sponsored by

Saturday, October 30, 2010

Siaran Tergendala

akhirnya aku tak dapat bersiaran seperti sediakala....sehinggalah segala urusan selesai selepas ini...dan aku akan mula bersiaran dari tempat lain. mungkin siaran tergendala untuk seberapa ketika...

Apapun Tahniah kepada pasukan Kelantan. Nampaknya Piala Malaysia turut beralih arah seperti aku....

Tuesday, October 26, 2010

Kucing Jer

aku cuma mampu tersenyum balik bila teringat...walaupun dah lama tapi aku tetap tak boleh lupa cerita ni..nak kata lawak..biasa je..nak kata bodoh nasib baik bukan aku...

time ni aku baru form two, wakil sekolah acara olahraga..so tiap petang mesti praktis kat padang warm up bagai....

tetiba adalah sorang budak perempuan yang datang melepak sama...erk...dia melompat ke belakang...pas tu siap cium2 tapak tangan....

budak pompuan: eeii..busuknya kat sini....korang tak bau apa2 ke

akula: aah..baulah...rumput kot....bau rumput memang busuk sikit

budak pompuan: tak la...ni bau tait kucing ni...busuknya...(sambil tutup hidung)
gelila weii...sapala berak kat sini...menyusahkan orang je

semua terbeliak mata...haa???

cikgu pun gelak2...bodoh betul la azlina tu...cikgu aku cakap....

dah tait kucing...sapa lagi punya kerja..betul tak? kita orang gelak la ramai2....padan muka

ps: azlina tu nama samaran ke nama betul lantak pi la...kalau dia terbaca mesti dia gelak sama

Monday, October 25, 2010

LELAKI ITU

entah kenapa aku tetiba macam gugup...terbayang-bayang wajah tampan lelaki itu...terdengar-dengar suaranya yang husky itu...

Lelaki macho: i wanna bring you out jap lagi..kita keluar makan-makan jap

aku: ha??..makan-makan??

lelaki macho: ye..makan-makan..kenapa? suruh anak-anak you bersiap..kita keluar makan sekali

wah...baiknya lelaki itu...nampak sangat dia ambil berat soal anak-anak ku juga...tapi kenapa aku jadi malu2...apakah aku jatuh cinta sekali lagi?


aku cuma mampu senyum

**mami....bangun mami....dah lambat ni nak pergi sekolah***

erk....kenapa jadi macam ni..kan dah hilang lelaki tadi


***************************************************************************************
petang tadi..hujan lebat..petir sambar menyambar..aku cuba membayangkan tentang lelaki macho supaya muncul sekali lagi...tapi sayang....aku jalan jumpa $...jalan lagi terjumpa$...$$$$

apakah maksud....mimpi di siang hari

Sunday, October 24, 2010

Teringat Ben Ashaari

Dua malam lepas aku agak terkejut jugak sebab follower aku meletup-letup sampai 16 orang follower dalam masa 1 jam...

kira sejarah la bagi blogger baru macam aku ni....lepas post entri terus je orang bagi komen...then aku bukak nuffnang dalam pukul 11...wah...mencanak gila....

Kat shoutmix ada yg tulis terjah dariblog Ben Ashaari....wah..penangan BA ni memang hebat la...dua kali dia promote blog blogger baru dua kali tu la follower aku laju...pas tu cam sejuk beku...tak pun suam-suam kuku je...

bukan aku buat tajuk pasal artis pun, tajuk cuma anak jepun....agaknya kalau buat tajuk selipar jepun pun ramai orang baca entri time tu...

Thank you ye en Ben...jadi sesiapa yang agak-agak nak blog dia femes jap tu cepat-cepatlah bagi link kat Ben Ashaari bila dia nak buat list blogger baru...serius tak sia-sia...

follow pun tak rugi sebab BA memang selalu buat entri baru..jadi tak le bila jenguk asyik baca entri yang sama...dan lagi, entri dia tak de la melalut panjang-panjang...

dan lagi, kadang2 dia ada post gak gambar dia...tak rugi kan sebab BA ni hensem orangnya....berketul-ketul...setakat Awie, Norman Hakim tu berketul apalah sangat....haha..korang boleh cuci matala kiranya...

