sponsored by

Friday, May 4, 2012

Stori Mori Balkises in Kelantan


Dapat tau daripada mr hubby yang my bro inlaw n his family nak datang Kelantan..kiranya visit before they off to Jeddah...sesi bertemu kaum kerabat la sebab after this lambat lagi nak jumpa..may be time balik Mesia end of the year baru dapat jumpa balik...bestnya sebab lama gak tak jumpa Farah, Shidee n their 3 little princess Humairah, adik Ana n Tata...lagipun, dorang semua ni tak pernah lagi datang ke negeri cik siti wan kembang ni.

So, we planned to bring them to our hot spots i;e Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang n my biras cik Liza bawa dorang ke Pasar Siti Khadijah in KB
tak sahla kalau datang sini tak jalan-jalan ke tempat2 best ni..best ker? 

k..malas nak citer panjang..juz some pics for sharing...

kanak-kanak riang...first day sampai bawa
Farah n family jalan2 kt Wakaf Che Yeh.
Sempat la Farah shoping sakan tudung polkadot version..


singgah sekejap kat rumah tokey dodol kak Sabariah..dekat je dengan rumah
aku..on the way ke Rantau Panjang..kalau datang Kelantan, boleh singgah sini nak shopping dodol ataupun serunding. Harga memuaskan..

LEGA...kalau datang Rantau Panjang jangan lupa singgah kedai cendol ni..air ...memang kaw n terbaek
NAK TOPI... shopping topi dulu...


PEACE..
AND...in KB...cik liza order nasik lemak and roti jala for breakfast before they left to Cameron Highland...transit lagi sebelum balik KL


SELAMAT MENJAMU SELERA


SAYONARA....hugs n kisses from us


Monday, April 30, 2012

HARI PEKERJA UNTUK SEMUA

Selamat Hari Pekerja...bagi yang bekerja. Kalau bukan anak2 aku cuti hari ni..sah2 aku tak tau hari ni Hari Pekerja sebab dah lama aku tak kerja. Jadi aku tak ingat langsung dah tarikh 1 Mei ni...

Sekarang ni aku kerja sendiri maknanya aku kena bekerja di hari orang bercuti..pernahke aku cuti pada Hari Pekerja?

Seingat aku la kerja pertama aku selepas habis belajar..masa tu aku belum graduate tapi rezekilah katakan, kerja yang aku apply terus dapat walaupun ketika itu beratus2 yang dtg interview sama dengan aku. semuanya dah ada experience, dah pernah menjalani latihan praktikal kat situ tapi rezeki aku agaknya...alhamdulillah...terimakasih NSTP kerana ambik aku bekerja..

kerja aku tak macam orang lain..hari minggu kerja hari biasa aku off day..kadang2 masuk kul 3 ptg balik kul 12 malam..hari raya pun aku kerja termasuk pada Hari Pekerja...

kerjaya kedua aku pun sama..hari raya ke, hari pekerja ke, public holiday itulah hari2 aku bekerja...kadang2 masuk kul 5 pagi balik kul 11 pagi...hari raya pun kena masuk bertugas...maknanya aku tak cuti jugak di Hari Pekerja...sebab klu cuti macamana orang nak tengok tv..hari cutilah citer best2..

kerjaya aku seterusnya pun macam tu jugakla...hari2 cutilah orang sibuk nak buat event itu ini yang sah2 memerlukan kerahan tenaga aku...

Tapi aku sangat2 bersyukur walaupun aku tak kerja macam orang lain, lebih baik daripada dok melepak kat rumah takde kerja...

Hakikatnya walau di mana kita berada kita adalah seorang pekerja...termasuk surirumah yang tak habis2 bekerja untuk suami dan anak2...

Selamat Hari Pekerja untuk semua...

okeylah..stop kat sini aku ada kerja nak buat..nak basuh pinggan, nak mop lantai dan macam2 kerja dok menunggu..

