sponsored by

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Stori Mori Balkises in Kelantan


Dapat tau daripada mr hubby yang my bro inlaw n his family nak datang Kelantan..kiranya visit before they off to Jeddah...sesi bertemu kaum kerabat la sebab after this lambat lagi nak jumpa..may be time balik Mesia end of the year baru dapat jumpa balik...bestnya sebab lama gak tak jumpa Farah, Shidee n their 3 little princess Humairah, adik Ana n Tata...lagipun, dorang semua ni tak pernah lagi datang ke negeri cik siti wan kembang ni.

So, we planned to bring them to our hot spots i;e Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang n my biras cik Liza bawa dorang ke Pasar Siti Khadijah in KB
tak sahla kalau datang sini tak jalan-jalan ke tempat2 best ni..best ker? 

k..malas nak citer panjang..juz some pics for sharing...

kanak-kanak riang...first day sampai bawa
Farah n family jalan2 kt Wakaf Che Yeh.
Sempat la Farah shoping sakan tudung polkadot version..


singgah sekejap kat rumah tokey dodol kak Sabariah..dekat je dengan rumah
aku..on the way ke Rantau Panjang..kalau datang Kelantan, boleh singgah sini nak shopping dodol ataupun serunding. Harga memuaskan..

LEGA...kalau datang Rantau Panjang jangan lupa singgah kedai cendol ni..air ...memang kaw n terbaek
NAK TOPI... shopping topi dulu...


PEACE..
AND...in KB...cik liza order nasik lemak and roti jala for breakfast before they left to Cameron Highland...transit lagi sebelum balik KL


SELAMAT MENJAMU SELERA


SAYONARA....hugs n kisses from us


Thursday, February 24, 2011

Pity of Him

Last week Qhazim merah2 satu badan. mula2 i ingatkan kena gigit nyamuk atau maybe semut ke apa. lepas sapu ubat terus biarkan macam tu je...

the next day time nak pakai baju nak pergi sekolah, i nampak dah makin teruk then terus bawak gi klinik...

rupanya doc cakap dia kena chicken pox..dapat MC one week...but he's not so happy coz this week ada monthly test...nak wat camana, juz pergi sekolah hantar Mc je la.

Then bagila minum air kelapa muda sepertimana yang disuruh oleh orang tua...katanya nak bagi cepat sembuh...selain ubat doc ada juga klinik bagi ubat sapu, callamine ala2 bedak sejuk cam tu..habislah Qhazim..dah tak hensem lagi..kulit abis berparut.

Till today Qhazim punya chicken pox is getting worst so i juz pegi sekolah tanya class teacher shud he come to school or not. ye la anak dah insist nak pergi sekolah mak dia pulak lebih2 suruh cuti lagi...apapun, hari ni Qhazim tetap pergi dan habiskan semua test untuk semua subjek dalam 1 hari...gud luck to you my boy...mommy will pray for u

and..hopefully qhazim sabar sikit sebab tak dapat makan ikan dan telur..his favourite tu..takut gatal2 nanti...and..no more kicap ye...selamat berpantang...

Saturday, October 23, 2010

ANAK JEPUN

merah kat pipi tu mommy kata `love bite'
bila anak-anak dah besar mulalah berangan nak ada baby...tengok anak orang sibuk la nak dukung, tengok orang pregnant mula la berangan...comelnya kalau aku yang pakai baju mengandung tu...haha..ye la anak bongsu pun dah 5 tahun...

semalam pergi rumah adik ipar pun sibuk dok snap raisya situ sinin...comelnya raisya ni..macam anak Jepun....macam aku kecik2 dulu je...tapi masa kecik dulu aku tak makan cheese, aku cuma makan bubur nasi yang dilenyek2 dengan sayur dan karot...tapi raisya ni faveret dia makan cheese...sama macam orin...kalau 1 paket tu sekejap je abis..

raisya ngan daddy dia..tengok la rambut si tembam ni...macam rambut aunty suzi gak...rambut ni faveret masa study dulu...member2 panggil rambut aku `mangkuk tomyam'...raisya dah kurus sikit sebab selalu demam2 sejak balik Mesia ni..dulu semangat je...tangan berketak2 macam ayam cucuk...

raisya's mommy ...farah

biras aku ni....kalau nak tengok gambar raisya yang tembam-tembam boleh jenguk blog farah



`mommy..tiena nak baby...'

