sponsored by

Monday, January 24, 2011

AlFatihah To My Cousin

time: 03.45 am

tetiba aku yg tengah syiok melayan mimpi indah terbangun bila telefon berdering...

`ngah..nak bagitahu...abang Lan dah takde...'

macam mimpi jugak sambil menggenyeh mata aku macam sedar tak sedar...sedikit lalok berfikir..abg lan mana? sambung tidur...

pagi tadi adik call lagi tadi pukul berapa nak datang baru aku teringat yang telefon aku malam tadi bukan mimpi tapi kenyataan...

macam tak percaya sebab arwah sebelum ni sihat walafiat...rupanya arwah rebah di rumahnya..ssebelum tu dia ada keluar makan lamb chop dengan kawan....itulah namanya ajal walaupun kita lihat ramai yang dok sakit tenat tak boleh bangun tetiba yang sihat walafiat pergi dulu mengadap Ilahi...sangat tidak munasabah kan? apapun ajal maut di tangan Tuhan...

Dan aku mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman...walaupun dah hampir seminggu panas terik tetapi buat kali pertama pagi ini hujan gerimis mencucuri bumi..bak kata orang hujan rahmat...langit mendung dan berangin ketika aku berada di kuburan petang tadi...

Dan paling menggembirakan ketika sembahyang jenazah, ruang tamu yang sebegitu luas tidak muat kerana begitu ramai yang hadir untuk bersembahyang...jalan raya penuh sesak melebihi 1km dibanjiri orang ramai yang mengiringi pemergian arwah....

AlFatihah aku sedekahkan buat arwah sepupuku yang sulung...Mazlan Mohd Yaman di usia 48 tahun...

ps: sedih melihat anak2 sepupu yang masih kecil...esp yang bongsu tidur malam berkepit dengan arwah abahnya.

9 comments:

munna said...

alfatihah buat arwah...ajal dan maut ditangan tuhan

logorithm said...

Takziah...

Heart attack?

shahrilhakime said...

takziah....moge keluarge arwah tabah meneghime dugaan yang datang ni...ALlah lebih sayangkan die..... Al Fatihah

Scha406 said...

al-fatihah..moga ditempatkan di kalangan para solihin..amin

mommy nana said...

Innalillah. Ramai yg meninggal apabila rebah mgkin heart attack ye? Semoga arwah berada dengan mereka yang beriman amal soleh.

chiko said...

alfatihah.
takziah dr saya sekeluarga. smg roh dicucuri rahmat dan dtempatkan d kalangan org2 yg beriman. ameen.

Rohani Hashim said...

Alfatihah buat arwah...

Syarmira Sakawi said...

al fatihah... smoga rohnya aman di sana...

Unknown said...

Al-Fatihah.

takziah utk keluarga beliau T__T

Related Posts with Thumbnails