Apapun...trimas kepada Ben Ashaari kerana dua kali tolong promote blogger kecik cam kami ni

MY RAYA MOMENTS - CONTEST

Ini contest la...penganjur sendiri, Bro Eyriqazz kata tarikh tutup 31 Okt 2010...masih ada masa lagi...bukan nak berangan sebab aku tak raya tahun ni..abah masuk hospital...sakit kanser..sedih

Terimakasih bebanyak la kepada Eyriqazz dan penganjur bersama MySuperKids, Viruspadu , LittleKidsPhotography , Fitrihadi , dan special additional by Redmummy.com (rm150) dan Denaihati (rm200). Thank you sponsors

Inilah pic `My Raya Moments' tahun lepas yang aku paling suka...sebab aku berjaya menghasut incik suami memakai baju melayu siap bersampin pink...satu family pink...jangan jeles ye viruspadu.

yang lelaki memang tak puashati sebab dorang kata bangla je pakai pink....aku wat derk..puas siap nak frame lagi

jemah-jemah tak sabar nak makan carrot cake...

lagi best bila dapat makan carrot cake sebab birthday chiko jatuh 200909...sampai bila2 takleh lupa..dan tahun tu jugak chiko sefamily raya sini...last year puasa dan raya kat London. Yang dok mendongak tu Farah yg tersangat bangga dengan tiba2 muncul depan pintu cakap nak raya kat Malaysia..tak sanggup nak raya kat Jeddah..hahaha..

model-model wanabe tak habis-habis posing...yang baju merah tu nak lawan redmummy katanya...nak jadi model LittleKidsPhotography boleh?

superkids betul budak-budak ni....boleh menganyam dan menjahamkan sarung ketupat...habis daun nyor ni..


siapa kata Malaysia dan Indonesia tak boleh ngam....best la moment ni sebab sambut raya dengan jiran...kita serumpun dan bersaudara....PEACE
my raya moments with my long lost bestfriend, along..memakai baju pink ni...tak jumpa sejak grad ... yelah..15 tahun terpisah ..jejak kasih la

jadi kepada anda yang masih rasa teringin nak join contest, senang je syaratnya:

1. buat satu entri bertajuk my raya moments. sharelah gambar kegemaran anda untuk kenangan raya terindah/lawak/apa saja yang anda rasa menarik hati. tak kisahlah letak 1,2 atau banyak. Beserta description. Gambar mesti original, tak boleh photoshop, yang diubah tak diterima - DONE


2. Sertakan sekali ayat ini, my best raya moments adalah anjuran bersama mysuperkids, Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional by Redmummy.com (rm150) dan Denaihati (rm200) -DONE

3. Last but not least, komen di entry dengan permalink sekali -DONE

4. tarikh tutup 31 Okt 2010 -DONE

5.boleh share permalink contest kat facebook..upload gambar kat FB Enriqazz dan like la...suruh kawan2 like like k. (DONE)

6.oops....jangan lupa vote eyriqazz for MySelangor Story Contest - VOTED


GUD LUCK

Terima Kasih Eyriqazz



Tengah boring aku pun jenguk la blog faveret aku....Great Teacher Onizuka GTO tu...wah..tak sangka rupanya komen aku kat MySuperkids Blog to The Next Level mendapat perhatian
juga daripada saudara Eyriqazz .

Juri pun MommyLyna sendiri. Kepada anda yang tak pernah jenguk blog superkids ni eloklah selalu jenguk2 kat sana sebab banyak tips parenting dan segala macam berkaitan anak-anak ada dikongsi bersama.

antara komen terpilih:
1. haszuraidah (http://www.madidas.blogspot.com/)
2. mardziah (http://www.ku-punya-cerita.com/)
3. suzzsuzie

walaupun hadiah cumalah cash rm10/top up rm10, aku tak kisah sebab aku cuma bagi komen secara ikhlas..tu je...

apapun trimas saudara GTO

ps: sy cuba join jugak ye contest my raya moment yang GTO suggest tu ye...walaupun masa dah agak suntuk...insyaAllah

Saturday, October 23, 2010

ANAK JEPUN

merah kat pipi tu mommy kata `love bite'
bila anak-anak dah besar mulalah berangan nak ada baby...tengok anak orang sibuk la nak dukung, tengok orang pregnant mula la berangan...comelnya kalau aku yang pakai baju mengandung tu...haha..ye la anak bongsu pun dah 5 tahun...

semalam pergi rumah adik ipar pun sibuk dok snap raisya situ sinin...comelnya raisya ni..macam anak Jepun....macam aku kecik2 dulu je...tapi masa kecik dulu aku tak makan cheese, aku cuma makan bubur nasi yang dilenyek2 dengan sayur dan karot...tapi raisya ni faveret dia makan cheese...sama macam orin...kalau 1 paket tu sekejap je abis..

raisya ngan daddy dia..tengok la rambut si tembam ni...macam rambut aunty suzi gak...rambut ni faveret masa study dulu...member2 panggil rambut aku `mangkuk tomyam'...raisya dah kurus sikit sebab selalu demam2 sejak balik Mesia ni..dulu semangat je...tangan berketak2 macam ayam cucuk...

raisya's mommy ...farah

biras aku ni....kalau nak tengok gambar raisya yang tembam-tembam boleh jenguk blog farah



`mommy..tiena nak baby...'

