sponsored by

Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Lopes Setiap Hari


Ini kuih lopes...bukan jeniffer lopes okay.......dah empat hari puasa i tak pernah miss dalam menu. Actually bukan bulan puasa je...ini kuih favourite i pagi petang siang malam walaupun di hari biasa.......makan pun tak puas2 jugak....

Pada yang nak buat sendiri ini resepinya:

Bahan

2 helai daun pandan ( masukkan air sikit ) tumbuk/blend
500ml air
400 gm beras pulut (basuh dan toskan)
1 sudu teh garam
daun pisang
kelapa parut putih, gaulkan dengan sedikit garam

Cara membuatnya:-

beras pulu air dan jus pandan disatukan dalam periuk...tanak hingga mendidih atas api sederhana. Gaul dengan garam. Teruskan masak hingga kering...kecikkan api dan tunggu sehingga pulut masak.

Lipat daun pisang bentuk kon. masukkan dua sudu beras pulut yang telah ditanak tadi dan balutlah dengan kemas. susun dalam pengukus selama 20 hingga 30 minit. tutup api dan biarkan sejuk.......

Air Gula:

Gunakan gula merah/ manisan
sedikit garam
gula pasir


kacau sehingga gula hancur dan pekat...hidang

Friday, August 13, 2010

Kuih Akok...Harus Ku Cari

Semalam aku baru lepas chat dengan adik kat kampung...dia tengok status Fb aku rindu nak makan kuih akok...dia cakap bagitahu la nak makan apa nanti dai bawak ke KL tapi jangan suruh bawak akok sudah...hehe...

Kat sini aku tak jumpa akok sedap....makanan wajib cari orang kelantan....

entah camana aku terjumpa kat FB , kuih akok kedut yang memanggil2....tapi kat KL ni takde satu pun yang mari dengan tekak aku...mana ada rasa telur..mana ada kedutnya.... gambar pinjam kt FB Lauk pauk Kuih Muih Kelate....aku hari2 jamu mata kat situ..kedut tu melambangkan kekedekutnya tuan buat akok...lagi banyak kedut lagi pemurah la tuannya sebab letak banyak telur...takde rasa tepung...

gambar pinjam kat mancekak.blogspot.com

Haa...ni akok bunga...nampak macam kuih bingka tapi acuan je..rasa tak sama....telur banyak...tepung sikit itulah akok....lebih2 boleh tengok kat blog panorama sg Kelantan

ada cerita pasal akok sedap kat situ..termasuk akok femes kat kampung aku....

ps : kalau siapa ke Pasir mas jangan lupa cari akok Risda...beratur dari jam 2 petang kalau nak beli....memang sedap gila la...aku gerenti

Sunday, August 8, 2010

Sempena Ramadan Ini

Camana semua? dah ganti puasa ke belum? tak lama dah nak puasa...tinggal berapa hari je lagi...aku dah setel semua hutang puasa ni..sekarang ni nak plan baik2 diet sempena ramadan..taknak membazir...nak buka puasa ala kadar je...janji boleh nampak vogue dengan baju raya nanti...harap2 lah...

Ops...puasa tak sah kan kalau tak de kurma. Inilah kurma yang dibawa khas dari Jeddah...fresh ya..oleh cik farah . Tak silap sekotak 5 kg...rege dalam 75 riyal...kalau tak silap la.

Tapi kurma2 ni telah dipack dan disedekahkan kepada kumpulan Yassin mak mertua sempena Majlis Kesyukuran dan menyambut puasa semalam.....ye la..namapun sempena puasa kan....


kumpulan marhaban Cheras


Menu : nasi putih, rendang daging, masak lemak rebung & perut, sayur terung, ketupat daun palas pun ada

desert : agar2 santan (sponsored by cikmah), agar2 sirap, puding laici (sponsored by ateh),

sebelum tu.....makan pecal (macam rojak), laksa Johor by Chiko
keropok lekor, sata ikan & tapai beras sponsored by cik liza all the way from Trengganu....mana tak mabuk..nak pitam pun ada lepas makan.......
nampak tak camana dorang seronok makan daripada pagi sampai malam....baby pun enjoy sama...

Gila...serius nak diet...lepas tu makan kek pulak sambut bday Usu...malam sebelum tu potong kek birthday Ojeem, my son....
tolonglah lepas ni jangan ada makan2 lagi....aku nak kurus...

ps: tgh dok menaip ni tiba2 ada neighbour datang hantar kek buah pulak....aduss.....sangatlah menduga..
Related Posts with Thumbnails