sponsored by

Monday, May 21, 2012

Old Town White Coffee kat Kuantan Melayu Punya


Hari tu masa gi Kuantan, i was thinking to meet my old bestfren Emillia Sabrina since my hubby ada gather2 dgn member2 old skul dia..col Emi dia gi KL so tak dapatla jumpa..dia tanya kt Kuantan nk jumpa kat mana then aku bgtau jumpa kat Old Town White Coffee je la, senang boleh lepak lelama...boleh bertenet bagai...

yang tak sedap dengar bila emi cakap tak minat nak makan kat OTWC sebab owner semua bukan melayu even pekerja mereka bangsa kita.  Ye la...skg ni ramai orang kita yang very particular bab2 halal non halal nih...aku pun dulu kalau pergi OTWC cuma order set roti bakar je..lebih2 tak berani sejak ada kes yang dok heboh hari tu..

anyway..korang tak payah risau sebab OTWC kat Kuantan ni memang hundred percent melayu punya...tak caya? cuba pergi Old Town White Coffee kat Mahkota Square, Kuantan...sebelah Bank Islam..tya sapa owner dia..

nah..ini dia...promosi sikit...lepas ni boleh dapat diskaun lagi

TOKEY KEDAI ... sebelah kanan sekali baju putih mr khairuzamani  aka Mat Pet, the only  Malay yang menjalankan perniagaan Old Town White Coffee kat Malaysia...setakat ni la
yang tiga orang ni anak-anak aku...dah boring tunggu lama daddy dok berborak sakan...
kasi can la dorang lama dah tak jumpa..macam2 nak citer ..makan pun dah selesai


depa panggil teh tarik session...TTS tapi takde teh tarik pun

123...SMILE...ACTION..
NASI LEMAK pun ada...siap ada papadom lagi..


ps:  aku tumpang bangga sebab orang Melayu pun dah ada yang jadi pengusaha  Old Town White Coffee

Wednesday, May 9, 2012

Sata dan Otak-Otak Ganu Kite Terbaek

Sapa-sapa yang tak pernah makan sate ikan yang dipanggil sata, aku nak stori mori pasal makanan sukaramai  bagi mereka yang pernah berkunjung ke Trengganu..tak payah la susah2 pikir nak makan apa kat sini sebab macam2 ada...cuma antara sdap dengan kureng je...

So kalau nak makan sata sedap korang kenalah singgah kat Kuala Kemaman...dekat je kalau dari Cherating..sepanjang jalan korang boleh nampak warung2 yang menjual sata dan otak2...memang heaven la...

kalau tak biasa makan, cuba try sekali memang sah2 korang akan teringat2..nape tak caya?

tengok je la berapa banyak aku order pada asalnya...

sepinggan sata dan otak-otak biasanya ada 10 keping...tak payah ckp nak berapa biasanya  pakcik makcik yang meniaga tu dah tau dah...tak cukup mintak ler tambah
sepinggan dalam rm5 je
ni dia otak-otak berempah..terbaek pernah aku pernah jumpa...tersangatlah  moistnya
 
sata ni\boleh juga makan dengan sos pencicah...makan cam tu aja pun dah sedap
                                                               
air kelapa wajib ado sebagai minuman pelengkap dalam menu sata dan otak-otak
dan akhirnya....berapa banyak kitaorang makan? tak sampai rm50  ternasuk 7 gelas air  kelapa..sangat berbaloi kan?
makan banyak ni kes tak lunch lagi...lepas geram nak makan sata

tunggu apa lagi...

ps: sata tak payah makan denngan sos pencicah sebenarnya...agak2 mengada lebih bolehla mintak sos tu

Friday, May 4, 2012

Stori Mori Balkises in Kelantan


Dapat tau daripada mr hubby yang my bro inlaw n his family nak datang Kelantan..kiranya visit before they off to Jeddah...sesi bertemu kaum kerabat la sebab after this lambat lagi nak jumpa..may be time balik Mesia end of the year baru dapat jumpa balik...bestnya sebab lama gak tak jumpa Farah, Shidee n their 3 little princess Humairah, adik Ana n Tata...lagipun, dorang semua ni tak pernah lagi datang ke negeri cik siti wan kembang ni.

So, we planned to bring them to our hot spots i;e Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang n my biras cik Liza bawa dorang ke Pasar Siti Khadijah in KB
tak sahla kalau datang sini tak jalan-jalan ke tempat2 best ni..best ker? 

k..malas nak citer panjang..juz some pics for sharing...

kanak-kanak riang...first day sampai bawa
Farah n family jalan2 kt Wakaf Che Yeh.
Sempat la Farah shoping sakan tudung polkadot version..


singgah sekejap kat rumah tokey dodol kak Sabariah..dekat je dengan rumah
aku..on the way ke Rantau Panjang..kalau datang Kelantan, boleh singgah sini nak shopping dodol ataupun serunding. Harga memuaskan..