Friday, October 22, 2010

Sekarang Musim Demam Ke

kesian tengok Orin. nampak dia dah betul-betul tak larat. nak buka mata pun tak boleh. taknak makan dan minum.
biasanya bila anak sakit mommy pun sakit jugak...tengah malam tadi dahi Orin panas benar padahal dah makan ubat.

lepas ambik ubat barulah dia pejam mata...kalau tak asyik merengek & mengeluh sakit kepala

ni malam tadi kat rumah Usu...tetiba je badan panas..masa keluar rumah ok je



ubat demam ni aunty dia kata sangat berkesan...nama Adol beli kat farmasi di Jeddah...erm..Adol ni singkatan panadol ke apa?


oyeen cepat sembuh ye? nanti boleh makan banyak-banyak....

anak daddy ni..jadi sebenarnya bukannya mommy yang susah payah..mesti nak daddy

Thursday, October 21, 2010

YouTube - ( FULL ) Maher Zain - Insha Allah With Lyrics in Description

YouTube - ( FULL ) Maher Zain - Insha Allah With Lyrics in Description: "Lyrics Here:
Every time You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
' Cause Allah is always by your side
Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side
Chorus Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Song by Maher Zain
Song Name: Insha Allah

I do not own any of the songs. Just uploading this for the sake of my cousin. Thank you for watching & Listening. Music Video Edited By: 6Sean1Paul9B"

Sedih Dengar Maher Zain

cakapla gempak macamana pun si Maher Zain ni aku tak pernah layan...bukan apa..i'm not kinda of person yang ko minat penyanyi tu..satu donia minat, aku kena follow...not me..jangan ada peminat dia yang marah sudah sebab aku sudah minat dia gak

Tapi bila dengar lagu ni tetiba my perception towards him turns the other way...patut la ramai gila bayang dengan Maher Zain...sedapnya suara dia dan lagu ni pulak...memang tangkap leleh bila kita menghayati liriknya.

Aku jadi syahdu dengar lagu InshaAllah ni...and this song is dedicated to myself actually...aku terminat lagu ni dan tetiba teringat pulak kat Tommy Page zaman kala bulan mengambang dulu...A Shoulder To Cry On....hehe...

Lagu ni bagus juga sebab bila anak2 nyanyi dorang selalu sebut InshaAllah....jauh beza dengan nobodi nobodi but you yang tahpape tu

ps: anak aku tetiba pulak cakap Maher Zain macam Ben Ashaari....eh dia kenal gak Ben Ashaari?? budak sekolah sekarang ni...macam2...baru form 2 ni....

Musim Peperiksaan Dah Dekat La, Risau


final exam is juz around the corner...another few days to go....hopefully qriestiena, Ojiq & Ojeem will do their best....

Tiena
25th Oct till 2nd Nov - pray hard & buat revision banyak2...study ni kena consistent tak kira la masa exam atau tak...barulah senang nak score..jangan lupa minum air yasin tu

Ojiq
25th till 29th oct - Concentrate lebih sikit subjek sains tu k...asyik buat math je...banyak lagi subjek yang nak kena ambik dalam exam tu. ...hopefully u will score better than last year eventhough u did well last year


Ojeem
25th till 29th oct - don't be overconfident...try your best to maintain staraight A's as usual...proud of u


dont's during exam:

* television, DVD, PS

*cycling, footballing, interneting

do's:


*don't skip solat

*yasin everynite

*jus kurma morning & before sleep

*10pm on bed okay


ps: kalau time exam mesti makpak yang kecoh..budak2 macam wat derk je

Facebook | Messages - cari kenalan lama

Facebook Messages - cari kenalan lama

Facebook (2) | SOLAT Mengusir Kesedihan

Facebook (2) SOLAT Mengusir Kesedihan: "Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang. Sesungguhnya solat itu - atas izin Allah - boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.

Ketika Rasulullah SAW dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabbah Radhiyallahu 'anhu:
Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat. (Al-Hadith)

Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah SAW.

Telah banyak sejarah hidup beberapa orang tokoh kita yang umumnya, apabila saat mereka dihimpit dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka segera memohon pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khusyu'. Begitulah cara mereka mencari jalan keluar, sehinggalah kekuatan, semangat dan tekad hidup mereka pun pulih kembali."


Wednesday, October 20, 2010

Tips Jika Sakit Kepala

Malam tadi aku betul2 sakit kepala...nak tidur tak boleh...pusing kanan pusing kiri mata tak boleh nak pejam..telan aspirin pun tak berapa nak jalan...mungkin cuaca tak berapa elok lately ni.

