sponsored by

Friday, October 8, 2010

TEMBIKAI

gambar dari internet

sapa tak suka tembikai sila angkat tangan...

rasanya semua suka tembikai..enak dimakan begitu saja...boleh dibuat jus tembikai...juga sebagai pencuci mulut...


siapa berani pakai topi macam ni
khasiat buah tembikai:

kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium dan zink dan pelbagai jenis galian lain yang digunakan dalam ilmu perubatan. boleh sembuhkan sakit kepala, sakit paru-paru dan penyakit kulit juga. amalkan pengambilan jus tembikai kerana ia bertindak melancarkan pengaliran darah dalam badan.

apapun jangan terlebih makan buah tembikai...orang kata lepas makan ubat jangan makan tembikai kerana boleh menyebabkan keracunan makanan...betulke?

Wednesday, October 6, 2010

SERAM - Lemah Semangat Jangan Baca

selama ni memang i tak pernah dengar apa-apa ceritapun tentang rumah yang i duduk satu family ni...tersangatlah aman...malam2 dapat tidur tenang tanpa sebarang gangguan...

tetiba pagi tadi anak i Ojim bagitau yang dia tak dapat tidur sampai pagi..lepas subuh baru dapat lelap mata sebab tak tahan ada `benda' dalam bilik. memang bilik tu lama dah my daughter tak tidur so malam tu adik2 dia pakat bentang comforter tidur kat situ.

Tapi siang hari memang ada la dok lepak kat dalam tu. Ojim cakap masa nak tidur dia ternampak benda putih tergantung tinggi tak jejak tanah...mak aii...seram i dengar pagi tu...berdiri bulu roma.

i pun ajak la dia naik atas pergi bilik kakak dia tengok kat mana dia nampak benda tu...inilah yang i bayangkan...seram sangat...sila jangan tengok lama2...


naik atas....dengan berdebar bukak pintu........

jeng..jeng..jeng

tarik nafas sambil baca2 sikit

*

*

*

*

*
memang betullah tak cecah lantai...tergantung...warna putih...


memang betulla budak ni...penakut mengalahkan perempuan...

buat rugi je tak tidur malam sampai pagi....

makanya kakak dia buat pengakuan lupa nak sangkut baju kat dalam almari

SORI...


sian ojim..tak pasal-pasal mimpi ngeri

Tuesday, October 5, 2010

Event Untuk Blogger Picisan

Oleh kerana i tak terpilih ke mana-mana event kecuali rumah terbuka dan terbuka lagi sampai minggu depan...makanya i dengan rasminya telah menganjurkan satu mini gathering dengan rakan2 blogger picisan macam i jugak...tak payah masuk contest ye...senang je..cuma angkat telefon..halohalo je...

Venue: rumah i
date: sabtu
theme: suka hati la
Menu: spagetti boloignesse with meatball, puding koktel dan watermelon...tu jer yang sempat

*tak payah maklumkan berapa orang nak datang...kalau tak cukup sila telan air liur..klu lebih boleh tapaw* bestkan event i?

mereka inilah tetamu i..tudung purpel...cik liza rakan fb.... tudung stripe tu cik farah . baru balik dari Jeddah so buat masa ni dia bersiaran dari mesia.



suami-suami dorang ni semua sporting....boleh gelak2 dan hisap rokok sama2...macam dah lama kenal..awas..merokok membahayakan kesihatan dan harga rokok dah naik lagi...nampak mereka begitu berselera makan kat rumah i terutama chef yang masak tu...sendiri masak sendiri makan...sedap sangat la kot...nak promote dia takde blog tp dia ada fb...tapi tak ingat sebab i sendiri pun tak add walaupun dok serumah...har...har..
lastly..blogger yang paling lambat sampai sbb busy mengalahkan menteri... chiko

banyak event makan2 yang dia boikot tapi tetap busy jugak...ye la..orang tengah preggy...baby nak makan nak wat camana...datang pun siap bawa maid lagi..mana ada event korang boleh datang dengan maid...

apapun memang happy la sebab event tu berakhir dengan jayanya walaupun mereka pulang tanpa hadiah lucky draw...
kanak2 pun kelihatan riang gumbira...bising mengalahkan taska malam tu..agak2 neighbour mesti tanya taska mana la buka malam2 buta...
ps: muka suami blogger dan rakan fb i ni semuanya seiras....heran..ha..ha...gelak lagi. kualiti gambar kurang memuaskan kerana disnap oleh kanak2 ribena menggunakan hanset cap soni erikson. warna pun agak suram sebab suasana rumah yang agak romantik...*maaf*

sudah...