Friday, October 22, 2010

Sekarang Musim Demam Ke

kesian tengok Orin. nampak dia dah betul-betul tak larat. nak buka mata pun tak boleh. taknak makan dan minum.
biasanya bila anak sakit mommy pun sakit jugak...tengah malam tadi dahi Orin panas benar padahal dah makan ubat.

lepas ambik ubat barulah dia pejam mata...kalau tak asyik merengek & mengeluh sakit kepala

ni malam tadi kat rumah Usu...tetiba je badan panas..masa keluar rumah ok je



ubat demam ni aunty dia kata sangat berkesan...nama Adol beli kat farmasi di Jeddah...erm..Adol ni singkatan panadol ke apa?


oyeen cepat sembuh ye? nanti boleh makan banyak-banyak....

anak daddy ni..jadi sebenarnya bukannya mommy yang susah payah..mesti nak daddy

Monday, October 18, 2010

BAD THINGS TODAY

1. Rasa tak sedap hati sangat-sangat...ada orang minta derma tapi i tak hulur langsung...not even a single cent...dah la orang tua yang minta derma tu...kenapa kejam sangat ye...selalunya bila jumpa orang minta sedekah ke, derma ke i mesti hulur gak..then niat dalam hati `aku derma dengan ikhlas'...Amin....

actually i tak kasi derma tadi sebab i nak cepat....then i rasa macam tak sesuai that old chinesse man dok begging depan pintu bank...i feel bad and it shouldn't be practised....tak kiralah bangsa apa...tapi tempat tu memang tak sesuai sangat...sorry ye uncle...kalau jumpa kat tempat lain, i janji i akan hulur...

2. afternoon - i was on the way from cheras to Wangsa Melawati & of course la kena lalu Grand Saga Toll. Then i nampak satu lori dah langgar simen pembahagi plaza tol tu...macam tak logik tapi itulah yang i selalu terfikir macamana tak berlaku accident...selalu sangat bila dah dekat2 plaza tol..masing2 berlumba2 dan teragak2 nak masuk lorong....very bad attitude to me....again..it shouldn't be practised....menyusahkan orang lain dan diri sendiri je...

***memang benda2 macam ni nampak biasa bagi sesetengah orang tapi not me....sori membebel macam orang tua sebab aku memang dah tua***

Monday, October 11, 2010

11.10.10

situasi ngeri
aku tanya: hari ni hari apa?
dia jawab: hari isnin..kenapa?
aku tanya lagi: berapa haribulan
dia jawab lagi: tah..semalam dr sheikh kahwin..u pikir la berapa haribulan
ok...ok...baik aku tulih yang ado jer sebab takde orang ingat apapun..hilang ingatan ke apa??
so layan je la gambar ini..sekadar catatan peribadi aka diari aku...
baik layan gambar budak-budak
Kiddos


memang susah betul nak cari gambar berdua..kalau ada jauh..kalau dekat gambarnya dah jadi

macam ni....patutla dia tak ingat apapun...buruknya aku..


at last ada la juga yang terjumpa...kat mana2 pun memang takkan sapa dapat tengok gambar we
all even kat mukabuku...


HAPPY ANNIVERSARY


apapun happy anniversary kat diri sendiri dan mr hubby...tarikh 11.10.10 ni cantik..lebih kurang gak la dengan Datuk Sheikh Muzaphar Shukor, angkasawan negara tu kan?

Tuesday, October 5, 2010

Event Untuk Blogger Picisan

Oleh kerana i tak terpilih ke mana-mana event kecuali rumah terbuka dan terbuka lagi sampai minggu depan...makanya i dengan rasminya telah menganjurkan satu mini gathering dengan rakan2 blogger picisan macam i jugak...tak payah masuk contest ye...senang je..cuma angkat telefon..halohalo je...

Venue: rumah i
date: sabtu
theme: suka hati la
Menu: spagetti boloignesse with meatball, puding koktel dan watermelon...tu jer yang sempat

*tak payah maklumkan berapa orang nak datang...kalau tak cukup sila telan air liur..klu lebih boleh tapaw* bestkan event i?

mereka inilah tetamu i..tudung purpel...cik liza rakan fb.... tudung stripe tu cik farah . baru balik dari Jeddah so buat masa ni dia bersiaran dari mesia.



suami-suami dorang ni semua sporting....boleh gelak2 dan hisap rokok sama2...macam dah lama kenal..awas..merokok membahayakan kesihatan dan harga rokok dah naik lagi...nampak mereka begitu berselera makan kat rumah i terutama chef yang masak tu...sendiri masak sendiri makan...sedap sangat la kot...nak promote dia takde blog tp dia ada fb...tapi tak ingat sebab i sendiri pun tak add walaupun dok serumah...har...har..
lastly..blogger yang paling lambat sampai sbb busy mengalahkan menteri... chiko

banyak event makan2 yang dia boikot tapi tetap busy jugak...ye la..orang tengah preggy...baby nak makan nak wat camana...datang pun siap bawa maid lagi..mana ada event korang boleh datang dengan maid...

apapun memang happy la sebab event tu berakhir dengan jayanya walaupun mereka pulang tanpa hadiah lucky draw...
kanak2 pun kelihatan riang gumbira...bising mengalahkan taska malam tu..agak2 neighbour mesti tanya taska mana la buka malam2 buta...
ps: muka suami blogger dan rakan fb i ni semuanya seiras....heran..ha..ha...gelak lagi. kualiti gambar kurang memuaskan kerana disnap oleh kanak2 ribena menggunakan hanset cap soni erikson. warna pun agak suram sebab suasana rumah yang agak romantik...*maaf*

sudah...