Pagi tadi member bagitahu...amalkan je membaca surah Al-Waqiah ayat ke-19 bila sakit kepala...bukan panjang pun....InsyaAllah lega...


jadi, cubalah amalkan ayat ni, banyak khasiat surah al-waqiah selain untuk murah rezeki. Amin

Kenal ke Bro Mark Zuckerberg

Sori...ini bukan Zuckerberg pengasas Facebook yang dah berstatus billionaire tu...ini ialah fren request yang aku belum approve lagi...agak2la kalau nak suruh orang approve pun...

dahla taknak pakai nama sebenar...ini belum lagi unta, kambing gurun malah tapak kaki pun ada...aku ignore je...

inilah filem as a tribute to Mark Zuckerberg

beliaulah yang banyak berjasa mangubah diri anda ketika ini...kenapa...
*boleh tambah kenalan - takde la jadi kera sumbang, sekurang2nya ada gak kawan kat alamaya

*gather2 - kawan lama yang terpisah sejak tadika boleh kumpul balik,,,,ramai dah yang dok buat reunion...jumpa dulu comel je...jumpa the next 15 years rupanya bertambah comel dan gebu..sebab tu aku malas nak gather2..

*boleh berkawan dengan artis - celebriti sekarang ramai dah ada fb..tak kisahla 100 kali antar komen pun tak pernah berjawab..janji fren list..artis...

*boleh berkebun - tak payah keluar peluh...masuk je farmville...bela la berapa ekor lembu, kuda, ba alib ba ya...beli banglo bagai..tanam segala macam pokok...boleh buang masa

*jadi usahawan - tagging je gambar2 barang yang kita nak jual...mesti ada yang berminat...dalam seratus tu mesti sangkut paling ciput satu...aku la tu

*boleh komen2 status orang...kadang2 perasan jadi kaunselor

...banyak sangat la faedahnya....panjang cerita nanti...jadi sebagai mengenang jasa pencipta facebook ni maka elokla ramai-ramai ke panggung.... cam best sebut panggung...11.11. 2010...

agak2 nak tiket percuma boleh cuba nasib antar slogan kat nuffnang...sori takde link...login je la ye?? tak rugi tengok sebab aku gerenti citer arwah Datuk sosilawati yang nak difilemkan tu takleh lawan citer ni...walaupun sama-sama kisah benar...hehehe

banyak jasanya kepada masyarakat di seluruh dunia...yang positif la bukan negatif macam kes cerai berai, putus cinta gara2 fb tu belakang kira....

ps: tapi aku suka gak fb sebab boleh chat percuma...tak payah nak sms nak buat call kalau nak tya khabar...tp YM lagi better...invisible pun leh chat

MACAM BEST NI

Berita yang sangat baik untuk anda penggemar buku.....nak tambah koleksi novel, bahan bacaan ke..silalah berkunjung ke Fiesta Buku Kembali Lagi. Boleh dapatkan buku dengan harga serendah rm5 untuk buku terpilih...

Manalah tau kot masa Pesta Buku tak sempat datang...tak sempat borong buku yang diidamkan....tunggu apa lagi...ni lah masanya

apa lagi...masukkan dalam kalendar anda...maklumat lanjut semua ada kat bawah cuma klik je ye...


tak rugi banyak membaca...untung bila banyak ilmu, tak kira buku apapun yang anda baca

renung2kan...selamat membaca....
ps: tapi aku suka baca buku horoskop...sekadar panduan...jangan percayalah

Tuesday, October 19, 2010

SAYANG...dia murtad

Rianti Cartwright ni memang cantik dan tak de seksi meksi lagi terseksa...muka dia memang lembut dan ayu....lebih kurang macam Diana Danielle la kalau kat Malaysia ni...

aku suka sangat tengok dia dalam Ayat Ayat Cinta..tak kirala filem ke drama dua2 best dia berlakon....kira penyeri la bila tgok ada aktres cantik kan

Ingatkan dia ni non-Muslim sebab tu aku respek abis bila tengok dia melakonkan watak wanita muslimah dengan jayanya...ye la...nama pun Cartwright tapi memang susah nak agak sebab mostly dorang ni mix blood...

rupanya dia Muslim dan sekarang telah memeluk agama kristian dan berkahwin di sebuah gereja di New York. erm sayangkan? kenapa la sampai macam tu sekali...

layan lagi gambar Rianti...sangat gorgeous

ingat tak watak Aisya dalam ayat-ayat cinta?

macam Bienda pun ada gak

ps: sebenarnya tak heran sangat pun pelakon Indonesia bertukar agama...kahwin tanpa bertukar agama pun ada...
**gambar sumber google**

Monday, October 18, 2010

Beauty Product For You

Rasanya kalau kita dok menjual produk kecantikan tanpa ilmu yang cukup mesti rasa tak lengkap betul tak? silap2 orang dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri...jangan nanti kena kutuk...yo yo ajo....muka sendiri tak berkesudahan nak sibuk pasal muka orang....

