sponsored by

Showing posts with label kuah laksam kelantan. Show all posts
Showing posts with label kuah laksam kelantan. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Resepi Bulan Puasa - Laksam Kelantan

Siapa tak pernah makan laksam angkat tangan.....mesti semua pernah pekena laksam kan especially kalau anda penggemar makanan negeri Cik Siti Wan Kembang....kalau berkunjung ke Kelantan tak sah kalau tak makan laksam ni...tapi buat sendiri pun tak susah....jom kongsi resepi dengan saya.......

Bahan-bahan laksam:
tepung beras
dan segenggam nasi (blend sekali)
sedikit air
garam

Cara2: bancuh bahan yang sudah diblend dengan air..panaskan pengukus...bahan bancuhan sedukkan dan tuang atas tutup periuk...dah kukus lebih kurang 4 5 minit, angkat dan gulung...minyakkan sikit tangan untuk elakkan melekat. Dah sejuk potong gulungn nipis2.

Untuk Kuah:
ikan kembung/ikan sardin (cari kat pasar)- rebus, ambik isinya blend... (tulang - blend jugak -ambik airnya sahaja)
bawang merah, bawang putih, sedikit halia (blend)
lada hitam (blend)
santan
asam gelugur (elakkan hanyir)

Cara-cara:

masukkan semua bahan dalam periuk termasuk santan pekat, jangan tumis dengan minyak pulak...bila mendidih, masukkan la bunga kantan sikit biar wangi, masukkan juga santan cair...lepas mendidih kira dah masak la tu...boleh angkat...

hidangan:

hidangkan bersama ulaman seperti kacang panjang, tauge, timun potong nipis


laksam yang dah siap digulung dipotong nipis-nipis
kuah ni boleh jugak makan dengan laksa kelantan iaitu laksa tepung beras..bukan laksa segera tu

ulam-ulaman dan sambal untuk lebih pedas

petua : ada orang guna tepung gandum tapi mak saya ajar letak nasi (blend) baru la malatops laksam tu
Related Posts with Thumbnails