sponsored by

Tuesday, August 3, 2010

Budak Kurang Ajar Dengan Cikgu

dari sekolah rendah lagi murid perlu dididik sikap menghormati guru....
pelajar SAAS Kajang...gambar peribadi tak semua murid kurang ajar...ramai lagi pelajar sekolah yang sopan dan menghormati guru....

Aku bukan cikgu...bukan nak `backing' cikgu tapi bila tengok you tube pasal murid dengan guru ni memang aku rasa terbakar jugak...aku tak upload sbb aku rasa semua orang dah tengok...sekadar mengulas dan memberi pendapat saja.

Budak ni memang kurang ajar, cikgu belum habis cakap dah menjawab...dah tu cakap pulak menengking2 dengan cikgu....kalau guru tu cakap kasar itu tak salah sebab guru lebih tua dan guru juga ibarat ibu bapa kepada pelajar bila di sekolah...

Berat tanggungjawab cikgu di sekolah ni...bukan setakat masuk kelas mengajar, mana nak layan kerenah pelajar yang main2 dalam kelas, tak siap kerja sekolah, yang bercakap bila cikgu mengajar kat depan, tak bawak buku, tak masuk kelas dan macam2 kerenah yang memeningkan...kalau periksa tak lulus ke markah rendah, prestasi sekolah merosot, cikgu juga yang kena.

Aku bukan nak sebelah guru tapi aku perhatikan budak2 sekolah yang sekolah menengah la...depa sekarang bukan setakat suka membuli kawan2, cikgu, masalah disiplin yang teruk, balik sekolah hisap rokok, masuk cyber dan banyak lagi kes termasuk samseng la apa la...kalau dengan cikgu pun boleh kurang ajar, dengan ibu bapa aku tak tahu la...lagi takut bila dia orang ni berdendam...bahaya...silap2 boleh kena belasah kat luar...

Kes budak dalam you tube tumbuk cikgu tu bagi aku memang melampau, walaupun aku tak faham sepatah haram apa budak tu cakap... bagi aku apa yang cikgu tu cakap aku tetap paham...mana boleh budak tu lawan balik bila cikgu cakap dia kurang ajar ke apa...sabar betul dia bila budak tu bercakap pun tunjuk2 kat muka....

NUTP pulak boleh nak salahkan cikgu tu bila terjadi kes macam ni...patutnya dia kena selidik dulu baru bagi jawapan...jangan la terus salahkan cikgu...naik lemak la budak2 sekolah nanti.

Kalau ingat balik zaman aku sekolah dulu macamana kurang ajarnya budak tu, ada masalah disiplin, kena berdiri depan perhimpuanan tapi tak ada la nak melawan2 cakap cikgu macam tu...entah apa dia cakap pun tak tau...dah sekolah menengah tapi cakap macam orang tak ada akal.....tgok la cara dia berpakaian pun, aku perasan dia pakai baju sebelah dalam warna biru gelap....nampak tak kemas langsung....bukan ke patutnya kat sekolah pakai singlet warna putih...

Isyk..susahnya jadi cikgu sekarang...bila cikgu buat tak reti cakap makan gaji buta, bila cikgu ambik berat cakap cikgu busy body....nasib baik aku tak jadi cikgu.

Apapun aku selalu didik anak aku hormatkan guru...kurang ajar tak kurang ajar pelajar tu ebrgantung kepada didikan ibu bapa juga...kalau kat rumah pun ibu bapa taknak ambik kisah, tak tegas dengan anak2 macam ni la jadinya...kalau boleh ambik tahu setiap pergerakan dan aktiviti anak2 di sekolah...pantau siapa rakan2 mereka...dan berbaik-baiklah dengan guru anak2 kita
ps : semakin mencabar profesion perguruan sekarang....tak taulah di masa akan datang macamana.....

9 comments:

Fyzal said...

memang kurang hajar budak tu. no respect betul la.

budak2 zaman sekarang sis, memang tak reti bahasa dan takde adab sopan. bukan la semua, tp banyak la gak.

¶A.K.I¶ said...

tp btl sis!!
profesional tak mengkaji.
jus tgk dr u tube pastu bg pandangan.
itu peribadi pny pndangn. bkn dr kajian.

ramai nak jd cikgu sekarang[ budak2 muda ye ] sbb sng keluar2 konfem jd cikgu. mayb nawaitu sbnrnye pon da slh.. tu yg dpt budak2 pon mcm tu.
hurmmm. tp aki sbgai yg pernah belajar seyesly aki boleh ckp budak budak tahun 90an dan zaman milenium mmg berbeza. dorang tak hormat diri sndri. sbb tu dorang kurang aja

Liza said...

tu lah generasi skrg nie susah skit nak berjaya sebab tak hormat cikgu, liza dulu jgn nak ckp melawan, angkat muka pun tak branie

zezebel said...

Budak-budak sekarang ni banyak yang terlalu di manjakan mak bapak. Kalau tak puas hati sikit2 masuk paper. Kesian kat guru2 yang tpaksa melayan kerenah anak murid dan mak bapak. kalau dulu2 kita buat nakal kat sekolah, emak datang mungkin rotan kat kita lagi. Sekarang ni confirm cikgu yang kena rotan punye...

suzzsuzie said...

fyzal ; tu la..certain sekola students dia very polite and now how to respect teachers....even elders...

aki ; u r rite aki...kdg2 ada yg nk jd cikgu sbb byk benefit...tp murid2 dulu dan skg mmg byk beza..

suzzsuzie said...

liza : dulu cikgu buat public canning tak sapa berani pndang cikgu...skg boley ckp kt cikgu `apa pndang2'

zezebel : bla masuk paper tu yang cikgu dah start malas nak layan...

etomyam said...

ntah apa yg di makan budak tu samapi jadi hati baru macam tu huhuhu.

aku pernah dirotan dan ditampar cikgu masa sekolah dulu, sekarang bila jumpa dia kat kg aku masih hormat dia dan siap boleh sembang kedai kopi lagi (member dah pencen..) heheh

suzzsuzie said...

cikgu pukul kita dulu mana kita pernah ambik hati...kita anggap cikgu macam mak bapa kita...sekarang mana ada lagi hukuman denda berdiri atas kerusi ke, berdiri tgh padang ke...kena makan penampar cikgu tu buat kita serik...

kak ina kl said...

ibubapa yang salah...skrg ni bukan boleh cikgu jentik sikit..dah naik hantu gi ke sekolah marah cikgu.


akak dulu kena sesah depan perhimpunan pun tak lawan cikgu tau..

Related Posts with Thumbnails