ye lah...kita tak tau produk apa yang sesuai mengikut jenis kulit...normal, berjerawat, kombinasi, kering, sensitif dan macam-macam lagi. jerawat pun ada macam2...ada jerawat batu, jerawat nasi, jerawat halus, bernanah..

sekarang ni aku tak berapa risau sangat tentang produk yang bagus sebab ia memang bagus...dirumus oleh Dr Mohd Shuhaimi Mustapha, ahli farmasi dan ada ijazah PhD dalam Farmakologi....dan yang penting HALAL....wajib tau ye...produk yang halal, yang boleh dipakai untuk bersembahyang semua tu...jangan main tibai je

ini cumalah sebahagian rangkaian produk rizreni yang sangat mendapat sambutan. perawatan dari kulit muka, rambut dan keseluruhan badan. kena tau produk ni takde hidrokinon dan tak payah la nak pening kepala takut muka jadi merah macam udang kena bakar ke, takut mengelupas, radang dan sebagainya....

bukan setakat nak cantik luaran tetapi merawat kulit menjadi lebih sihat, kurang kedut, tiada parut, warna sekata, liang roma kecik, tanpa jerawat, halus, lembut...cukup..cukup



boleh buat rawatan muka di salun juga....jadi beautician boleh analisa kulit anda, rawat dan syorkan produk mana yang sesuai.



kalau datang berteman tu bolehla suruh kawan gunting rambut ke...straighten ke apa dulu....kira sama2 cantik la nanti

ni salah seorang beautician...masih baru..kulit dia mula2 tak elok..berjerawat, kusam dan gelap...cukuplah...sian dia...ops tapi sekarang lepas satu minggu kulit dia memang cantik...

walaupun hitam manis tapi nampak halus dan mulus...ingat..kulit cantik bukan bermakna anda berkulit cerah, putih melepak tetapi kulit yang flawless sangat penting...


tengok je la Dayang nurfaizah, ziana zain, deja moss, nurul...dorang tu semua mempunyai kulit yang sangat cantik walaupun tone kulit gelap.



ps: sebenarnya kulit gelap adalah sangat cantik bila bersolek...jadi janganlah pakai produk yang bukan-bukan kat luar sana tu, sanggup putihkan kulit, rela mengelupas bagai semata2 kerana nak putih...rawatlah dengan cara yang sihat.... dan pastikan produk mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan

BAD THINGS TODAY

1. Rasa tak sedap hati sangat-sangat...ada orang minta derma tapi i tak hulur langsung...not even a single cent...dah la orang tua yang minta derma tu...kenapa kejam sangat ye...selalunya bila jumpa orang minta sedekah ke, derma ke i mesti hulur gak..then niat dalam hati `aku derma dengan ikhlas'...Amin....

actually i tak kasi derma tadi sebab i nak cepat....then i rasa macam tak sesuai that old chinesse man dok begging depan pintu bank...i feel bad and it shouldn't be practised....tak kiralah bangsa apa...tapi tempat tu memang tak sesuai sangat...sorry ye uncle...kalau jumpa kat tempat lain, i janji i akan hulur...

2. afternoon - i was on the way from cheras to Wangsa Melawati & of course la kena lalu Grand Saga Toll. Then i nampak satu lori dah langgar simen pembahagi plaza tol tu...macam tak logik tapi itulah yang i selalu terfikir macamana tak berlaku accident...selalu sangat bila dah dekat2 plaza tol..masing2 berlumba2 dan teragak2 nak masuk lorong....very bad attitude to me....again..it shouldn't be practised....menyusahkan orang lain dan diri sendiri je...

***memang benda2 macam ni nampak biasa bagi sesetengah orang tapi not me....sori membebel macam orang tua sebab aku memang dah tua***

Sunday, October 17, 2010

STATUS GLITTERATI DITARIK BALIK

Tadi sesaje aku pergi berjalan ke blog Jardness....saja nak baca entri dia yang sekarang berada di luar negara.. then baca la entri mengenai status gliterati dia yang tetiba hilang..aku pun siap komen la nak sedapkan hati jardness...

nak dijadikan cerita aku pun login la Nuffnang...last buka semalam & plan nk jenguk balik next week...nasib baik bila aku bukak...

HAA??? sudah jadi ordinary non-exclusive member daripada Glitterati sebelum ni...aikk..nape nasib aku sama dengan Jard. Setahu aku aku tak ada buat salah..aku cuma setia dengan nuffnang...dan aku update blog ni hari2....

Tengok income Buffered Earning pun tiba-tiba jadi separuh...memang la tak harap sangat duit BE tu tapi benda2 macam ni la motivate kita untuk berblogging betul tak? lagi pun aku tengok LB aku sudah 5 star...

