sponsored by

Monday, August 30, 2010

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke 53


Diam tak diam sudah 53 tahun negara mencapai kemerdekaan...dan pada setiap tahun itulah kita rakyat Malaysia menyambutnya dengan penuh meriah dan semangat patriotik...
Cuma mungkin tahun ini kemeriahan dilihat agak berkurangan berikutan kemeriahan menyambut Aidilfitri lebih terasa kehangatannya.......

Tema `1Malaysia Menjana Transformasi' bagiku amat bersesuain bagi melambangkan bangsa Malaysia itu sendiri......
Cuma aku mengharapkan agar erti kemerdekaan yang sebenar lebih dihayati di kalangan generasi muda hari ini...menghargai perjuangan datuk nenek kita mempertahankan negara dari belenggu penjajahan Inggeris sekalipun kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah...


ps: sedih bila menonton rancangan di televisyen minggu lepas bila ada anak muda tidak tahu bunga kebangsaan Malaysia........

siapa agaknya yang ajar bunga ros bunga kebangsaan negara...geram je nak lempang budak tu....nak ketawa...this is not joking....
ke ada yang nak bagi jawapan bunga kertas?

3 comments:

Zezebel said...

Salam.
Bunga ros dulu-dulu memang di antara bunga yang dipilih untuk jadi bunga kebangsaan.

Selamat menyambut merdeka.

etomyam said...

mak aih, bunga ros...out of Malaysia's civilization tu

ce'kem said...

siapalah budak yang tak tau bunga kebangsaan tu.
kat mana dia skolah tu? hissh memalukan betul...
entah2 dijawabnya bunga manggar...sbb ingat makan kenduri je!

Related Posts with Thumbnails