sponsored by

Monday, July 12, 2010

Pak Nujum Paul Bersara

benci tapi rindu


Tataplah puas2 sang kurita Paul kerana lepas ni korang takkan sakit hati lagi dengan si sotong ni. Dia dah bertekad untuk bersara dalam arena bolasepak antarabangsa....agaknya dah tak sanggup nak makan sumpahan orang...satu dunia woo dok marahkan dia...

Apapun Paul pergi dengan bermaruah kerana sepanjang ramalannya dalam World 2010 ni, tak pernah sekalipun Paul gagal dalam setiap tilikan dalam tujuh perlawanan yang disertai pasukan Jerman....hebat...cemerlang, gemilang lagi terbilang.

Paul bukan saja meninggalkan kerjaya dalam bidang bola sepak tetapi juga turut bersara membuat ramalan dalam bidang ekonomi dan juga politik...wah..hebat betul la si paul ni....

Tapi jangan risau la...kalau rasa rindukan si Paul ni, bolehlah ke negara Jerman untuk menonton Paul yang tidak pernah letih menghiburkan pengunjung terutamanya kanak2 dengan ragamnya.....
Atas kejayaan cemerlang dan perkhidmatan dalam bidang nujum menujum itu, Paul dianugerahkan sebuah piala emas berbentuk Piala Dunia..untung kau sotong....


Tu je...



p/s : dah terpikir besok nak sarapan nasi lemak sambal sotong.....sodap wooo....

3 comments:

chiko said...

rindu nasi lemak sambal sotong makjah!! hahaha.

suzzsuzie said...

sambal sotong makjah...sedap...

Syahira Mansor said...

ceh bongek gile sotong ni, nak bersara konon. haha. boleh blah la.

Related Posts with Thumbnails