sponsored by

Saturday, July 31, 2010

A Multipurpose Container Not For Sale

Sometimes kids are just so creative and funny...don't you think so...tengok la apa dah jadi...it was a fun day when i went to chiko's house...just a visit after I received an annoucement about unexpected chiko's (my biras) pregnancy....lalala...kena tambah angpau tahun depan.

Cool...Orin playing in front of tv while her cousin, Aisy concentrating watching cartoon - as his mom said, the same cartoon again and again....juz can't recall the title...it is supposed to be toys container rite? look at the green one....

then a very brilliant idea came.....a very good idea from mat smart, aisy

netball? erm...orait...having fun huhh? Mr Shooter, aisy zahwan

Finally........kena marah dengan mommy dia....see the crack?
and....where is the best place to hide
this is what we call.....

a multipurpose container
but..it's not for sale okay

Selamat Hari Pahlawan

Nasib baik la aku teringat hari ni 31 Julai...apa yang istimewa sangat dengan tarikh ni? aku agak kalau tanya sesiapa pun ramai yang tak tahu termasuk guru.. budak sekolah lagilah tak tahu. Kalau bukan kerana pernah terlibat dengan Kempen Hari Pahlawan ni...aku pun tak tahu apa....

Yang pasti inilah tarikh keramat bagi bekas perajurit kita...pada hari inilah setiap tahun Kempen Hari Pahlawan dilancarkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang telah terkorban dan cedera di medan perang bagi mempertahankan tanahair kita.

Yang kita cuma nampak, bila ada orang masuk kelas dan menghulur tabung bagi mengisi Tabung Kempen Hari Pahlawan....maka setiap seorang akan diberi satu bendera sebagai kenangan. Tak ada tanggapan lain selain daripada derma...

Tahun ini Tabung Kempen Hari Pahlawan telah bermula sejak 1 Julai sehingga 30 Setember 2010. Dermalah dengan ikhlas dan pakailah bungaraya sebagai penghargaan dan sokongan terhadap KHP ini.

meletakkan kalungan bunga raya di Tugu Negara adalah agenda wajib pada Kempen Hari Pahlawan

Kakitangan Warisan Ad yang terlibat menjayakan Kempen Hari Pahlawan termasuk mendapatkan penajaan korporat, individu dan sekolah bagi mengisi Tabung Kempen Hari Pahlawan......Bunga raya menjadi pengganti bendera sejak tiga tahun lalu
(gambar Berita Harian)



Tanggungjawab sosial...kanak2 perlu dididik supaya menghargai pahlawan negara.
SKBTHO turut menjayakan Tabung Kempen Hari Pahlawan...(promote sekolah anak sendiri nampak)Pak Nuri Angkasa dan dua rakan baiknya yang juga bekas tentera yang terlibat menentang komunis suatu ketika dulu...bestfriend sampai sekarang...banyak cerita sedih yang aku dengar bila lepak dengan mereka...thank you uncle for sharing


kepada syarikat korporat di luar sana, jasa dan pengorbanan bekas tentera kita memang tidak dapat dinilai dengan keharmonian dan kesejahteraan negara yang kita kecapi hari ini...sumbanglah walau sedikit kerana setakat ini ada lebih 121,000 bekas tentera yang perlu diberi perhatian....kebanyakan mereka bukanlah orang berada....sumbangan anda mendapat pengecualian cukai..jadi tunggu apa lagi...

ps : berkempen bukan sebab aku anak tentera...bapa aku cuma orang biasa yang mengecapi kenikmatan hidup atas jasa dan tumpah darah pahlawan kita....cuma aku sedih bila tengok ramai bekas tentera jadi anggota keselamatan...berapa senla sangat gaji dorang...kesian kan?



Friday, July 30, 2010

Surah Al-Waqiah Untuk Pemudahkan Rezeki

Sabda rasulullah SAW : `barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap hari maka dia tidak akan ditimpa kefakiran'Dulu mak mertua aku selalu bagi petua `kalau nak murah rezeki..lepas solat subuh baca surah al-Waqiah. Itu la yang mak amalkan....
Patutla aku tengok mak mertua aku ni selalu murah rezeki..tak pernah putus duit..tak pernah nampak susah....atau dia taknak tunjuk..tak tau la pulak tapi aku percaya itu semua berkat membaca surah al-Waqiah yang diamalkan beliau.
Jadi, aku yang rezeki tak berapa nak murah ni mula la mencari2 apa kelebihan surah al-Waqiah ini...bila dalam kesempitan aku mula membelek dan membaca surah yang menjadi sebutan ini...surah untuk murah rezeki.......kadang2 pernah aku membaca sambil teresak2 mengenangkan nasib diri...ada je bala bencana yang menimpa....tapi alhamdulillah memang ada kebenarannya...ayat alQuran ni memang kita kena yakin kerana Allah tidak sesekali menurunkan sesuatu ayat dengan sia-sia.
aku cuba mencari apakah yang bersangkut paut dengan rezeki dan surah ini...sebenenarnya surah ini menceritakan mengenai alam akhirat, balasan yang diterima oleh dua golongan iaitu mukmin dan kafir, tentang tumbuhan, api dan bukti kekuasaan Allah, kisah syurga neraka serta hari berbangkit nanti.
Bilakah waktu yang afdal untuk membaca suarah al-Waqiah:

