sponsored by

Thursday, September 30, 2010

DOA PERMUDAHKAN JODOH


Kadang-kadang bila kita kahwin lambat macam2 orang dok kutuk...sakit hati sakit telinga nak dengar..nak balik kampung pun rasa malas..mak mula la membebel cakap `bila la anak aku ni nak kahwin...kawan ko si ana si anu tu anak dah 3...' biasa dengar tak?
Nasib la aku kahwin jugak akhirnya...tutup terus mulut depa....tetiba cakap kedah...
Aku dah kebal semua tu...padahal ramai lagi member2 sampai la ni tak kahwin-kahwin..jodoh belum sampai...bukan andartu bukan bujang terlajak...ajal maut jodoh pertemuan ditentukan Tuhan....apapun tak salah kita berusahakan?
Apapun tak salah berusaha mendekatkan jodoh tu...InsyaAllah akan datang juga jodoh tu..lambat atau cepat je....dapat la ramai merasa nasi minyak...Amin....

Wednesday, September 29, 2010

Pos Laju Online Tracking - Don't Use For Time Being

Semalam customer hantar private message kat aku bagi tau yang tracking ID yang aku bagi untuk reference tak wujud...dengan kata lain invalid....how you feel especially when you are doing online bussiness...risau dan macam2 lagi kan?




so i would like to advice all buyer and seller do not rely on online tracking to track the delivery of your poslaju.
for accurate results, always contact Pos Laju Call Centre 1-300-300-300

the online tracking has caused a lot of problem where when item are delivered, it does not appear online, this has create unnecessary fear for buyers and they claim fraud..kalau tak percaya boleh link ke http://www.poslaju.com.my/emstrack


tak percaya boleh pergi link ni bg tracking no..confirm invalid....susah la camni

Tuesday, September 28, 2010

JANGAN BORING...RAYA LAGI NI

Hari Raya..hari yang mulia
penuh bererti kepada kita
tua muda miskin dan kaya menyambutnya dengan
Gembira....

berhati2 di jalanraya...*ops cukup...*

Makan..makan dan makan lagi...yeay...bila nak habis ni?

buat masa ni...untuk seketika sila abaikan diet anda ok..tak bestkan kalau pergi rumah terbuka pas tu kena cakap kat tuan rumah..i on diet sekarang...ada mineral water tak..sky juice ke apa....
sungguh tidak sopan betul tak..nak-nak time tu ada lemang, rendang, sate segala...atau tergamak ke cakap i datang ni nak ambik bau je?
erm....

lagi tak sampai hati nak cakap i datang ni sebab nak snap2 sikit sebab i nak upload kat blog...kalau ada fb akaun i boleh gak tag u...amacam?

Jadi silalah berkunjung dengan niat mengeratkan silarurahim sambil bermaafan...manalah tau dok smash orang kat dalam fb tu kot member terasa hati ke apa...

akhirnya baru snap2 ngan tuan rumah...azie yang kecik molek orangnya...satu kapal ni....orang pasir mas tapi kenal kat fb...best kan fb tu sebenarnya...sapa kata fb tak bagus...good & bad is from u..it's your choice anyway....

consider gathering jugakla dengan member2 lama since member2 dia ada pulak member i..most of them ex student Naim Lilbanat & UIA grads...what a small world...

the menu: ada laksa kelantan (homemade cooking by chef azie), nasi beriani, mihun sup, nasi impit, sate dan macam2 lagi....sedap atau tidak sila sila rujuk pinggan atas meja...
malam pulak ada BBQ kambeng...azie tak cakap sebab takut i duduk kat situ sampai malam kot...
and lastly...family azie..i dedicated this to her...gambar credit to her fb...makcik selendang coklat tu mak dia tak silap...masih lawa lagi...hehe

Sunday, September 26, 2010

KEMAAFAN YANG TERTANGGUH

kesian kat tina sebab dah 10 tahun kahwin tak merasa nak balik beraya kat kampung dengan mak sendiri...mak mertua asyik nak semua anak menantu beraya dengan dia je...ada ke jenis macam ni? harap bukan kisah benar...bukan streotaip cerita Kasim Selamat...

