sponsored by

Showing posts with label pecal. rendang. Show all posts
Showing posts with label pecal. rendang. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

Sempena Ramadan Ini

Camana semua? dah ganti puasa ke belum? tak lama dah nak puasa...tinggal berapa hari je lagi...aku dah setel semua hutang puasa ni..sekarang ni nak plan baik2 diet sempena ramadan..taknak membazir...nak buka puasa ala kadar je...janji boleh nampak vogue dengan baju raya nanti...harap2 lah...

Ops...puasa tak sah kan kalau tak de kurma. Inilah kurma yang dibawa khas dari Jeddah...fresh ya..oleh cik farah . Tak silap sekotak 5 kg...rege dalam 75 riyal...kalau tak silap la.

Tapi kurma2 ni telah dipack dan disedekahkan kepada kumpulan Yassin mak mertua sempena Majlis Kesyukuran dan menyambut puasa semalam.....ye la..namapun sempena puasa kan....


kumpulan marhaban Cheras


Menu : nasi putih, rendang daging, masak lemak rebung & perut, sayur terung, ketupat daun palas pun ada

desert : agar2 santan (sponsored by cikmah), agar2 sirap, puding laici (sponsored by ateh),

sebelum tu.....makan pecal (macam rojak), laksa Johor by Chiko
keropok lekor, sata ikan & tapai beras sponsored by cik liza all the way from Trengganu....mana tak mabuk..nak pitam pun ada lepas makan.......
nampak tak camana dorang seronok makan daripada pagi sampai malam....baby pun enjoy sama...

Gila...serius nak diet...lepas tu makan kek pulak sambut bday Usu...malam sebelum tu potong kek birthday Ojeem, my son....
tolonglah lepas ni jangan ada makan2 lagi....aku nak kurus...

ps: tgh dok menaip ni tiba2 ada neighbour datang hantar kek buah pulak....aduss.....sangatlah menduga..
Related Posts with Thumbnails