1. membaca setiap malam selama satu kali maka dijauhkan kemiskinan

2. setiap lepas asar selama 14 kali maka akan beroleh kekayaan melimpah ruah

3. tiga kali selepas solat subuh dan asar maka dia akan menjadi hartawan lagi dermawan

selebihnya masih dalam pencarian...Kini aku memang menjadikan surah al-waqiah sebagai amalan harian bukan di waktu kesempitan hidup saja. Kalau tak percaya ...cubalah


ps : sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi...

Wednesday, July 28, 2010

This Is The Real Belangkas

Asal ada je orang berkepit ke hulu ke hilir, orang pun mulalah cakap `macam belangkas'....tapi apa menatang belangkas tu sendiri aku tak pernah nak ambik kisah...

until i berkawin la.....Mak mertua aku bila balik Johor mesti anak dia pesan bawa balik belangkas.........

Nah...sapa yang belum kenal...inilah belangkas.....Dua ekor belangkas yang dah siap dimasak...cara2 masak tak tau la pulak sebab mak mertua yang kasi....

Sedang dikopek kulitnya....
Orang kata rasa telur belangkas ni sedap tapi aku tak pernahlah rasa.......



Ini dia telur belangkas..banyakkan? anak2 aku pun suka...dorang kata ada rasa macam ketam sikit...tapi lately ni dorang dah tak berapa gemar sbb aku tak galakkan dorang makan

Tuesday, July 27, 2010

Ini Ke Perabut Baru??

Masa datang rumah hari tu mak aku cakap balik kampung nanti nak duduk mana? rumah mak perabut dah banyak....ada kerusi baru, ada tiga set...besar pun ada...kecik pun ada...mak kata kerusi Mawi pun ada....aku buat endah tak endah dan tak tanya lebih lanjut....

Dalam hati aku cuma kata, wah....semangatnya mak aku nak sambut raya nanti...lagipun aku kan nak balik raya nanti...

Sejak itu aku tak tanya-tanya lagi pasal perabut, kerusi baru tu lagi....sampailah baru2 ni adik2 aku call bagitau abah masuk hospital, sakit & nak buat operation....

Aku cuma call bagitau yang aku nak bertolak balik malam tu jugak...nak jenguk abah kat hospital...mak kata, okay lah tapi mak takda kat rumah...memang dok hospital jaga abah...penunggu la...Tapi dia asyik cakap rumah tu sempit dah..banyak kerusi.....

Dan bila balik....hahaha...inilah kerusi Mawi yang mak dok cakapkan tu.......

termenung panjang Orin lepas bangun tidur...
siap ada pintu gerbang lagi dalam rumah....patutla dia risau aku nak balik...asyik cakap takde tempat nak tidur

lepak minum2 pun atas kerusi pengantin....tu belum lagi masuk bilik......cadar pun cadar pengantin....memang aku rasa macam baru kahwin je...

Ini baru dua....ada tiga empat pelamin lagi dalam rumah yang dok bersepah...jangan raya nanti orang makan kuih raya atas pelamin sudah...

ps: patutnya mak sebut pelamin baru bukan perabut baru...banyak bezanya tu.........











Monday, July 26, 2010

Jom Minum Milo Protomalt

Nampak tak...terbaru dari Nestle, Milo ProtoMalt....mengandungi kabohairat diperkaya dengan malt barli..protomalt kompleks yang merupakan sumber tenaga yang baik untuk badan kita.
Jadi bila minum Milo, ia akan dicernakan dan bertukar dalam bentuk tenaga....waaa....makin bertenaga la kita selepas minum Milo ni...yela..semua tau kan barli tu pula mengenyangkan dan minuman ketika panas badan...bila dah digabungkan khasiatnya berganda-ganda la...


see...baju milo pun dapat free....sorang 8 helai dengan 8 warna berlainan...hari2 aku tukar baju Milo...promosi sikit...belum lagi join calvacade car....
Milo bagi macam2 tau kat orang ramai... Milo tak pernah menghampakan.....setiap event sukan mesti ada Milo free....siap ada van datang untuk bagi Milo percuma...no refill tau...buang je cawan tu anda akan dapat Milo yang lain pulak...10 kali datang pun tanpa...sejuk & fresh..mana ada letak ais semua...Milo sejuk yang tersangat kaww....

