sponsored by

Wednesday, May 5, 2010

Wartawan Yang Tak Peka

Bukan nak cerita pasal AIM 17 yang dah agak basi kisahnya....cuma nak sentuh pasal kisah wartawan yang menulis kat HM `corat coret AIM 17'...

Mula-mula, tahniah kepada Yuna yang menang 4 kategori daripada 5 pencalonan....memang hebat...tabik spring buat Yuna...malam tu aku tengok dia dah agak pandai berfesyen..cuma tang awning kat bahu tu aku tak berapa berkenan..macam fesyen dulu-dulu...the rest thumbs up to her...

Tapi aku terhibur malam tu dengan persembahan artis baru Zee Avi dengan lagu `kantoi'nya....memang sempoi sekalipun bahasa caca marba tapi aku rasa orang sekarang dah boleh terima konsep mix language macam tu....lagi santai lagi cun...cuma tak berapa nak syok sebab Zee Avi tak sedar yang lipstick dia pakai tu dah terkena gigi dia...kalau dia tahu mesti dia tak nyanyi sambil tersenyum simpul..kesian dia...kamera patutnya tak payahlah nak fokus dekat2 sangat....

Lagi syok aku tengok AIM kali ni sebab favourite singer aku, Dyg Nurfaizah menang...chayok...chayok...boleh dengar satu Dewan Merdeka menjerit sebab berjaya mengalahkan album Dato' Siti....tapi sayang Dayang tak ada malam itu untuk menerima anugerah yang ditunggu2.....tapi aku tahu mana dayang waktu itu dan semestinya ramai yang kat luar sana pun tahu di mana beliau ketika itu....sah-sah dengan protegenya dalam siaran langsung Mentor musim ke 4 di TV3...

Yang peliknya kenapa ada wartawan tu macam tak peka langsung....takkan tak tahu dayang kat mana...selepas beberapa hari dengan sesuka hati sang wartawan dalam tulisannya boleh bertanya `di mana Dayang'...Aik? tak study langsung masa menulis...main hentam keromo je....nampak macam dayang pulak tak sporting dan sengaja tak nak datang di malam berprestij itu...


ps : kalau malam tu tulis story bolehlah dimaafkan....

3 comments:

etomyam said...

hahaha...sah-sah tak buat review dulu sebelum tulis...kekadang ndak cepat takut idea habis kot hehe

suzzsuzie said...

itulah pasal...yang dia komplen pulak Dyg Nurfaizah...silap orang la...hehehe...

Wawa~* said...

kadang2 kannn i rasa setengah2 (bkn sume ek, stengah2 je) x reti nak wat homework sblum mnulis atau even menginterview satu2 artis tu.

i pna dgr kisah wartawan intebiu artis ni, x tau yg artis ni bru kawin ke apa pdhal baru la bulan lepas artis tu kawin masuk majalah suat kabo sume. aiyok.. wartawan ker mcm tu?

mcm kes ni, tau la mngkin u x minat satu2 artis tu, but sblum mnulis tu bole x wat kaji slidik dulu sblom pakai taram jer nulis. yang bestnyer editor tu lepas kan la plak ye... uhuhu

Related Posts with Thumbnails