sponsored by

Tuesday, July 27, 2010

Ini Ke Perabut Baru??

Masa datang rumah hari tu mak aku cakap balik kampung nanti nak duduk mana? rumah mak perabut dah banyak....ada kerusi baru, ada tiga set...besar pun ada...kecik pun ada...mak kata kerusi Mawi pun ada....aku buat endah tak endah dan tak tanya lebih lanjut....

Dalam hati aku cuma kata, wah....semangatnya mak aku nak sambut raya nanti...lagipun aku kan nak balik raya nanti...

Sejak itu aku tak tanya-tanya lagi pasal perabut, kerusi baru tu lagi....sampailah baru2 ni adik2 aku call bagitau abah masuk hospital, sakit & nak buat operation....

Aku cuma call bagitau yang aku nak bertolak balik malam tu jugak...nak jenguk abah kat hospital...mak kata, okay lah tapi mak takda kat rumah...memang dok hospital jaga abah...penunggu la...Tapi dia asyik cakap rumah tu sempit dah..banyak kerusi.....

Dan bila balik....hahaha...inilah kerusi Mawi yang mak dok cakapkan tu.......

termenung panjang Orin lepas bangun tidur...
siap ada pintu gerbang lagi dalam rumah....patutla dia risau aku nak balik...asyik cakap takde tempat nak tidur

lepak minum2 pun atas kerusi pengantin....tu belum lagi masuk bilik......cadar pun cadar pengantin....memang aku rasa macam baru kahwin je...

Ini baru dua....ada tiga empat pelamin lagi dalam rumah yang dok bersepah...jangan raya nanti orang makan kuih raya atas pelamin sudah...

ps: patutnya mak sebut pelamin baru bukan perabut baru...banyak bezanya tu.........











4 comments:

kak ina kl said...

nak raya ni kalau ikut nafsu semuanya nak di tukar kan...

Madey said...

nih kerusi cam nak dok atas pelamin je..

Hamzah Ian said...

cantik eyh pelamin.. hoho

suzzsuzie said...

kak ina kl :btultu kak ina..tak payah tukar2 pun...skjap je raya tu
madey : memang kerusi pelamin, mak pggil perabut..hehe
hamzah ; klu cantik leh tempah nak kahwin nnti

Related Posts with Thumbnails