sponsored by

Thursday, May 27, 2010

AKU KENA TINDIH


Sejak dua tiga menjak ni aku asyik kena tindih...otak jangan kuning okay?


Serius..tidur malam kadang2 dua tiga kali aku ditindih..badan, tangan tak boleh digerak2kan...kadang2 aku rasa macam mata terbuka, aku nak mintak tolong...jerit punya la kuat tapi suara tak keluar...cuba capai atau pegang orang di sebelah, tapi tak boleh buat apa...


Isyk...masa tu lah aku akan mengucap dan sebut ALLAHUAKHBAR banyak2 kali...sebab sedar yang aku kena tindih...tp kadang2 kita tak sedar pun sebab benda ni macam mimpi je...bila terlepas kena tindih ke..kena cekik tu..fuh..punyalah aku takut...walaupun aku bukan spesis penakut..

Kalau terjadi benda macam ni...apa nak buat?? nak baca ayat kursi? kadang2 rasa macam panjang sangat...biasanya aku akan lawan sekuat hati...gerakkan la jari kaki ke ..tangan ke....lawan sekuat yang mampu


Setakat ni aku tak tau lagi apa puncanya kejadian tindih menindih ni...apa yang pasti aku selalu kena bila tidor lepas asar atau pun bila datang bulan...


Aku bukan jenis penakut tapi lepas kena tindih aku mesti tak boleh lelap...


P/s : mlm ni malam jumaat jadi aku tidor lambat...takut kena tindih....

6 comments:

Muhd Suhaily said...

Org kata itu hantu tindi, betul atau tidak kebenarannya masih disangkal. Kekadang ia akan muncul tidak sampai pun 5 minit kita terlelap, ini terjadi apabila kita dlm keadaan otak spara sedar. Mimpi tapi bukan mimpi, sebenarnya mata tertutup tetapi otak akan bertindak balas menjadikan situasi tersebut kita boleh melihatnya dgn jelas.

Ia akan muncul dari atas, dari tingkap dan dari sebelah kita tidur. Bulu roma akan naik, sejuk kemudian mulalah ia menindih tapi ingat jangan sesekali melawan umpama kita sesak nafas dlm air dibuatnya.

Simpan niat dlm hati, berdoa sekuat hati dan utk tewaskan ia jangan biarkan emosi mengalahkan persaan anda tetapi biarkan otak dan minda melawannya. Gerakkan mana yg boleh digerakkan spt jari, jari kaki, bibir dan mana-mana yg mudah utk digerakkan.

leez said...

hahaha... yg last tu tidur lambat takut kena tindih dengan siapa ya!!!!?????

~Rina Mazlan~ said...

Jgn tido melentang org tua kata....

suzzsuzie said...

msuhaily : betul tu..baru tido dah kena..fobia la pulak
leez : hehe...
rina : tido mengiring pun pernah kena..

put3fashion said...

kdg2 ada masa badan lebam2...orang kata kene cekik dengan hantu..

aramis2177 said...

kajian mengatakan sebenarnya ada masalah ngan urat saraf kita.
minum susu sblm tido atau makan calcium magnesium bg menenangkan saraf. (CD)

Related Posts with Thumbnails