sponsored by

Saturday, October 30, 2010

Siaran Tergendala

akhirnya aku tak dapat bersiaran seperti sediakala....sehinggalah segala urusan selesai selepas ini...dan aku akan mula bersiaran dari tempat lain. mungkin siaran tergendala untuk seberapa ketika...

Apapun Tahniah kepada pasukan Kelantan. Nampaknya Piala Malaysia turut beralih arah seperti aku....

Tuesday, October 26, 2010

Kucing Jer

aku cuma mampu tersenyum balik bila teringat...walaupun dah lama tapi aku tetap tak boleh lupa cerita ni..nak kata lawak..biasa je..nak kata bodoh nasib baik bukan aku...

time ni aku baru form two, wakil sekolah acara olahraga..so tiap petang mesti praktis kat padang warm up bagai....

tetiba adalah sorang budak perempuan yang datang melepak sama...erk...dia melompat ke belakang...pas tu siap cium2 tapak tangan....

budak pompuan: eeii..busuknya kat sini....korang tak bau apa2 ke

akula: aah..baulah...rumput kot....bau rumput memang busuk sikit

budak pompuan: tak la...ni bau tait kucing ni...busuknya...(sambil tutup hidung)
gelila weii...sapala berak kat sini...menyusahkan orang je

semua terbeliak mata...haa???

cikgu pun gelak2...bodoh betul la azlina tu...cikgu aku cakap....

dah tait kucing...sapa lagi punya kerja..betul tak? kita orang gelak la ramai2....padan muka

ps: azlina tu nama samaran ke nama betul lantak pi la...kalau dia terbaca mesti dia gelak sama

Monday, October 25, 2010

LELAKI ITU

entah kenapa aku tetiba macam gugup...terbayang-bayang wajah tampan lelaki itu...terdengar-dengar suaranya yang husky itu...

Lelaki macho: i wanna bring you out jap lagi..kita keluar makan-makan jap

aku: ha??..makan-makan??

lelaki macho: ye..makan-makan..kenapa? suruh anak-anak you bersiap..kita keluar makan sekali

wah...baiknya lelaki itu...nampak sangat dia ambil berat soal anak-anak ku juga...tapi kenapa aku jadi malu2...apakah aku jatuh cinta sekali lagi?


aku cuma mampu senyum

**mami....bangun mami....dah lambat ni nak pergi sekolah***

erk....kenapa jadi macam ni..kan dah hilang lelaki tadi


***************************************************************************************
petang tadi..hujan lebat..petir sambar menyambar..aku cuba membayangkan tentang lelaki macho supaya muncul sekali lagi...tapi sayang....aku jalan jumpa $...jalan lagi terjumpa$...$$$$

apakah maksud....mimpi di siang hari

Sunday, October 24, 2010

Teringat Ben Ashaari

Dua malam lepas aku agak terkejut jugak sebab follower aku meletup-letup sampai 16 orang follower dalam masa 1 jam...

kira sejarah la bagi blogger baru macam aku ni....lepas post entri terus je orang bagi komen...then aku bukak nuffnang dalam pukul 11...wah...mencanak gila....

Kat shoutmix ada yg tulis terjah dariblog Ben Ashaari....wah..penangan BA ni memang hebat la...dua kali dia promote blog blogger baru dua kali tu la follower aku laju...pas tu cam sejuk beku...tak pun suam-suam kuku je...

bukan aku buat tajuk pasal artis pun, tajuk cuma anak jepun....agaknya kalau buat tajuk selipar jepun pun ramai orang baca entri time tu...

Thank you ye en Ben...jadi sesiapa yang agak-agak nak blog dia femes jap tu cepat-cepatlah bagi link kat Ben Ashaari bila dia nak buat list blogger baru...serius tak sia-sia...

follow pun tak rugi sebab BA memang selalu buat entri baru..jadi tak le bila jenguk asyik baca entri yang sama...dan lagi, entri dia tak de la melalut panjang-panjang...

dan lagi, kadang2 dia ada post gak gambar dia...tak rugi kan sebab BA ni hensem orangnya....berketul-ketul...setakat Awie, Norman Hakim tu berketul apalah sangat....haha..korang boleh cuci matala kiranya...