pas tu dapat husband pula macam apa...ikut je dan tak reti nak cakap *no mom* kalau cakap je alamat jadi anak derhaka...agaknya sebab dah terlalu banyak makan budi kot...sila jangan jadi anak derhaka dengan hanya berkata *no*..nanti tak bau syurga..

awas...awak duduk rumah mertua * jangan duduk rumah mertua...awas satu taman pun jangan..nanti dia tahu anda bangun pukul berapa...hari ahad pun kena bangun awal ok...nanti dikata awak tak solat subuh...walaupun rasanya anda dh solat dan terlupa nak col bagitau*

kalau cakap nak pindah nanti risau takut dia sms...*kata nak pindah..bila nak pindah..cepat-cepatla sikit nak berambus tu* walaupun anda ketika itu sedang leka menikmati keenakan keropok moni...sentap tak ? ayat yang sangat sopan...harap2 takde gak yang macam ni

pesanan untuk menantu pulak...sila buat semua kerja rumah ye...nanti kaki mak mertua anda cramp..macam mak mertua tina...kan dah cramp kaki sebab kena masak nasi...kot lepas tu dia komplen naik darah ke...pas tu kena masuk hospital..sapa yang salah...

kesian beraya sorang-sorang sebab adik bongsu kat oversea tak dapat balik beraya sama....dia cuma ada adik beradik yang kaya dan educated...yang kat kampung tu mungkin adik beradik angkat kot...kesian mak mertua tina...

part yang aku paling tak puas hati....ending tu kenapa mak mertua tina meninggal kat situ juga...mati di pagi syawal gak...macam nak habiskan citer tu cepat sangat..potong stim...patut tunjuk mak mertua tina meroyan ke...kutip daun kayu depan rumah menantu ke...wah...baru boleh menang anugerah...

apapun cerita ni memang best dan meninggalkan kesan cuma harap-harap takde la ibu mertua yang macam tu kat alamaya ni...kesian kat menantu yang terpaksa memendam perasaan...

sob..sob...ada ke sesapa nak taja tisu? basah gak la towel gud morning malam tu..nasib tengok tv dalam gelap..ala2 menonton dalam panggung..nak feel la konon...hampeh...alasan

ps: nasib baik mak mertua tina tak sms cakap *tak masuk syurga la korang laki bini* ayat ala-ala dia yang jaga pintu syurga neraka tu...Ingat..Allah itu maha adil, Maha Mendengar dan Maha mengetahui....apapun yang kita buat walau sebesar zarah sekalipun apa yang terdetik di hati kita tetap diambil kira di akhirat nanti....

Friday, September 24, 2010

Nuffnang Cuti

Inilah first entri i pasal nuffnang since register bulan Jun hari tu...lepas tu terus banyak iklan yang masuk walaupun bertandang sekejap-sekejap je....

Balik raya...i cuti 2 minggu babe...login nuffnang tengok ada 5 buffered earnings....haa??? bila masa pulak ni? takde pulak nampak dok menari-nari atau melekat kat rumah i ni...

sampai la ni...dah tak nampak-nampak dah...nuffnang dah merajuk ke....cuma tadi je ada nampak i-phone 4 sekejap kat rumah ni....sekejap sangatlah dia singgah...kasi ambik bau je.....waa....silalah datang nuffnang...jemput singgah rumah ni lagi jangan malu-malu ye


ps: berapa kali aku sebut nuffnang hari ni...sila jangan tersedak ye

Tuesday, September 21, 2010

Mi Celup Mi Siam

Tempat i panggil mi siam orang tak tahu...kami panggil mi celup je...sebab mi tu dicelup dalam air panas yang sedang menggelegak...bahan-bahan penyedap mi akan diletakkan di bahagian atas kemudian disimbah dengan sup tulang sebagai kuah...rasa??? mestilah nyam...nyam....sapa tak pernah pekena gerenti teringat2...

