sponsored by

Saturday, September 4, 2010

TOL PERCUMA???


Haa..mesti ada lagi orang Pantai Timur yang belum balik kampung kan? tak kira la Pahang, Terengganu ataupun Kelantan...anda semua orang pantai timur....sy belum balik...ada urusan yg belum selesai....

Yang penting nak tol percuma tak? okay rujuk info di bawah:

Lebuh raya Kuala Lumpur (KARAK) percuma pada:
9 malam (7 Sept) hingga 6 pagi (8 Sept)
9 mlm (15 Sept) hingga 6pagi (16 Sept)
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) FASA 1 -
9 malam (7 Sept) hingga 6 pagi (8 Sept)
9 mlam (15 Sept) hingga 6 pagi (16 Sept)
tarikh lain untuk tol percuma :
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dan Lebuhraya Kuala Lumpur (KARAK) akan menerima tol percuma bermula -
jam 12 tghmalam hingga jam 5 pagi pada 18 dan 24 September ini untuk semua kelas kenderaan.

Jadi...ia akan membabitkan laluan melalui lebuhraya pantai timur bermula dari Gombak terus keluar melalui Jabor..untuk ke kota bharu pilihan ikut Jabor-Jerangau kemudian melalui jalan sungai tong ke kota bharu atau kita boleh lalu ikut kemaman - terengganu dan terus ke kota Bharu.

Kadar Tol pula yang dapat dijimatkan :

1. tol Gombak rm5
2. tol Tentong rm3
3. LPT keluar exit Kuantan rm19.60
4.. tol Gambang 16.90
5. Jabor rm21.00

see..dah berapa banyak jimat?? dalam rm29.00 kan? duit gak tu....tapi sy tak pernah la pulak merasa balik time tol percuma ni....napa ek?

Tahun ni sy memang tak akan menempuhi kesesakan di laluan KL-Gua Musang ....tak sanggup jem kat bandar Bentong, Raub, Gua Musang dan Kuala Krai .......bercinta nak sampai....kalau biasa setakat 5 hingga 7 jam boleh sampai....musim perayaan ni sila tambah lagi 3 jam hingga 5 jam untuk tiba ke destinasi...kalau dah teruk sangat boley delay sampai 6 hingga 7 jam...sanggup ke?

ps: yang penting pandu cermat ye..ingatlah ada yang menanti kepulangan anda...jgn dibiarkan pagi raya dengan tangisan air mata keluarga tersayang........

5 comments:

etomyam said...

kebetulan kena pulak tarikh kami nak balik kg tu...save jugak, saya balik ikut Lipis - GM la kot hehe

faizalnizam said...

selamat pulang ke kampung sis? lalu gerik tak?

suzzsuzie said...

e-tomyam: save drive ye...saya terus ikut jabor keluar kota Bharu...selalu lalu Lipis-GM..takut jem teruk....

fyzal: tak lalu gerik...tak tau la balik KL nnti

Mariella Liyana said...

Wah...best la macam tu. Terima kasih PLUS Highway...hehe

Pssstt....selain tol free, Organic Beaute Skincare pun nak bagi sabun free ;) http://organic-beaute-skincare.blogspot.com

suzzsuzie said...

owh..really mariella..rezeki raya ni....hehe...

Related Posts with Thumbnails