan
  • lighter...banyak pun tak per...kt dlm handbag ...dalam kasut..dalam poket....senag bila kena culik pas tu kena buang dalam hutan..tak le bergelap...he..he
  • penyembur serangga/nyamuk kt dalam beg (kalau beg besar la...hobo style konon)...penyembur lada tu kecik sgt....kalau ada org dtg dekat boleh serus sembur
  • alarm kereta di tangan....guna yg bunyi pelik2 sikit...biar senang tarik perhatian kalau anda didekati org tak dikenali
  • bau2an yg busuk (sejenis alat bau kentut)....ada jual kt pudu plaza..ha...klu kena serang sembur je....mau tak lari lintang pukang orang tu....ini bau power punya...klu pakai minyak wangi org dtg dekat kita
  • pakai rambut palsu ala2 org gila....bila memandu...anda confirm tak didekati
  • ketawa sorang2...klu dok dalam lif....biar org pikir anda gila tak pe
  • pakai gigi palsu yang bertaring....ha..ha..confirm org ingt anda zombie
  • klau dah tak tau sangat nak buat apa...cuba korek hidung....biar org ingat anda pengotor dan takde siapa nak rogol anda pun


Memang tips yang diberikan ini kadangkala nampak cam tak logik dan kelakar tapi cubalah anda praktikkan...serius ni.........


Thursday, April 15, 2010

Cinta Beralih Arah ke Seberang

Bila baca suratkhabar semalam, macam2 rasa dalam diri I ni..pahit, masin, kelat semua ada...dalam tempoh 5 bulan je 80% lelaki tempatan berkahwin dengan wanita seberang especially wanita Sumatera..apa sudah jadi?

Itu yang mendaftar, kalau yang tak berdaftar tu tak taula berapa ramai lagi...rata2nya pulak beragama Islam...teruk betul lelaki tempatan kita ni...rata-rata isteri ke2 mereka ni pulak bertemu di Malaysia dan bekerja sebagai pembantu rumah, pekerja kilang dan pencuci aka cleaner...

Melampau betul lelaki kita Malaysia ni...mostlynya Melayu la sebab kes-kes membabitkan bangsa asing ni cuma 2 kes aja.

Lebih menyakitkan hati kat laman sosial facebook..rata2 lelaki kita sokong abis & dok kutuk2 perempuan kita...geramnya..nasib baik xde depan mata...rasa nk cincang lumat je dorang ni..(sabor2..sambil urut dada)..emosional la pulak...

Alasan diaorang ni semua tak logik, antaranya :

1. Hantaran kahwin wanita Malaysia ni tinggi sangat
2. tak pandai jaga badan (
3. Tak tahu jaga badan
4. Tak pandai buat kerja rumah
5. tak pandai memasak
6. tak pandai bersolek
7. dll...malas nak list down semua...baru tengok separuh dah menggigil..

Lelaki2 tempatan ni bukan main lagi mengutuk habis-habisan perempuan kita.. Apapun alasan diaorang ni..memang dah lelaki kita especially Melayu ni memang dah perangai suka nak tambah cawangan...kalau pasang kat negara jiran lagi global kata diaorang..

Apapun, wanita tempatan lepas ni kenala berhati-hati dengan pembantu rumah anda..jangan tup-tup tau dengan suami2 kita dia bantu jaga....

P/S : orang suruh jaga budak dia sibuk nak jaga bapak budak...

BBQ @ 19 Jalan 2


It was very fun day.....actually it wasn't a planned bbq session...Tah mcamana lepas balik beli groceries..hub ajak wat bbq dgn kids sumer.. i apalg mmg suka la coz dh lama x de sesi2 bbq ni...about few month dah x buat.
Then lps asar, i ingt nak marinate fish & chicken sumer la..OMG ...surprising me coz it's ol done...a secret recepy from hub...katanya rahsia..ok fine...kedekut ilmu ek...
Mlm tu dia antar ol that marinated stuff to be grilled the next day to his mum's hse..nak buat kt tmn murni plak..ok..ok..another fine from me..
MIL juz masak nasik & buat sup telor...& kids started to grill ols the very fine & nicely wrapped talapia and chicken...ops..not forgetting the sausages....
Mission completed.......

Wednesday, April 14, 2010

Helo Melo


Im juz a beginner...a lot more to learn..


I was thinking of having my own blog so long ago..`bout more than a year...


Will start blogging since i have plenty of time at home..nothing much to but except once a while


job assigned to me...


Something to say to myself `SELAMAT DAtang Ke ALaM BloGginG
Related Posts with Thumbnails