Kalau kat Thailand pun orang panggil mi celup gak...jangan sesekali nak order mi siam pulak...hehe

Kat Kelantan memang merata la mi celup ni dijual tapi tak de la best macam yang mak kita buat..betul tak??? idea nak masak mi celup ni sebab my sis ni memang suka makan mihun..mi semua asalkan sup...asalkan badan boleh slim....tapi serius boleh kurus sebab lepas makan gerenti berpoluh-poluh....letak cili lebih kasi berasap sikit...


Bahan-bahan:
mi kuning, kuey teow & mihun (celur dulu sebab mihun tu keras)
ikan bilis (goreng)
sambal cili
lada jeruk
lobak asin
kacang tumbuk kangkung (potong)
tauge
limau nipis (perah)
isi ayam (racik)
daging (potong nipis)
daun sup (hiasan)
bawang goreng (tabur)

Kuah : Sup Tulang

penyediaan : letak mi, mihun & kuey teow dalam mangkuk...masukkan semua bahan yang ada...tabur ikan blis goreng, lada jeruk, bawang goreng, daun sup..perah limau nipis....

dah siap

nak meriah lagi masukkan je fishball

ps: kalau taknak makan dengan mi...bahan-bahan ni sesuai gak makan dengan nasi lembik....jadilah nasi air....senang kan?
dah masukkan semua boleh la letak sos ikan, gula dan serbuk lada putih....kacau dan jangan lupa tabur kacang....apalagi....makanla....

AZURA....Just AZURA

i pun memang terlupa habis birthdate my twin ni until my lil sista-kazen called me up late in the evening....reminding me...jangan lupa esok birthday kak zura...

kiranya an adhoc birthday celebration since zura pun kerja on that day itself....whatever it is the small gathering must go on.....juz among us...merajuk nanti

Anyway...sempat gak la zura masak2...sempatla buat mihun sup tulang yang pergh!!.........siap ada bergedil tu....


yang penting wajib ado birthday cake...sponsored by sista-kazen ee....blueberry choc cake....this is the 2nd cake...the 1st one dah celebrate a day before among family members.....


akhirnya berjaya disiapkan jugak.....termasuk nasi impit........


ciken wings...pastry...cream caramel


yummy....


kuih raya yang sempat diterjah


juz us....besfrenforever

and...sue...kena balik awal pulak... the busiest person in d world..haha

`HAPPY BIRTHDAY TO YOU AZURA'

ps: anyway thanks dear for the gift...really love it..senyum sampai telinga aku dapat hadiah gak....

Monday, September 20, 2010

AWAS LELAKI BERUSIA

Jika anda seorang lelaki...berusia dan mengalami kesukaran dan sakit yang berpanjangan ketika membuang air kecil...cepat2lah berjumpa doktor..buat pemeriksaan...

Alkisahnya abah aku ni ada macam2 penyakit.....gout, kencing manis, darah tinggi......cuma baru2 ni adik aku bagitau yang abah tak boleh buang air kecil. Sakit yang amat sangat.......

My sister bawak gi klinik tapi tak jadi jugak...terpaksa lah refer hospital..lepas check up dan keluar masuk hospital...baru je doktor kesan dia terkena kanser prostat...

Tau tak apa itu kanser prostat? Ia adalah penyakit yang sukar dikesan dan mengmbil tempoh yang lama untuk diketahui....sebab itulah penyakit ini biasanya dihidapi oleh lelaki berusia....dan hanya dapat dikesan bila mengalami sakit yang amat sangat ketika kencing


nak tahu lebih lanjut boleh layari http://www.screenoncancer.com/


akibat penyakit ini tubuh abah semakin kurus...perut dia terpaksa ditebuk untuk membolehkan tiub dimasukkan....abah tak boleh bergerak langsung dan selalu tak boleh tidur malam sebab sakit teramat sangat terutama di bahagian sendi lutut....nak pusing kiri ke kanan pun tak boleh...akibatnya meraunglah nanti....

Raya ni je dah dua kali abah masuk hspital....sehari sebelum raya dan pada hari raya ke-3....Doktor kata lepas ni dia akan operate..dan abah tak perlu lagi pakai tiub..maknanya boleh kencing seperti biasa.......Alhamdulillah..semoga semuanya berjalan lancar..tunggu doc col je la lepas ni nak bagi tarikh untuk pembedahan.......


