sponsored by

Showing posts with label nak cantik. Show all posts
Showing posts with label nak cantik. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Beauty Product For You

Rasanya kalau kita dok menjual produk kecantikan tanpa ilmu yang cukup mesti rasa tak lengkap betul tak? silap2 orang dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri...jangan nanti kena kutuk...yo yo ajo....muka sendiri tak berkesudahan nak sibuk pasal muka orang....

ye lah...kita tak tau produk apa yang sesuai mengikut jenis kulit...normal, berjerawat, kombinasi, kering, sensitif dan macam-macam lagi. jerawat pun ada macam2...ada jerawat batu, jerawat nasi, jerawat halus, bernanah..

sekarang ni aku tak berapa risau sangat tentang produk yang bagus sebab ia memang bagus...dirumus oleh Dr Mohd Shuhaimi Mustapha, ahli farmasi dan ada ijazah PhD dalam Farmakologi....dan yang penting HALAL....wajib tau ye...produk yang halal, yang boleh dipakai untuk bersembahyang semua tu...jangan main tibai je

ini cumalah sebahagian rangkaian produk rizreni yang sangat mendapat sambutan. perawatan dari kulit muka, rambut dan keseluruhan badan. kena tau produk ni takde hidrokinon dan tak payah la nak pening kepala takut muka jadi merah macam udang kena bakar ke, takut mengelupas, radang dan sebagainya....

bukan setakat nak cantik luaran tetapi merawat kulit menjadi lebih sihat, kurang kedut, tiada parut, warna sekata, liang roma kecik, tanpa jerawat, halus, lembut...cukup..cukup



boleh buat rawatan muka di salun juga....jadi beautician boleh analisa kulit anda, rawat dan syorkan produk mana yang sesuai.



kalau datang berteman tu bolehla suruh kawan gunting rambut ke...straighten ke apa dulu....kira sama2 cantik la nanti

ni salah seorang beautician...masih baru..kulit dia mula2 tak elok..berjerawat, kusam dan gelap...cukuplah...sian dia...ops tapi sekarang lepas satu minggu kulit dia memang cantik...

walaupun hitam manis tapi nampak halus dan mulus...ingat..kulit cantik bukan bermakna anda berkulit cerah, putih melepak tetapi kulit yang flawless sangat penting...


tengok je la Dayang nurfaizah, ziana zain, deja moss, nurul...dorang tu semua mempunyai kulit yang sangat cantik walaupun tone kulit gelap.



ps: sebenarnya kulit gelap adalah sangat cantik bila bersolek...jadi janganlah pakai produk yang bukan-bukan kat luar sana tu, sanggup putihkan kulit, rela mengelupas bagai semata2 kerana nak putih...rawatlah dengan cara yang sihat.... dan pastikan produk mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan

Tuesday, October 12, 2010

BEST LA

macam best walaupun baru 1 minggu ambik...bau dia mak aii...so fishy..ye la produk berasaskan sumber laut so pada yang ada alergi seafud sila jangan cuba, ibu menyusukan bayi juga dilarang ye....kalau nak yang sedap kenala makan DN Hans sebab rasa oren.

Imedeen ni cuma ambil sebiji sebelah pagi dan sebelah malam sebelum tidur minum dengan segelas air kosong je...i mula perasan kulit akan semakin lembap bukan je kulit muka tapi kulit tangan dan kaki juga. sebelum guna kulit i agak kering sebab dah agak berumur kan? dah kendur sana sini..hahaha



memang lah boleh sapu losyen kat kulit badan..*sila pilih vaseline ye*...tapi kulit kita kan ada banyak lapisan...losyen ni hanya luaran..dalaman kulit macamana? kena jaga juga..bila usia meningkat kandungan kolagen dalam kulit semakin berkurang..nak kena ganti la dgn kolagen baru...


i makan imedeen classic..boleh dapat kat mana-mana farmasi..rege dalam rm165.00 sekotak. harap-harap lepas ni boleh maintain makan ni sebab kesan dia sangat cepat..kulit muka pun ada kelainan.


makan kolagen, supplement ni penting bukan sebab kita berangan nak cantik macam maya karin, nak gebu macam zizie ezzette tapi cukupla mata tak sakit bila tengok rupa sendiri kat cermin tu..betul tak?

cantik macam maya karin...sapa tak nak...pakai apapun nampak jelita, gojes...

agak-agak apa dia makan ye...
Related Posts with Thumbnails