LEGA...kalau datang Rantau Panjang jangan lupa singgah kedai cendol ni..air ...memang kaw n terbaek
NAK TOPI... shopping topi dulu...


PEACE..
AND...in KB...cik liza order nasik lemak and roti jala for breakfast before they left to Cameron Highland...transit lagi sebelum balik KL


SELAMAT MENJAMU SELERA


SAYONARA....hugs n kisses from us


Monday, April 30, 2012

HARI PEKERJA UNTUK SEMUA

Selamat Hari Pekerja...bagi yang bekerja. Kalau bukan anak2 aku cuti hari ni..sah2 aku tak tau hari ni Hari Pekerja sebab dah lama aku tak kerja. Jadi aku tak ingat langsung dah tarikh 1 Mei ni...

Sekarang ni aku kerja sendiri maknanya aku kena bekerja di hari orang bercuti..pernahke aku cuti pada Hari Pekerja?

Seingat aku la kerja pertama aku selepas habis belajar..masa tu aku belum graduate tapi rezekilah katakan, kerja yang aku apply terus dapat walaupun ketika itu beratus2 yang dtg interview sama dengan aku. semuanya dah ada experience, dah pernah menjalani latihan praktikal kat situ tapi rezeki aku agaknya...alhamdulillah...terimakasih NSTP kerana ambik aku bekerja..

kerja aku tak macam orang lain..hari minggu kerja hari biasa aku off day..kadang2 masuk kul 3 ptg balik kul 12 malam..hari raya pun aku kerja termasuk pada Hari Pekerja...

kerjaya kedua aku pun sama..hari raya ke, hari pekerja ke, public holiday itulah hari2 aku bekerja...kadang2 masuk kul 5 pagi balik kul 11 pagi...hari raya pun kena masuk bertugas...maknanya aku tak cuti jugak di Hari Pekerja...sebab klu cuti macamana orang nak tengok tv..hari cutilah citer best2..

kerjaya aku seterusnya pun macam tu jugakla...hari2 cutilah orang sibuk nak buat event itu ini yang sah2 memerlukan kerahan tenaga aku...

Tapi aku sangat2 bersyukur walaupun aku tak kerja macam orang lain, lebih baik daripada dok melepak kat rumah takde kerja...

Hakikatnya walau di mana kita berada kita adalah seorang pekerja...termasuk surirumah yang tak habis2 bekerja untuk suami dan anak2...

Selamat Hari Pekerja untuk semua...

okeylah..stop kat sini aku ada kerja nak buat..nak basuh pinggan, nak mop lantai dan macam2 kerja dok menunggu..

Happy Ending

At last....setelah berbulan2 aku berhempas pulas membega sini dan sinun akhirnya blog aku telah kembali dgn jayanya.. aku pun tak ingat camana aku berjaya mendapatkan balik blog ni...yang pasti aku kena cari kat google chrome. kalau google biasa je aku cuma dapat tengok header jer...
masih musykil lagi cuma bersyukur je la setakat ni..tak nak pening2 kepala...yang pasti template pun dah berubah sebab aku tukar baru...

tak nak cakap banyak...syukur.....alhamdulillah

Wednesday, March 21, 2012

Super Orange Nik Azrin n Hisham's Wedding

Sekadar berkongsi cerita wedding Nik Azrin dan Hisham

di Pasir Mas, Kelantan



Eventhough semuanya bewarna oren dari khemah, pelamin, psangan pengantin, krew yang terlibat tp nampak so cool sebab digabungkan dengan warna putih...








pengantin sdg di`touchup'







pengantin lelaki baru tiba







kek pun dah hampir cair...panas sangat...anyway i love the cake deco..so sweet
 that's all...kepada yang berminat boleh dapatkan tempahan pelamin dan khidmat solekan dari kami...semuanya di Dhiya Pengantin @ Lestari Cinta Wedding Planner...di Pasir Mas, Kelantan




Tuesday, March 6, 2012

pening...

sakit jiwa bila buka blog tak ada entri langsung..blank...maybe sebab dah berkurun aku tak jenguk sini...masih dalam proses membaikpulih lagi...sampai tghmalm mr huby dok menggodek sini sinun...hopefully semuanya ok by tomorrow...
Related Posts with Thumbnails