Penunggu cilik....malam2 Orin tunggu tok abah...sampai tertidur ...kesian orin


fakta: difahamkan di Jepun dan China, merek mengamalkan minum teh untuk mengelakkan sakit jantung dan kanser........

Tuesday, September 7, 2010

SAD STORY.....DEDICATED TO FIFI

Banyak hari dah mommy dok fikir nak balik kampung nnti macamana....kesian fifi...sejak boyfren dia takde tinggallah fifi sorang2.. dua ekor lagi dah takleh teman fifi...dorang tak tahan panas melampau baru2 ni...sedih sangat bangun pagi tengok sekor demi sekor sakit...demam...kejung kaki dan akhirnya.....
untuk hiburkan si fifi ni maka dipakaikanlah dia baju raya gak...biar fifi happy sikit....tapi tak sampai satu hari je fifi pakai gown...fifi suka berlenggeng...panas kot.........

inilah peneman fifi sekarang...kesian dia........


risau nak tinggal fifi sebab fifi ni kuat makan..kuat minum...manjang nak mengunyah...dah tu makan pallet cpat dahaga....



dua botol mommy sediakan air untuk fifi...sekejap je dah kering


fifi makan sorang...sorang...selama tinggal fifi....duduk dengan cik odah jiran mommy jap ye..tak lama seminggu je


bai fifi...gonna miss u

Sunday, September 5, 2010

Last Minute Makeover Raya

Baju raya dah ada...kasut raya dah setel...apa lagi ek?

Puas la nak pujuk Orin gunting rambut.....kengkunun nak bela kasi panjang....

takde maknanya..

This time no more hair trimmings kay...potong kasi pendek........





sedih kena paksa potong rambut....kalau reti jaga takpe ni asyik mommy je kena tolong sikat...

Saturday, September 4, 2010

TOL PERCUMA???


Haa..mesti ada lagi orang Pantai Timur yang belum balik kampung kan? tak kira la Pahang, Terengganu ataupun Kelantan...anda semua orang pantai timur....sy belum balik...ada urusan yg belum selesai....

Yang penting nak tol percuma tak? okay rujuk info di bawah:

Lebuh raya Kuala Lumpur (KARAK) percuma pada:
9 malam (7 Sept) hingga 6 pagi (8 Sept)
9 mlm (15 Sept) hingga 6pagi (16 Sept)
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) FASA 1 -
9 malam (7 Sept) hingga 6 pagi (8 Sept)
9 mlam (15 Sept) hingga 6 pagi (16 Sept)
tarikh lain untuk tol percuma :
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dan Lebuhraya Kuala Lumpur (KARAK) akan menerima tol percuma bermula -
jam 12 tghmalam hingga jam 5 pagi pada 18 dan 24 September ini untuk semua kelas kenderaan.

Jadi...ia akan membabitkan laluan melalui lebuhraya pantai timur bermula dari Gombak terus keluar melalui Jabor..untuk ke kota bharu pilihan ikut Jabor-Jerangau kemudian melalui jalan sungai tong ke kota bharu atau kita boleh lalu ikut kemaman - terengganu dan terus ke kota Bharu.

Kadar Tol pula yang dapat dijimatkan :

1. tol Gombak rm5
2. tol Tentong rm3
3. LPT keluar exit Kuantan rm19.60
4.. tol Gambang 16.90
5. Jabor rm21.00

see..dah berapa banyak jimat?? dalam rm29.00 kan? duit gak tu....tapi sy tak pernah la pulak merasa balik time tol percuma ni....napa ek?

Tahun ni sy memang tak akan menempuhi kesesakan di laluan KL-Gua Musang ....tak sanggup jem kat bandar Bentong, Raub, Gua Musang dan Kuala Krai .......bercinta nak sampai....kalau biasa setakat 5 hingga 7 jam boleh sampai....musim perayaan ni sila tambah lagi 3 jam hingga 5 jam untuk tiba ke destinasi...kalau dah teruk sangat boley delay sampai 6 hingga 7 jam...sanggup ke?

ps: yang penting pandu cermat ye..ingatlah ada yang menanti kepulangan anda...jgn dibiarkan pagi raya dengan tangisan air mata keluarga tersayang........