Apapun...trimas kepada Ben Ashaari kerana dua kali tolong promote blogger kecik cam kami ni

MY RAYA MOMENTS - CONTEST

Ini contest la...penganjur sendiri, Bro Eyriqazz kata tarikh tutup 31 Okt 2010...masih ada masa lagi...bukan nak berangan sebab aku tak raya tahun ni..abah masuk hospital...sakit kanser..sedih

Terimakasih bebanyak la kepada Eyriqazz dan penganjur bersama MySuperKids, Viruspadu , LittleKidsPhotography , Fitrihadi , dan special additional by Redmummy.com (rm150) dan Denaihati (rm200). Thank you sponsors

Inilah pic `My Raya Moments' tahun lepas yang aku paling suka...sebab aku berjaya menghasut incik suami memakai baju melayu siap bersampin pink...satu family pink...jangan jeles ye viruspadu.

yang lelaki memang tak puashati sebab dorang kata bangla je pakai pink....aku wat derk..puas siap nak frame lagi

jemah-jemah tak sabar nak makan carrot cake...

lagi best bila dapat makan carrot cake sebab birthday chiko jatuh 200909...sampai bila2 takleh lupa..dan tahun tu jugak chiko sefamily raya sini...last year puasa dan raya kat London. Yang dok mendongak tu Farah yg tersangat bangga dengan tiba2 muncul depan pintu cakap nak raya kat Malaysia..tak sanggup nak raya kat Jeddah..hahaha..

model-model wanabe tak habis-habis posing...yang baju merah tu nak lawan redmummy katanya...nak jadi model LittleKidsPhotography boleh?

superkids betul budak-budak ni....boleh menganyam dan menjahamkan sarung ketupat...habis daun nyor ni..


siapa kata Malaysia dan Indonesia tak boleh ngam....best la moment ni sebab sambut raya dengan jiran...kita serumpun dan bersaudara....PEACE
my raya moments with my long lost bestfriend, along..memakai baju pink ni...tak jumpa sejak grad ... yelah..15 tahun terpisah ..jejak kasih la

jadi kepada anda yang masih rasa teringin nak join contest, senang je syaratnya:

1. buat satu entri bertajuk my raya moments. sharelah gambar kegemaran anda untuk kenangan raya terindah/lawak/apa saja yang anda rasa menarik hati. tak kisahlah letak 1,2 atau banyak. Beserta description. Gambar mesti original, tak boleh photoshop, yang diubah tak diterima - DONE


2. Sertakan sekali ayat ini, my best raya moments adalah anjuran bersama mysuperkids, Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional by Redmummy.com (rm150) dan Denaihati (rm200) -DONE

3. Last but not least, komen di entry dengan permalink sekali -DONE

4. tarikh tutup 31 Okt 2010 -DONE

5.boleh share permalink contest kat facebook..upload gambar kat FB Enriqazz dan like la...suruh kawan2 like like k. (DONE)

6.oops....jangan lupa vote eyriqazz for MySelangor Story Contest - VOTED


GUD LUCK

Terima Kasih Eyriqazz



Tengah boring aku pun jenguk la blog faveret aku....Great Teacher Onizuka GTO tu...wah..tak sangka rupanya komen aku kat MySuperkids Blog to The Next Level mendapat perhatian
juga daripada saudara Eyriqazz .

Juri pun MommyLyna sendiri. Kepada anda yang tak pernah jenguk blog superkids ni eloklah selalu jenguk2 kat sana sebab banyak tips parenting dan segala macam berkaitan anak-anak ada dikongsi bersama.

antara komen terpilih:
1. haszuraidah (http://www.madidas.blogspot.com/)
2. mardziah (http://www.ku-punya-cerita.com/)
3. suzzsuzie

walaupun hadiah cumalah cash rm10/top up rm10, aku tak kisah sebab aku cuma bagi komen secara ikhlas..tu je...

apapun trimas saudara GTO

ps: sy cuba join jugak ye contest my raya moment yang GTO suggest tu ye...walaupun masa dah agak suntuk...insyaAllah

Saturday, October 23, 2010

ANAK JEPUN

merah kat pipi tu mommy kata `love bite'
bila anak-anak dah besar mulalah berangan nak ada baby...tengok anak orang sibuk la nak dukung, tengok orang pregnant mula la berangan...comelnya kalau aku yang pakai baju mengandung tu...haha..ye la anak bongsu pun dah 5 tahun...

semalam pergi rumah adik ipar pun sibuk dok snap raisya situ sinin...comelnya raisya ni..macam anak Jepun....macam aku kecik2 dulu je...tapi masa kecik dulu aku tak makan cheese, aku cuma makan bubur nasi yang dilenyek2 dengan sayur dan karot...tapi raisya ni faveret dia makan cheese...sama macam orin...kalau 1 paket tu sekejap je abis..

raisya ngan daddy dia..tengok la rambut si tembam ni...macam rambut aunty suzi gak...rambut ni faveret masa study dulu...member2 panggil rambut aku `mangkuk tomyam'...raisya dah kurus sikit sebab selalu demam2 sejak balik Mesia ni..dulu semangat je...tangan berketak2 macam ayam cucuk...

raisya's mommy ...farah

biras aku ni....kalau nak tengok gambar raisya yang tembam-tembam boleh jenguk blog farah



`mommy..tiena nak baby...'
Related Posts with Thumbnails