Nak kena tanya nuffnang ni kenapa jadi macam tu...masa nak hantar soalan ada pulak send ticket semua tu...untuk apa tu...aku tak faham then nak hantar ke blogger enquiry ke technical? confuse jap...

ps: adakah kerana aku jarang update pasal nuffnang atau tak pernah join contest nuffnang atau apa ye....

HIDUP BUKAN UNTUK PUTUS ASA

jika hari ini kau bangun lebih awal dari sebelumnya

dan menjadi hari yang cukup sempurna

tetapi keadaan tidak seperti yang diharapkan

apa yang kau impikan semalam

masih belum seperti yang kamu inginkan

di kala orang lain sudah jauh maju ke hadapan

kau masih lagi diulik mimpi demi mimpi

yang seharusnya sudah lama menjadi kenyataan

usah fikirkan apa yang orang perkatakan tentang diri mu itu

usah pedulikan segala rintangan

usah pedulikan anasir jahat yang hanya bisa menggagalkan

usaha, jerit perihmu, masa yang akan menentukan

ayuh teruskan

jangan biar dirimu menangis lagi

usah bersedih dengan segala yang masih belum tercapai

akan tiba hari itu

akan menjelma mimpi indah itu

percaya dirimu

Yakin diri

segalanya akan menjadi realiti

ikut kata hati

buang jauh segala halangan, rintangan

kau pasti berjaya

InsyaAllah

Friday, October 15, 2010

TUJUH TAHUN JE

Mesti ramai dah tahu keputusan Mahkamah Majisterit Banting menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara ke atas dua pesalah dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk sosilawati dan tiga individu lain...dia pun dah mengaku salah membakar dan membuang abu mayat dengan tujuan menghapuskan bukti.

Mengaku salah, memohon maaf dan menyesal cukup berbaloikah dengan hukuman tujuh tahun penjara? Apapun keputusan mahkamah adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun...mestilah menghormati mahkamah....

cuma fikir je lah...mayat seorang islam yang telah dibunuh dibakar dan abunya dibuang ketika seluruh umat islam sedang sibuk bersiapsedia menyambut aidilfitri..mayat yang sepatutnya dimandi, dikapan dan disembahyangkan dibuang tanpa kesan dan bukti akhirnya dibalas dengan hukuman tujuh tahun itu.

ps: silap-silap bila berkelakuan baik, tempoh hukuman akan dipendekkan pula. bukan tak puas hati cuma sekadar meluah yang terdetik di minda seorang yang kurang arif bab undang2 seperti aku ini

JOM SHOPPING WAHAI WANITA

Ramainya kaum wanita tersenyum bangga hari ni...ye lah..lepas ni makin banyaklah koleksi designer handbag. sebut je Prada, Coach, LV, Marc Jacob, Balenciaga....memang betul2 satu `transformasi ke arah negara berpendapatan maju tinggi'. Budget2011 memang tak mengabaikan wanita.

pilih je mana berkenan...pendek kata balik kampung boleh bawak travel bag Juicy Couture pulak...naik juling orang kampung nanti.. semua ori okay..tak main dah replica ni...Baju CK, Armani, BMW semua ori jugak tau....

Jangan lupa kasut juga ya...harusla Valentino, Coach, Givenchy dan ops...Jimmy Choo jangan ketinggalan yea...

Tak mainla kat bundle...secondhand ni...harus la yang original....untung jugak bila kerajaan ambik berat pasal keperluan wanita....especially wanita kelas atasan sebab orang kampung cuma beli barang-barang branded ni untuk hantaran kahwin je...


bila cukai import barangan berjenama tiada lagi maka bolehlah kita tengok wanita malaysia dengan gaya hidup yang walaa.....



kasut berjenama satu keperluan tu...nak pakai lama..kalau tak ori confirm sakit kaki...silap-silap tak sampai seminggu dah tercabut tumit. ye ke?




sapa taknak hand bag Chloe ye tak...kalau cari kat PS Boutique pun dah dekat tiga ratus...paling cikai pun dua ratus lebih....jadilah.... merasa juga walaupun ASPAL

lepas tu jangan lupa...boleh sembur minyak wangi Eternity, Heiress Paris Hilton, Dolce Gabbana, CoCo Channel banyak2...tak payah nak tunggu orang balik haji bagi hadiah minyak atar dah...dan tak payah la nak belek2 branded perfume gred A, AA atau AAA lagi.


ps: kalau agak2 tak mampu dok diam sudah...beli je kat pasar wakaf che yeh kat kota bharu, up town mana2....

BUDGET 2011

`Budget Oleh Rakyat' itulah yang dikatakan oleh Perdana Menteri kita...tapi aku cuma tak rasa excited sangat nak tunggu budget tahun depan yang akan dibentang sekejap je lagi.