KES MALANG..TELINGA DAN SKYNET

Incident 1:

My bro hantar parcel dari kampung...oleh kerana nak cepat...i suruh dia hantar melalui bas....
ok done....hantar malam melalui bas A....

ADIK : nanti aku letak sekali no tel mu kat parcel tu...esok pagi pak cik din akan col...suruh ambik kat stesen bas Kajang...terdekat dengan rumah i la kiranya....

lepas sahur incik lee sudah tunggu pok cik din....tak sampai2 pun...tiba2 ternampak bas A...drebar kata..owh..parcel dah hantar ikut bas lain...
erk??? kenapa klang??? sah..tak korek telinga...orang cakap Kajang....waaa...

Incident 2...

parcel dihantar melalui skynet since my bro ada akaun dengan skynet........hantar khamis...

ADIK: esok sampai la....jangan risau..aku bagi no henpon mu dua2 nombor....

jumaat aku col adik....dia kata takleh nak cek sbb kelantan bercuti on Friday....fine...dia kasi
reference ni....aku pun google jumpa HQ Skynet..

CIK CUSTOMER SERVICE HQ : owh....parcel you dah sampai...pagi ni dah deliver ke Kajang....ini no kjang ye...sila berhubung dgn org sana....lega aku....

then...immediate i col Kajang...

CIK CUSTOMER SERVICE KAJANG : reference tu kawasan mana?? you dok mana?

cuba col 03- 9076 8888 skynet cawangan Balakong.......

Tut..tut...time : 4.00 ptg (JUMAAT)
CIK CUSTOMER SERVICE BALAKONG: `owh...parcel ada dgn kami...budak kita dah keluar...'

AKU : pukul berapa sampai sini??

CIK CSB : kejap je...dekat pun

aku tunggu...berjanggut...kejap yer....nak tengok berapa kejap

tut..tut....time 6.00 ptg
AKU : pukul berapa nak sampai ni???sy nak barang tu urgent...lagipun kejap lagi nak keluar berbuka kat luar...

CIK CSB : owh sori...akan sampai hari ni jugak...macamanapun cepat lambat kita akan deliver....

aku tepuk dahi je la....6.45 ptg baru keluar berbuka....muncung boleh kena jerut...geram...

SABTU 9.30 pagi:
AKU: barang bila nak smpai ni...saya nak balik kampung hari ni........

CIK CSB : dalam pukul 12.00 sampai la...smlam tak sempat....


12.30 tghari

AKU : kenapa barang tak sampai2 lagi ni....

CIK CSB : owh..boleh tak you dtg..self pick up sekejap je...klu nak tggu kitaorang antar mmg lambat sikit..........

GGRRrr.........muka hijau

apsal tak ckap awal2...klu tahu cam tu semalam gak sy pergi pickup...ni asyik cakap on the way...jauh sangat ke Balakong ke cheras ni...rasanya tak sampai 10 minit je ke sini....
sekarang sy bagi masa 10 minit utk hantar barang tu...kalau tak sy kasi masuk paper esok..you tengok la nanti....
ngam..ngam 12.40 tghari van skynet pun sampai...wah...efficient betul....10 minit je boleh sampai...

nampak tak??? tak paham tak pe...sekadar meluah kegeraman aku hari ni....terima kasih abang skynet....

Wednesday, September 1, 2010

ERK...DUIT DAH HABIS??

Rasanya ramai lagi yang belum tukar duit raya kan?

Ramai jugaklah yang bertangguh sebab raya pun cuma minggu depan...

Atas urusan tertentu..incik lee pun pergilah bank...petang tu dia bawak balik duit rm1

seratus keping..bagi kat aku...`nah ini aja yang ada...'

`orang kat bank kata last dah ni...duit rm5 dan rm10 pun dah habis.....'

erm...duit kat bank pun boleh habis jugak ke....LOL

ps: aku bukan nak tukar rm5 dan rm10 pun..........
Related Posts with Thumbnails