Nanti aku tulis lebih2 spesis ni marah pulak kat aku dan wanita2 lain yang sememangnya insan lemah lagi tak berupaya....alasan dorang bagi selalunya sebab perempuan curang...main kayu tiga...ada jantan lain...isyk...kuat cemburu gak depa ni....selalu dorang dok tuduh pompuan ni kuat cemburu....lagi2 kalau yang kuat berpeluh kat hidung tu...(sambil belek2 hidung aku kot ada peluh gak).
Daripada muka depan cerita lelaki umur 60 tahun tinggalkan anak bini gara2 ikut perempuan muda (indon pulak tu..) balik ke seberang...sanggup naik bot pulak tu...sanggup jual kereta bagai....isyk...mengucap aku...pendek akal betul spesis depa ni....kesian kat anak bini dia...dek kerana kesian dan sayangkan si bapa (maklumla dah kategori warga emas)...sanggup si anak cari bapanya kat sini sinun...takut si bapa kena temberang perempuan seberang....ini la gara-gara angau pucuk muda....
Yang ni pulak kes nak membunuh bini ke apa? Memang dah meninggal pun...Alfatihah kepada arwah....dan simpati kepada anak-anak mereka..yang masih kecik lagi...si ayah ni dah takde benda lain ke nak dipijak...bini baru bercakap dalam telefon dengan lelaki dah marah2...sanggup pijak perut, kepala, dada semua...kalau ye pun panas telinga dah tak ada cara lain ke nak selesaikan masalah...nampak sangat la spesis ni tak reti nak berkompromi (tergeliat lidah)...berdiplomasi la sikit dengan perempuan....ingat...kaum hawa ni la yang melahirkan anak-anak kamu tu...masa melahirkan tu dah separuh nyawa...kalau mati masa beranak pun kira mati syahid tau...
Pasal cemburu jugak la lelaki sekarang sanggup jadi pembunuh...dah beli handphone belanja makan....lepas tu nak buat maksiat dengan minah indon tu...Tuhan nak tunjuk ternampak `love bite' di leher la pulak....gaduh2 sampai membunuh....apa nak jadi....ini la bahana kalau dah pendek akal...lelaki...lelaki...kesian korang.......kes ni berlaku kat Kajang...
Yang paling mengerikan kes lelaki toreh anu isterinya tu...ini berita terbaru dan terhangat la hari ni....konon terdengar ada suara halus la...jin ke apa dok suruh toreh....aku pulak yang terasa ngilunya....apa nak jadi lelaki sekarang ni.. daripada toreh anu isteri dia tu baik dia pi toreh getah ke apa...dapat gak hasilnya....
Ahhh...malaslah nak cerita pasal kaum adam ni...( macam tak sesuai pulak..sbb terbayang si Adam dalam siri Adamaya yang pijak semut pun tak mati tu)... lelaki Melayu terakhir abad ini....lebih2 nanti orang cakap aku anti lelaki pulak...apapun..orang lelaki kena ingat banyak jasa perempuan yang tak ternilai dengan wang ringgit kalau nak dikira....ingatlah ibu kita...orang yang melahirkan kita....bak kata pepatah `the hand who shake the cradle is the hand who rules the world'....maknanya `tangan yang menghayun buaian adalah tangan yang menggoncang dunia'...dan `di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu, di belakangnya adalah seorang wanita'...jadi kenapa lelaki tak reti2 lagi?
p/s : peace
2 comments:
makin lama makin teruk kezaliman terhadap wanita...apa sudah jadi...huhu
kenapa la lelaki zaman sekarang ni zalim2 ye...semuanya gara2 cemburu buta...kesian wanita...
Post a Comment