sponsored by

Saturday, July 3, 2010

Selamat Hari Jadi Berita Harian

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat ulangtahun ke-53 kepada akhbar Berita Harian. Wah...lama betul ye...sama usia dengan ulangtahun kemerdekaan kita pada 1957. Cuma Berita Harian punya besday jatuh pada setiap 1 Julai.

Kira2 dah lebih separuh abad la umur Berita Harian ni...kalau lori buruk dah lama tercabut tayar....tapi akhbar Melayu terulung itu tidak begitu...aku tengok makin lama makin maju...semakin hebat isinya...belum lagi reka bentuknya yang semakin comel...kiut miut itu sangat compact...


muka depan terbitan 1 Julai 1957harga senaskah 15 sen
Apapun, sebagai seorang yang pernah menjadi warga kerja Berita Harian, aku rasa terkilan tak dapat menghadirkan diri pada majlis kesyukuran pada khamis lepas yang mengundang semua bekas wartawan, penyunting dan jurugambar.

Apapun. rindu aku kepada pejabat lama di aras 4, no. 31 Jalan Riong itu tetap terubat....sehari sebelum tu aku dah reunion dengan member lama dari Harian Metro...lama betul tak jumpa...lepas lah jugak rindu pada bangunan NSTP yang banyak kenangan itu...

Teringat pulak member2 lama dan kakak serta abang senior seperti Raihanah Abdullah, Nurul Adlina Kamaludin (Berita Minggu ketika itu), Zulkifli Ali (meja jenayah), Shamsul Azree Samsir (meja am) dan yang lain2...mereka adalah wartawan hebat yang menjadi peneman di warung2 sekitar yang sangat meriah ketika itu...kebetulan TV3 juga terletak bersebelahan...tersangatlah happening......bila la dapat cit cat lagi dengan korang ye....

Apapun, jodoh aku dengan akhbar itu tidak panjang...teringat lagi kata2 bos aku waktu itu, Datuk Manja Ismail.....`apasal la ko nak berhenti ni....lain kali ko rasa nak kerja sini ko datang balik....'

Bagi aku kenangan bersama teman2 di sana tetap dalam ingatanku...aku akan sentiasa menyokong Berita Harian....Happy Besday Berita Harian....

























































No comments:

Related Posts with Thumbnails