Happy Ending

At last....setelah berbulan2 aku berhempas pulas membega sini dan sinun akhirnya blog aku telah kembali dgn jayanya.. aku pun tak ingat camana aku berjaya mendapatkan balik blog ni...yang pasti aku kena cari kat google chrome. kalau google biasa je aku cuma dapat tengok header jer...
masih musykil lagi cuma bersyukur je la setakat ni..tak nak pening2 kepala...yang pasti template pun dah berubah sebab aku tukar baru...

tak nak cakap banyak...syukur.....alhamdulillah

Wednesday, March 21, 2012

Super Orange Nik Azrin n Hisham's Wedding

Sekadar berkongsi cerita wedding Nik Azrin dan Hisham

di Pasir Mas, Kelantan



Eventhough semuanya bewarna oren dari khemah, pelamin, psangan pengantin, krew yang terlibat tp nampak so cool sebab digabungkan dengan warna putih...








pengantin sdg di`touchup'







pengantin lelaki baru tiba







kek pun dah hampir cair...panas sangat...anyway i love the cake deco..so sweet
 that's all...kepada yang berminat boleh dapatkan tempahan pelamin dan khidmat solekan dari kami...semuanya di Dhiya Pengantin @ Lestari Cinta Wedding Planner...di Pasir Mas, Kelantan




Tuesday, March 6, 2012

pening...

sakit jiwa bila buka blog tak ada entri langsung..blank...maybe sebab dah berkurun aku tak jenguk sini...masih dalam proses membaikpulih lagi...sampai tghmalm mr huby dok menggodek sini sinun...hopefully semuanya ok by tomorrow...

Thursday, February 24, 2011

Pity of Him

Last week Qhazim merah2 satu badan. mula2 i ingatkan kena gigit nyamuk atau maybe semut ke apa. lepas sapu ubat terus biarkan macam tu je...

the next day time nak pakai baju nak pergi sekolah, i nampak dah makin teruk then terus bawak gi klinik...

rupanya doc cakap dia kena chicken pox..dapat MC one week...but he's not so happy coz this week ada monthly test...nak wat camana, juz pergi sekolah hantar Mc je la.

Then bagila minum air kelapa muda sepertimana yang disuruh oleh orang tua...katanya nak bagi cepat sembuh...selain ubat doc ada juga klinik bagi ubat sapu, callamine ala2 bedak sejuk cam tu..habislah Qhazim..dah tak hensem lagi..kulit abis berparut.

Till today Qhazim punya chicken pox is getting worst so i juz pegi sekolah tanya class teacher shud he come to school or not. ye la anak dah insist nak pergi sekolah mak dia pulak lebih2 suruh cuti lagi...apapun, hari ni Qhazim tetap pergi dan habiskan semua test untuk semua subjek dalam 1 hari...gud luck to you my boy...mommy will pray for u

and..hopefully qhazim sabar sikit sebab tak dapat makan ikan dan telur..his favourite tu..takut gatal2 nanti...and..no more kicap ye...selamat berpantang...

Saturday, February 12, 2011

Pelan Simpanan Menarik Dengan AmCash Guarantee21+

Pernah dengar AmCash Guarantee 21+ tak?

Actually I baru je dapat tahu tentang Pelan Simpanan dan Perlindungan yang sangat best ni....ramai member2 dah start buat simpanan dengan AmCash Guarantee 21+. Dorang bagitau yang simpanan AmCash ni memang banyak kelebihannya berbanding skim yang lain termasuk ASB yang ada turun dan naiknya.

apa kelebihannya:-

1. JAMINAN SIMPANAN MASA DEPAN (persaraan/ pendidikan anak)

2. KEUNTUNGAN BERBENTUK DIVIDEN TUNAI (anggaran 4% - 10% setahun)

3. PERLINDUNGAN PENDAPATAN YANG KOMPREHENSIF (3 in 1)

1. Dana kecemasan 36 jenis penyakit kritikal
2. Dana kecemasan hilang upaya kekal
3. Khairat kematian

4. PENGELUARAN TUNAI TERJAMIN (SETIAP 3 TAHUN)

thn ke 3 = 8% x jumlah perlindungan
thn ke 6 = 10% x jumlah perlindungan
thn ke 9 = 10% x jumlah perlindungan
thn ke 12= 10% x jumlah perlindungan
thn ke 15= 10% x jumlah perlindungan
thn ke 18= 10% x jumlah perlindungan
thn ke 21= 42% x jumlah perlindungan + dividen Tunai/terminal

5. PINJAMAN PENDIDIKAN (maksima rm50,000)

6. PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN (maksima rm7,000 setahun)

7. KEUNTUNGAN SIMPANAN BEBAS DARI CUKAI

banyakkan kelebihannya...sebenarnya tak rugi join AmCash Guarantee 21+ ni sebab ia salah satu cara mendidik kita membuat simpanan dengan lebih teratur dan berdisiplin...

nak cerita lebih2 pun i bukanlah arif sangat, sekadar berkongsi sesuatu yang rasanya sangat bermanfaat dan menguntungkan..

Nak tahu lebih lanjut anda bolehlah berhubung dengan ejen yang bertauliah dan dilantik oleh Ambank sendiri...
Related Posts with Thumbnails