Monday, October 4, 2010

MAKAN UNTUK HIDUP KE HIDUP UNTUK MAKAN

makan ni memang la salah satu keperluan hidup...sama pentingnya dengan adanya tempat tinggal...kalau tak makan mulalah badan lemah..sakit-sakit..kalau kurus orang kata tak cukup makan, kalau gemuk orang kata kuat makan...semua ada kaitan dengan makan.

kalau orang jemput datang rumah pun dorang akan cakap..jemput ye datang rumah ada makan-makan sikit...kalau takde makan2 agak2 orang datang ke rumah kita tak?

nak jual barang pun macam tu jugak...party tupperware ke, jualan langsung ke, mesti orang ajak datang rumah makan-makan...ye tak?

lepas raya pun sampai sebulan tak habis2 orang dok panggil makan...openhouse sini sana...makan..makan dan makan lagi....

oppps..jangan komplen...murah rezeki sebenarnya bila orang ajak makan-makan ni........

malam ni aku tak masak...dapur tak berasap...dah malas nak pikir menu makan malam.....tetiba anak aku boleh tanya...`mummy..malam ni makan apa?'

sudah....jom keluar...makan kat luar sudah...roti canai, nasi lemak, tosei, capati, beriani....tak payah serabut otak nak pikir pasal makan....


jom.........

ps: makan kat luar tak pe jangan `makan luar' sudah.....

Tuesday, September 28, 2010

JANGAN BORING...RAYA LAGI NI

Hari Raya..hari yang mulia
penuh bererti kepada kita
tua muda miskin dan kaya menyambutnya dengan
Gembira....

berhati2 di jalanraya...*ops cukup...*

Makan..makan dan makan lagi...yeay...bila nak habis ni?

buat masa ni...untuk seketika sila abaikan diet anda ok..tak bestkan kalau pergi rumah terbuka pas tu kena cakap kat tuan rumah..i on diet sekarang...ada mineral water tak..sky juice ke apa....
sungguh tidak sopan betul tak..nak-nak time tu ada lemang, rendang, sate segala...atau tergamak ke cakap i datang ni nak ambik bau je?
erm....

lagi tak sampai hati nak cakap i datang ni sebab nak snap2 sikit sebab i nak upload kat blog...kalau ada fb akaun i boleh gak tag u...amacam?

Jadi silalah berkunjung dengan niat mengeratkan silarurahim sambil bermaafan...manalah tau dok smash orang kat dalam fb tu kot member terasa hati ke apa...

akhirnya baru snap2 ngan tuan rumah...azie yang kecik molek orangnya...satu kapal ni....orang pasir mas tapi kenal kat fb...best kan fb tu sebenarnya...sapa kata fb tak bagus...good & bad is from u..it's your choice anyway....

consider gathering jugakla dengan member2 lama since member2 dia ada pulak member i..most of them ex student Naim Lilbanat & UIA grads...what a small world...

the menu: ada laksa kelantan (homemade cooking by chef azie), nasi beriani, mihun sup, nasi impit, sate dan macam2 lagi....sedap atau tidak sila sila rujuk pinggan atas meja...
malam pulak ada BBQ kambeng...azie tak cakap sebab takut i duduk kat situ sampai malam kot...
and lastly...family azie..i dedicated this to her...gambar credit to her fb...makcik selendang coklat tu mak dia tak silap...masih lawa lagi...hehe

Tuesday, September 21, 2010

AZURA....Just AZURA

i pun memang terlupa habis birthdate my twin ni until my lil sista-kazen called me up late in the evening....reminding me...jangan lupa esok birthday kak zura...

kiranya an adhoc birthday celebration since zura pun kerja on that day itself....whatever it is the small gathering must go on.....juz among us...merajuk nanti

Anyway...sempat gak la zura masak2...sempatla buat mihun sup tulang yang pergh!!.........siap ada bergedil tu....


yang penting wajib ado birthday cake...sponsored by sista-kazen ee....blueberry choc cake....this is the 2nd cake...the 1st one dah celebrate a day before among family members.....


akhirnya berjaya disiapkan jugak.....termasuk nasi impit........


ciken wings...pastry...cream caramel


yummy....


kuih raya yang sempat diterjah


juz us....besfrenforever

and...sue...kena balik awal pulak... the busiest person in d world..haha

`HAPPY BIRTHDAY TO YOU AZURA'

ps: anyway thanks dear for the gift...really love it..senyum sampai telinga aku dapat hadiah gak....
Related Posts with Thumbnails