sponsored by

Tuesday, September 21, 2010

Mi Celup Mi Siam

Tempat i panggil mi siam orang tak tahu...kami panggil mi celup je...sebab mi tu dicelup dalam air panas yang sedang menggelegak...bahan-bahan penyedap mi akan diletakkan di bahagian atas kemudian disimbah dengan sup tulang sebagai kuah...rasa??? mestilah nyam...nyam....sapa tak pernah pekena gerenti teringat2...

Kalau kat Thailand pun orang panggil mi celup gak...jangan sesekali nak order mi siam pulak...hehe

Kat Kelantan memang merata la mi celup ni dijual tapi tak de la best macam yang mak kita buat..betul tak??? idea nak masak mi celup ni sebab my sis ni memang suka makan mihun..mi semua asalkan sup...asalkan badan boleh slim....tapi serius boleh kurus sebab lepas makan gerenti berpoluh-poluh....letak cili lebih kasi berasap sikit...


Bahan-bahan:
mi kuning, kuey teow & mihun (celur dulu sebab mihun tu keras)
ikan bilis (goreng)
sambal cili
lada jeruk
lobak asin
kacang tumbuk kangkung (potong)
tauge
limau nipis (perah)
isi ayam (racik)
daging (potong nipis)
daun sup (hiasan)
bawang goreng (tabur)

Kuah : Sup Tulang

penyediaan : letak mi, mihun & kuey teow dalam mangkuk...masukkan semua bahan yang ada...tabur ikan blis goreng, lada jeruk, bawang goreng, daun sup..perah limau nipis....

dah siap

nak meriah lagi masukkan je fishball

ps: kalau taknak makan dengan mi...bahan-bahan ni sesuai gak makan dengan nasi lembik....jadilah nasi air....senang kan?
dah masukkan semua boleh la letak sos ikan, gula dan serbuk lada putih....kacau dan jangan lupa tabur kacang....apalagi....makanla....

5 comments:

Anonymous said...

my favaourite ni mi celup..pergi kelantan mesti makan

Yuni Aisyah said...

nampak lazat je...rse lapar la pulak..huhuhu

suzzsuzie said...

yuni..memang lazat lagi berkhasiat...hehe

dewi malam said...

serious mee celup tu mmg sedap!

CikLilyPutih said...

wah nampak cam sedap lah

Related Posts with Thumbnails