Milo sponsorship untuk acara lumba basikal Le Tour de Langkawi.....setiap tahun tu Milo menjadi penaja Le Tour de Langkawi...ni masa Mock Jesrsey Presentation...Jersey Hijau untuk Milo...Wakil Milo tu Mr Ng Ping Loong, Sponsorship Manager...pergi la mana2 event sukan, di mana ada Milo di situ ada Uncle Ping Loong ni...kalau nk mintak sponsor milo kena jumpa dia..tp dia best la...takkan menghampakan...


ni kat kampung....Milo tak habis2....mak aku memang pastikan stok Milo sentiasa ada...anak cucu nak minum.........

ni la `hantu Milo'.....makan mentah2 kalau tak disorok....

Makanya Milo ni dah jadi sebahagian dari kehidupan semua orang.
Jadi bila Milo diperlukan:


1. Rumah : Mami...nak tidor nanti buatkan Milo dulu ye..
2. kedai mamak: nak Milo ais...(anak)...Milo tarik ye (ibu)...neslo = nescafe + Milo (bapa)
3. Diet : i taknak makan hari ni...lagipun pagi tadi dah ambik Milo
4. Puasa : sahur Milo je la....cicah roti nanti kenyang la
5. kt hospital : Milo + susu tepung utk pesakit
6. minum petang : agar2 milo
7. kampung : aiskrim malaysia (perisa Milo) makan masa kecik2
8. orang gaji indon: balik kg siap tapaw milo banyak2.. ..kalau tak sorok hari2 dorg minum Milo...almaklumler...sedap
9. derma darah : Milo dihidangkan dengan biskut
dan lain2 lagi...panjang nak citer nanti
Nampak sangat kan betapa begitu hebatnya pengaruh Milo ni walaupun terdapat banyak minuman perisa coklat di pasaran? dari aku kecik sampai muda dan semakin muda sekarang ni...Milo tetap no satu...sudah 60 tahun Milo melekat di hati rakyat Malaysia...

ehh....aku diet hari ni...suma minum milo jer....Milo Protomalt ler..baru bertenaga sikit

MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT







Sunday, July 25, 2010

Nasi Lemak Best

Pagi tadi teringin sangat nak makan nasi lemak....pergi kedai kakak nasi lemak terbestest kt rumah ....aik..tutup kedai pulak....

no wonderla orang panggil nasi lemak chipsmore....tapi sambal udang dia memang buat ingatan aku terganggu seketika....

Lalu terkenanglah nasi lemak Ganu Kite homade cooking cik liza....dia masak nasi lemak untuk breakfast masa aku singgah rumah dia minggu lepas....siap zzz lagi kt sana dua malam... beria2 dia pesan suruh aku bangun lambat sebab nak siapkan nasi lemak sambal paul...malam tu aku tgok dia dh siap rendam paul kering tu untuk dicilikan... yeah....dah siap...letak sambal sikit je........siap ada keropok lagi...special sikit ni

sambal paul dorang panggil.......melekat pulak nama tu...ini versi sebelah pagi...sebelah petang dah diubahsuai....tambah petai pulak........tak sempat snap dah licin


adegan ganazz........



Menu lain selain sambal sotong ni adalah udang celup tepung....memang tak menjadi habis...ada rasa macam butter prawn pun ada.......tapi memang ada mariii....



Saturday, July 24, 2010

Harley-Davidson For Sale

Anyone looking for Harley-Davidson? nak jual ni...only serious buyer saja okay & no 3rd party please....

Harley-Davidson Roadster
Harga RM74,000.00
Warna : oren kemerahan
Under guarantee: Naza Motor

Motor ni masih dalam guarantee lagi....tersangatlah jarang digunakan
Nampak tak plat number motor ni? WSE 8500

Tak pernah bawak sapa2 pun dengan motor ni kecuali wife dia & Zahid.....hehe

More details : Cek Lee 019- 691 1158


Friday, July 23, 2010

Keropok Lekor Paling Best

Siapa pernah makan keropok lekor sedap? kat mana? sebut keropok lekor mestilah kat Terengganu...kalau kat Malaysia ni pun aku gerenti korang akan setuju kalau aku kata kat Seberang Takir.......

Kalau datang KL, cik Liza biras aku ni akan tapau keropok lekor...tapi tak selalu la sebab dia bukan tokey pun...hanya pembeli setia je...ni dia....tengah busy makan keropok lekor panas sebenarnya...... Cik Liza dan baby Zahra tukang promote keropok lekor BTB...tapi dia tak ambik komisyen pun....