Monday, October 4, 2010

NoRa DaNiSh Makin Cantik

ini bukan kes nak lawan beautiful nara ye....saja jamu mata dengan gambar2 terbaru nora danish sejak bergelar duta sasa...dan segala macam jenis produk kecantikan lagi...



nora danish makin slim sejak jadi duta losyen tu..malas nak sebut..
yang kat sebelah tu pun slim gak la akhir2 ni..ada orang kata...baju belang2 tu versi belum berlens...baju kuning versi dah siap berlens...haha...jangan mare suez
pakai produk sasa ke


dah cukup..tak payah letak banyak2...sekadar mencuci mata je

MAKAN UNTUK HIDUP KE HIDUP UNTUK MAKAN

makan ni memang la salah satu keperluan hidup...sama pentingnya dengan adanya tempat tinggal...kalau tak makan mulalah badan lemah..sakit-sakit..kalau kurus orang kata tak cukup makan, kalau gemuk orang kata kuat makan...semua ada kaitan dengan makan.

kalau orang jemput datang rumah pun dorang akan cakap..jemput ye datang rumah ada makan-makan sikit...kalau takde makan2 agak2 orang datang ke rumah kita tak?

nak jual barang pun macam tu jugak...party tupperware ke, jualan langsung ke, mesti orang ajak datang rumah makan-makan...ye tak?

lepas raya pun sampai sebulan tak habis2 orang dok panggil makan...openhouse sini sana...makan..makan dan makan lagi....

oppps..jangan komplen...murah rezeki sebenarnya bila orang ajak makan-makan ni........

malam ni aku tak masak...dapur tak berasap...dah malas nak pikir menu makan malam.....tetiba anak aku boleh tanya...`mummy..malam ni makan apa?'

sudah....jom keluar...makan kat luar sudah...roti canai, nasi lemak, tosei, capati, beriani....tak payah serabut otak nak pikir pasal makan....


jom.........

ps: makan kat luar tak pe jangan `makan luar' sudah.....

Sunday, October 3, 2010

PETUA CERAHKAN KULIT MUKA

kulit cerah idaman semua wanita

Kadang-kadang macam-macam cara kita gunakan untuk cerahkan kulit muka tapi tak menjadi termasuk membeli pelbagai produk pengelupasan kulit....gara-gara nak putih punya pasal akhirnya kulit muka merah menyala...tak boleh terkena cahaya matahari...gatal-gatal dan macam-macam lagi...

senang je cara yang anda boleh lakukan...sangat murah dan boleh dilakukan di rumah...

potong timun yang agak hijau...hiris nipis-nipis dan tempek ke seluruhan muka....kesannya sangat menakjubkan terutama mereka yang mempunyai kulit berminyak...tak percaya boleh cuba selepas ni.....kulit pun nampak cerah...amalkan selalu..insyaAllah

Friday, October 1, 2010

BAYI MATI TERSEDAK SUSU

Sedih bila saya baca status Fb kawan mengenai kematian anak sepupu beliau akibat tersedak susu...baby tu baru berumur lima bulan...lagi sedih sebab yang bagi susu tu bapa sendiri...sedar-sedar baby dah biru dan tak dapat diselamatkan lagi.

Mula2 baca dia tulis baby meninggal sebab tidur meniarap...saya rasa pelik jugak sebab anak2 saya semua masa baby tidur meniarap sejak usia seminggu lagi..biasanya baby akan dengan sendirinya pandai alihkan muka ke kiri dan kanan bila kurang selesa...ini atas nasihat doktor kerana dikatakan boleh menguatkan tengkok baby lebih awal dari kebiasaannya...dan..memang terbukti pun...tapi kalau agak-agak baby tak alaihkan muka dalam tempoh agak lama..ibu atau bapa eloklah alihkan supaya tak rasa lenguh...

tapi bila saya baca suratkhabar rupanya tersedak susu...yang tu baru saya percaya sebab banyak kes sekarang baby meninggal akibat tersedak susu...


sepatutnya..baby yang menghisap susu botol:

1. tidak ditinggalkan atau dibiarkan minum sendiri...tunggu sampai habis...

2. jangan beri baby minum susu dalam buaian

3. sendawakan baby lepas minum susu

itu je la setakat ni yang saya boleh kongsi...apapun takziah kepada keluarga arwah baby...malang tidak berbau...tumpang sedih bila dengar cerita-cerita macam ni...

boleh baca kat http://www.hmetro.com.my

Related Posts with Thumbnails