sponsored by

Thursday, July 8, 2010

ESQ diharamkan ke

Jumaat, 28 Rejab 1431

Baru je aku nak belajar dan ambik tahu serba sedikit pasal ESQ ni...ialah sana sini semua dok sebut ESQ....even aku tya member2 cuti nak pergi mana dorang akan jawab nak pergi training ESQ...Best...ooo..mulut terlopong sambil tergaru2 kepala sekejap.

Tup2 pagi ni sambil menonton Nasi Lemak Kopi O kat Tv9 tu, Aziz Desa ada sebut tajuk2 akhbar hari ni...salah satunya `ESQ diharamkan'....mana tak terkejut .....

Bila aku buka Berita Harian online...tajuknya `Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Haramkan ESQ'. Buka lagi kt Ipoh punya tajuk `Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan ESQ Tak Haram'..mana satu ni?

Menurut Mufti Perak, ESQ tidak haram kerana ajarannya tidak bertentangan dengan akidah, ketuhanan dan ajaran ahli sunnahwaljamaah.... Sebagai orang yang daif dan tersangatlah cetek ilmu agama aku tak berani nak bagi komen.

Apa yang aku tahu, ESQ ni pendekatannya lebih kepada ketuhanan, keislaman dan peradaban. Itu saja. ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) ini menekankan pada satu modul yang telahpun disertai oleh lebih 65,000 orng kenamaan, tokoh agama, korporat dan pegawai kerajaan ini tidak bertentangan dan menyeleweng daripada aqidah dan syariat Islam.

Dan lagi, ESQ ini adalah Training HR atau Sumber Manusia yang mengajarkan 165 filosofi dasar rukun iman, rukun islam dan ihsan dan 99 asma alhusna sahaja.

Apapun aku hanya mengharapkan kebenaran cepat2 terungkai kerana setiap yang baik itu biasanya memang banyak halangannya. Orang kat luar sana janganlah cepat melatah dan buat andaian sendiri pulak selepas ini.



ps: teringat zaman dulu2 bila dipaksa menghafal Asma al-Husna....banyak hikmah dan rahsia tersembunyi di sebalik 99 nama Tuhan ini...

9 comments:

aramis2177 said...

kak suzy.... apa dia ESQ nih??hoho..ketinggalan zaman farah nih.....anyway sebuut asmaul husna tuh..balqises ni kena hafal utk oral diorg masa exam tu ari...huhuhu....haru gak nk harap bdk umq 6/7 thn nak hafal sumer tuh!

ardinihumaira said...

susah juga kan pendapat yang bertentangan ni... masyarakat la yang keliru.. huhu

etomyam said...

itulah..Pejabat Mufti Wilayah tengah bulan Jun hari tu keluarkan fatwa kata haram, lepas tu hari ni Jawatankuasa fatwa kebangsaan kata tidak pulak...keliru ni...

ada kawan pernah join ESQ, dia kata dia tak suka cara tu, tapi pasal office yg suruh masuk....entahlah huhuhu

suzzsuzie said...

Farah - ESQ ni satu Training HR yg menjalankn kursus yg menekankan kepada sunah, alQuran, rasul semua tu la...nak cerita lebih2 tak berani tp ramai member2 yg ikuti program ESQ ni

suzzsuzie said...

ardini - tu la...yg kita tak pnh pergi ni kena duk diam2..hehe
e-Tomyam - oooh...ye ke..hanya orang yg prnh attend je boleh komen kan? tp ramai yg kata bagus jugak...

K I L said...

ESQ memang terbaek..
pasal esq diharamkan nie..erm,,tahu2 je laa bile hal politik dah masuk campur..no komen~

usha entri terbaru

faizalnizam said...

memang pelik macam mana isu ni baru kuar padahal ESQ tu dah lama ada dalam market..

satu kata haram, satu kata tidak... ni boleh wujudkan kekeliruan di kalangan org Islam malaysia.

harap2 hal ini selesai segera.

Unknown said...

Member kita yg pernah pergi kata,o.k je ESQ nie...Apapun they all kata, pentingnya kita nie belajar & rujuk pd byk tempat. jgn menyimpang udah..

suzzsuzie said...

anastasyea : betul jugak tu..kena rujuk pada orang yang dalam ilmunya...

Related Posts with Thumbnails