kesian kat tina sebab dah 10 tahun kahwin tak merasa nak balik beraya kat kampung dengan mak sendiri...mak mertua asyik nak semua anak menantu beraya dengan dia je...ada ke jenis macam ni? harap bukan kisah benar...bukan streotaip cerita Kasim Selamat...
pas tu dapat husband pula macam apa...ikut je dan tak reti nak cakap *no mom* kalau cakap je alamat jadi anak derhaka...agaknya sebab dah terlalu banyak makan budi kot...sila jangan jadi anak derhaka dengan hanya berkata *no*..nanti tak bau syurga..
awas...awak duduk rumah mertua * jangan duduk rumah mertua...awas satu taman pun jangan..nanti dia tahu anda bangun pukul berapa...hari ahad pun kena bangun awal ok...nanti dikata awak tak solat subuh...walaupun rasanya anda dh solat dan terlupa nak col bagitau*
kalau cakap nak pindah nanti risau takut dia sms...*kata nak pindah..bila nak pindah..cepat-cepatla sikit nak berambus tu* walaupun anda ketika itu sedang leka menikmati keenakan keropok moni...sentap tak ? ayat yang sangat sopan...harap2 takde gak yang macam ni
pesanan untuk menantu pulak...sila buat semua kerja rumah ye...nanti kaki mak mertua anda cramp..macam mak mertua tina...kan dah cramp kaki sebab kena masak nasi...kot lepas tu dia komplen naik darah ke...pas tu kena masuk hospital..sapa yang salah...
kesian beraya sorang-sorang sebab adik bongsu kat oversea tak dapat balik beraya sama....dia cuma ada adik beradik yang kaya dan educated...yang kat kampung tu mungkin adik beradik angkat kot...kesian mak mertua tina...
part yang aku paling tak puas hati....ending tu kenapa mak mertua tina meninggal kat situ juga...mati di pagi syawal gak...macam nak habiskan citer tu cepat sangat..potong stim...patut tunjuk mak mertua tina meroyan ke...kutip daun kayu depan rumah menantu ke...wah...baru boleh menang anugerah...
apapun cerita ni memang best dan meninggalkan kesan cuma harap-harap takde la ibu mertua yang macam tu kat alamaya ni...kesian kat menantu yang terpaksa memendam perasaan...
sob..sob...ada ke sesapa nak taja tisu? basah gak la towel gud morning malam tu..nasib tengok tv dalam gelap..ala2 menonton dalam panggung..nak feel la konon...hampeh...alasan
ps: nasib baik mak mertua tina tak sms cakap *tak masuk syurga la korang laki bini* ayat ala-ala dia yang jaga pintu syurga neraka tu...Ingat..Allah itu maha adil, Maha Mendengar dan Maha mengetahui....apapun yang kita buat walau sebesar zarah sekalipun apa yang terdetik di hati kita tetap diambil kira di akhirat nanti....
3 comments:
uiks! hebat citer awak ni, nnt tlg draft citer saya lak, boleh..??
cuba awak google tajuk kemaafan yang tertangguh...sabtu cerekarama..boleh downlowd kot byk review psl citer tu...tp letak tisu 1 roll kat depan terus...kot tak payahla minta cik abang paskan...
saya tgk cerekarama tu mlm tu. hehehe. and sgt paham i bkenaan ngan apa. cheers!
Post a Comment