Berapakah peruntukan kerajaan yang akan diumumkan oleh Dato' Seri Najib nanti? Yang aku tahu biasanya budget ni memang selalunya dinanti oleh kakitangan sektor awam...nak tunggu pengumuman bonus intensif itu ini, saguhati sebagai penghargaan kerajaan...macamana dengan golongan macam aku ni ye..

Apapun semoga budget 2011 ini memberi impak yang terbaik berbanding daripada yang sebelum-sebelum ini..

aku cuma berharap agar ada peruntukan untuk meningkatkan mutu jalur lebar internet di negara kita...

ps: tak sabar nak tahu intipati budget belanjawan 2011 ini

Thursday, October 14, 2010

SUKAN KOMANWEL KE-19 DAN CERITA KONDOM

Lepas tonton badminton final kat RTM 1 aku pun mula la membelek kot ada facebook Sukan Komanwel yang sedang berlangsung kat Delhi sekarang ni....

Puas godek tak jumpa-jumpa..yang ada cerita kondom ni...best jugak cik kiah baca ni...nak share jugak la dengan orang lain...mesti korang teruja kan bab-bab kondom ni..hehe

jom....

mStar Online : Tandas Sukan Komanwel Bersepah Dengan Kondom Yang Telah Digunakan

Apapun tahniah kepada skuad negara yang setakat ni berjaya mengutip 11 emas setakat ini...badminton tok sah cakap la...memang hebat dan tak dapat dinafikan lagi...cuma hoki negara..tolonglah...sedihla dengan dorang ni...ops..dah 12 emas la....yeay

okay..nak sambung tengok badminton lagi...nak tengok perseorangan wanita pulak...

Wednesday, October 13, 2010

KELUHAN SUAMI ISTERI

keluhan seorang suami

1. subuh. bangun. niat nak pergi kerja
2. mandi nak pergi kerja
3. pagi. pandu kereta ke tempat kerja
4. tengahari. rehat. makan di kantin tempat kerja
5. petang. balik kerja
6. maghrib. lepak depan tv. tak ada kerja
7. malam kerja overtime
8. esok. kerja lagi
9. ulang kerja-kerja di atas
10. sehari2 tak habis-habis dengan kerja


Keluhan seorang isteri


1. subuh basuh kain
2. pagi sidai kain
3. tengahri angkat kain
4.petang lipat kain
5. maghrib susun kain
6. isyak susun kain
7. nak tukar kain
8. hilang kain
9. subuh basuh kain
10. sepanjang hari tak habis dengan kain

*ambik dr majalah mastika okt 2010*

Stori Mori Konsert Reunion AF8

Kalau bukan sebab terkejar nak pergi Konsert reunion AF8 kat Stadium Putra Bukit Jalil, confirm aku tau la apa yang berlaku malam tu selain event besar majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor. Live lagi tu kat tv3...mesti semua orang awal2 dah dok tercongok depan tv...tak sabar nak tengok wedding of the decade...

serius aku tak tau ketika orang sibuk berebut nak terkinja tengok reunion bekas pelajar AF8 ...rupanya ada tragedi sedih kemalangan ngeri di Simpang Ampat hari tu...Alfatihah kepada keluarga mangsa tragedi...mesti trauma nak naik bas lepas ni...



habis konsert masa ni la orng sibuk nak ambik gambar...ada banyak lagi yang cantik dan jelas tapi kat dalam henfon lain...

Malam tu ada banyak lagu soundtrack filem dalam dan luar negara dinyanyikan mereka. Ada lagu Jaiho, Kuliah Cinta, Mamma Mia, Puntianak Harum Sundal Malam dan macam2 lagi.
Nak dengar lagi Shahir nyanyi lagu madah berhelah, tragedi Oktober gandingan dengan Mawi, Stacy (jahat), Aizat (kau pergi) dan Hafiz aku tak ingat lagu apa.

Paling hapepning dan tersangatla gamat bila Shahir berduet dengan Adira lagu Lagenda Budak Setan. Kejutan bila Cikgu Adnan Abu Hassan siap menari lagu Awas bersama dengan Norman KRU. Linda Jasmine pun menari sama lagu hindustan.

dah gelap...ramai dok beratur nak masuk...aku baru je sampai sebab member aku col pun dah pukul 5pm soh ambik tiket...dia sms awal tp aku tak tengok henfon...nak tak nak pergi la jugak...saja nak tengok sebab ada Stacy, Mawi dan Aizat.
Hafiz pun ada malam tu.


siap bawak adik lagi..tiket lebih...

dapat tiket kat arena memang best la sebab dapat dok depan..malam tu aku nampak ada shila OIAM..tak tau la dia bagi sokonngan kat sapa. Ramai gak la artis yang datang.


jadi kalau nak tonton Konsert Reunion AF8 tayangannya pada 6 Nov 2010
di saluran 104 jam 10.30 mlm


pengacara malam tu Sarimah bersama Ray dan haniff (ERA)..ops..Shahir pun ada juga jadi pengacara sekejap...siap kena buli dengan sarimah...


ps: tq sue for the tickets..sori tak sempat jumpa...got to rush back

Tuesday, October 12, 2010

BEST LA

macam best walaupun baru 1 minggu ambik...bau dia mak aii...so fishy..ye la produk berasaskan sumber laut so pada yang ada alergi seafud sila jangan cuba, ibu menyusukan bayi juga dilarang ye....kalau nak yang sedap kenala makan DN Hans sebab rasa oren.

