Pantang aku kutuk RMC...mesti ada yang marah...tak suka...kalau yang elok tu semua sekolah dia la...sekolah orang lain tak ada disiplin...tak elit macam rmc...ye la...sekolah berstatus diraja...dapat itu ini semua free daripada buku sekolah, uniform, makan, siap dapat elaun lagi...nasib baik tak dapat seluar dalam free je.
Itu baru dok gebang kat rumah belum lagi jumpa dorang punya Old Putera...kadang2 dok jauh2 jer dengar, setakat nak ambik hati...setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri...
Ye la....produk rmc macamana...paling cikai pun jadi director, CEO, tak termasuk menteri yang pegang platform itu ini...hebatnya rmc...
Tapi sejak dua tiga menjak ni...dia diam je...aku cakap baru lepas tengok berita...budak rmc meninggal kena buli...dia diam jugak...aku cakap budak MTD dia kata budak Maktab Tentera Darat..itu lain...bukan budak Maktab Tentera Diraja...tak sama...suara pun ala2 makin meninggi...
Haa...sekarang nak cakap apa lagi...takkan tak nak tengok tv...takkan boikot berita bila sah2 memang kes kematian pelajar tingkatan 4 adik Mohammad Naim tu keluar paper. Lepas tu boleh cakap pulak kes terpencil. 1st time....lantakla...
Tadi dia baca suratkhabar...Komandan RMC diarah tukar serta merta...apa yang berlaku tetap menjadi tanggungjawab beliau. Menteri Pertahanan sendiri dah bagi arahan...
Aku cuma boleh cakap hebatnya sekolah tu..itu je..kalau sekolah lain Menteri Pelajaran bagi statement..now kasi hidung dia kembang kempis sikit.
Apapun pengajaran kepada warga RMC selepas ini...no buli2..ragging2 tak kira sekolah mana pun anda...kesian mak bapa dia...hantar anak nak belajar elok2 tapi apa yang jadi? Bermandi air mata darah sekalipun yang pergi tetap tak akan kembali...AlFatihah kepada arwah
oops...gambar hak milik peribadi
Kapten yang membawa 35 anak kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman yang berlepas dari Perancis dalam pelayaran sulung menuju ke Malaysia
:
:
:
:
:
:
Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Dato' Sri Sulaiman Abd Rahman Abd Taib Mahmud
ps : dah mula berfikir 2 juta kali nak antar anak belajar kat RMC
ps : dah mula berfikir 2 juta kali nak antar anak belajar kat RMC
3 comments:
huhuhuhu..ada kes budak mati kena buli ehh? iskkk...dasat ehh skrg..takut aih nak hantaq anak masuk sbp la gini.....
ye farah..hangat kes ni kat msia...front page lagi tu...kesian makpak dia...
alfatihah untuk alayarham... sesal kemudian dah tidak berguna huhuhu
Post a Comment