Okay...nama kedainya Keropok Lekor BTB...stand for? tak tau la pulak...on the way to Seberang Takir....kalau pergi kedai ni banyak kereta akan parking kt bahu jalan semata-mata nak mendapatkan keropok lekor ni. Nak beli pun sampai kena beratur...nasib baik aku pergi weekdays so tak payah beratur panjang.

Keropok dia memang rasa ikan habis, tak de macam yang selalu makan banyak tepung, nak goreng pun meletup2....yang ni memang best...boleh goreng sambil nyanyi2 lagi

Haa...inilah kedainya....curi snap dari tingkap kereta je...kat situ juga boleh tengok orang merebus keropok dalam kawah yang sangat besar...cik liza kata boleh snap je sebab ramai orang pergi sana mesti ambik gambar Inilah keropok lekor yang sempat kubeli...tak banyak...rm20.00 dapatlah 20 batang...tak mahalkan? besar2 pulak tu...panas lagi ni


keropok yang siap digoreng ni pulak diorder dari kedai tepi sekali...keropok goreng kecik2 ni sedap dimakan panas2...tak tapau...saja order & makan kat situ sambil minum milo
Jadi kepada sesapa yang nak beli keropok lekor kalau lalu area sini jangan tak beli...rugi tau....
ps: aku promote tapi takde share pun....jap lagi nak gi goreng keropok lekor la....








Thursday, July 22, 2010

Doa Untuk Kelihatan Cantik dan Anggun



Bila mengadap cermin sambil2 bersolek tu, eloklah sekiranya diamalkan ayat di atas:


Selain itu, boleh juga diamalkan ayat seperti:

"Allahumma kama hassanta khalqi fahassin khuluqi"
Maksudnya : Ya Allah percantikkanlah akhlakku sepertimana Engkau perelokkan peradabanku


Dalam apa perbuatan yang kita buat, doa adalah yang sangat penting. Yang penting amalkan setiap hari dan yakin dengan apa yang kita buat.

Friday, July 16, 2010

Kek Lapis Sarawak

Aku bukan orang Sarawak tapi aku nak promosi kek lapis Sarawak kat sini...maklumlah..nak tambah pendapatan sempena raya yang dah tak lama dah ni....jadi kepada sesiapa yang berminat nak order kek lapis ni bolehlah contact aku nanti...details di bawah yekek lapis ni di potong kecil2 je sbb kek ni mahal...hehe..org sarawak makan dan minum dengan air gas
Ops...ini kek lumut..suku sakat kek lapis jugak...cerita kek lapis ada di bawahSekarang ni sesiapa yang nak beli kek lapis Sarawak tak payahla pergi sampai ke Sarawak...kalau dulu rasa nak makan kek lapis ni mesti kirim dengan member2 yang ke Sarawak...


dipek kecil2 & dijual pada harga rm15 utk 300 gm...tak mahal kan? bila pek kecil2 macam ni bolehlah beli lebih utk mak mertua, mak sendiri dan sedara mara jugak

kek lapis masam manis...ada letak gambir..tp bukan gambir sarawak tau

kek lapis oreo cheese..sedap ada rasa cheese dan ada biskut oreo

kek lapis limau purut

double choc
kek lapis tiga rasa

kek lapis aiskrim soda

sibuk membakar kek di dapur...sbnarnya aku tak reti...jd helper je
Dayang tokey kek lapis dgn student..ada juga bukan student...dayang ni my bestfren, tp aku promote kek lapis dia bukan sebab dia member aku tp sebab kek dia memang best..


Untuk tempahan :
Add me or inbox di FB Suziharjuta Shaari
atau contact my hp : 017- 340 1008


ps : Kek Lapis Dayang ni memang dah sampai hingga ke luar negara...jadi apalagi?
ops...kek Dayang menggunakan 100% butter dan tiada bahan pengawet...
































































































































Thursday, July 15, 2010

Now Zara Turns Two

Event : ZAHRA....ZARA....birthday party
Venue : Nenek's Hse, 19 Jalan Dua
Menu : Nasi Beringin (ordered by anti Zaza), ketupat daun palas, kuih koci, tapai, keropok lekor & bla22....




Happy Birthday to you

Happy Birthday to you

Happy Birthday to Zahra

Happy birthday to you



ZAHRA....TumbleZahraLina....aunty Zaza yang panggil kay?
she's so petite...

so cutee
mom's club...biras & beras

son & doters in law of pil...anti zaza a bit hover

now is the time....

ready.....

haha...blow la...apa lagi

ketupat pun ada....dh macam raya

zara's aunty....anti sherry
get together

last but not least....simple deco fr tiena & ojiq

ps: credit to Razlan & nunu era for the pics................









Related Posts with Thumbnails