Imedeen ni cuma ambil sebiji sebelah pagi dan sebelah malam sebelum tidur minum dengan segelas air kosong je...i mula perasan kulit akan semakin lembap bukan je kulit muka tapi kulit tangan dan kaki juga. sebelum guna kulit i agak kering sebab dah agak berumur kan? dah kendur sana sini..hahaha



memang lah boleh sapu losyen kat kulit badan..*sila pilih vaseline ye*...tapi kulit kita kan ada banyak lapisan...losyen ni hanya luaran..dalaman kulit macamana? kena jaga juga..bila usia meningkat kandungan kolagen dalam kulit semakin berkurang..nak kena ganti la dgn kolagen baru...


i makan imedeen classic..boleh dapat kat mana-mana farmasi..rege dalam rm165.00 sekotak. harap-harap lepas ni boleh maintain makan ni sebab kesan dia sangat cepat..kulit muka pun ada kelainan.


makan kolagen, supplement ni penting bukan sebab kita berangan nak cantik macam maya karin, nak gebu macam zizie ezzette tapi cukupla mata tak sakit bila tengok rupa sendiri kat cermin tu..betul tak?

cantik macam maya karin...sapa tak nak...pakai apapun nampak jelita, gojes...

agak-agak apa dia makan ye...

Kenapa Macam Ni

ingat nak blogwalking malam ni..jenjalan rumah orang..tapi malas la pulak nak buat apapun tak rajin.


malas, panas, berpeluh badan...simptom2 nak menopos dah ada ni..


lepak jap nak tengok blog orang pun rasa takde nafsu..takde keinginan...adus..ambik buku lagi la..siap tembus buku tu..scanning...tak tau dok pikir apa...

ps: esok je la jenjalan ni..ambik angin rumah-rumah yang aku suka singgah...

Monday, October 11, 2010

11.10.10

situasi ngeri
aku tanya: hari ni hari apa?
dia jawab: hari isnin..kenapa?
aku tanya lagi: berapa haribulan
dia jawab lagi: tah..semalam dr sheikh kahwin..u pikir la berapa haribulan
ok...ok...baik aku tulih yang ado jer sebab takde orang ingat apapun..hilang ingatan ke apa??
so layan je la gambar ini..sekadar catatan peribadi aka diari aku...
baik layan gambar budak-budak
Kiddos


memang susah betul nak cari gambar berdua..kalau ada jauh..kalau dekat gambarnya dah jadi

macam ni....patutla dia tak ingat apapun...buruknya aku..


at last ada la juga yang terjumpa...kat mana2 pun memang takkan sapa dapat tengok gambar we
all even kat mukabuku...


HAPPY ANNIVERSARY


apapun happy anniversary kat diri sendiri dan mr hubby...tarikh 11.10.10 ni cantik..lebih kurang gak la dengan Datuk Sheikh Muzaphar Shukor, angkasawan negara tu kan?

Friday, October 8, 2010

BUKAN AKU TAK BOSAN

sape kata aku tak bosan..aku bukan tak penat..sakit pinggang dok atas kerusi pagi petang...
tapi aku menyampah bila orang tanya aku soalan macam tu...aku dok depan komputer pagi petang ada sebab....

bila aku menyampah tu tetiba aku rasa geram....macam la aku ni suka sangat dok mengadap benda alah ni...

mulalah aku rasa macam ni....

ha...macam ni...



ps: sebenarnya mengadap komputer 24 jam lebih baik dan ada faedahnya daripada tidor 14 jam sehari... *fakta aku sendiri*

kod warna: Merah - tanda marah

Siti Pakai Tudung Bawal

sapa yang pernah atau memang pakai tudung mesti tau kan bila sebut pasal tudung bawal...kalau orang lelaki yang confirm dorang tau cuma ikan bawal masak masam manis...

tapi tudung bawal pun ada manisnya...cuba tengok Datuk Siti pakai....cantikkan? Datin Norjuma pakai pun terus nampak menawan tudung tu...ye lah bila orang cantik pakai...


saja nak cuci mata je...
Related Posts with Thumbnails