Habatus sauda dalam bentuk bijian...belum diproses.
Baru-baru ni adik ipar yang lama tinggal kat Jeddah balik ke tanahair.....dia bagi habbatussauda dalam bentuk bijian. Aku pun mula la menggoogle khasiat habbatusssauda ni sebab memang banyak ubatan kat rumah ni mengandungi habatussauda....ubat asma, minyak urut, krim kecantikan, madu..........minyak kelapa dara...semuanya ada habatussauda...
Kalau di Eropah atau Amerika, habbatus Sauda ni dorang panggil black seed....dalam istilah perubatan atau kecantikan ada dipanggil nigella..
Habatussauda ni memang terkenal datangnya dari tanah Arab. Tumbuhan dia pun hanya tumbuh di kawasan mediteranean atau tanah gurun.
Apa kehebatan habbatussauda?
Sabda rasulullah SAW : Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis dari segala jinis penyakit kecuali maut As sam(maut) (HR Bukhari Muslim)...
Nampak tak khasiatnya? maknanya tidak ada penyakit yang tidak boleh diubati dengan habbatussauda kecuali kematian...begitulah hebatnya penangannya.
Dikatakan ia dapat mengubat penyakit seperti Athma, tinggi kolestrol, imsonia, darah tinggi, hilang ingatan termasuk kanak2 yang tidak fokus ketika belajar...ia juga digunakankan untuk mengembalikan tenaga.
banyaknya khasiat habatus sauda ni kan?
4 comments:
Saja nak share, zaman saya belajar di UKM dulu kan...ada sorang kawan yang buat Habbatus Sauda + dengan milo...kami panggil minuman tu sebagai Habbalo...buat bg kaww pekat2 sikit dan rasanya....sedap sampai nak tambah lagik!!
ye ke siti...nak try la nanti habbalo
memang bagus amalkan habbatus sauda' :) dni jarang amalkan tapi teringin nak amalkan setiap hari. InsyaAllah ^__^
Terlalu banyak khasiatnya..Tidak boleh dinilai dgn wang..Sy sendiri mengamalkan biji habatus sauda setiap hari..kesannya badan sy menjadi lebih sihat dan lebih produktif..Cuba amalkan setiap hari kerana anda akan tahu betapa besarnya khasiat habatus sauda ini...
Post a Comment