sponsored by

Showing posts with label kempen hari pahlawan. Show all posts
Showing posts with label kempen hari pahlawan. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

Selamat Hari Pahlawan

Nasib baik la aku teringat hari ni 31 Julai...apa yang istimewa sangat dengan tarikh ni? aku agak kalau tanya sesiapa pun ramai yang tak tahu termasuk guru.. budak sekolah lagilah tak tahu. Kalau bukan kerana pernah terlibat dengan Kempen Hari Pahlawan ni...aku pun tak tahu apa....

Yang pasti inilah tarikh keramat bagi bekas perajurit kita...pada hari inilah setiap tahun Kempen Hari Pahlawan dilancarkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang telah terkorban dan cedera di medan perang bagi mempertahankan tanahair kita.

Yang kita cuma nampak, bila ada orang masuk kelas dan menghulur tabung bagi mengisi Tabung Kempen Hari Pahlawan....maka setiap seorang akan diberi satu bendera sebagai kenangan. Tak ada tanggapan lain selain daripada derma...

Tahun ini Tabung Kempen Hari Pahlawan telah bermula sejak 1 Julai sehingga 30 Setember 2010. Dermalah dengan ikhlas dan pakailah bungaraya sebagai penghargaan dan sokongan terhadap KHP ini.

meletakkan kalungan bunga raya di Tugu Negara adalah agenda wajib pada Kempen Hari Pahlawan

Kakitangan Warisan Ad yang terlibat menjayakan Kempen Hari Pahlawan termasuk mendapatkan penajaan korporat, individu dan sekolah bagi mengisi Tabung Kempen Hari Pahlawan......Bunga raya menjadi pengganti bendera sejak tiga tahun lalu
(gambar Berita Harian)



Tanggungjawab sosial...kanak2 perlu dididik supaya menghargai pahlawan negara.
SKBTHO turut menjayakan Tabung Kempen Hari Pahlawan...(promote sekolah anak sendiri nampak)Pak Nuri Angkasa dan dua rakan baiknya yang juga bekas tentera yang terlibat menentang komunis suatu ketika dulu...bestfriend sampai sekarang...banyak cerita sedih yang aku dengar bila lepak dengan mereka...thank you uncle for sharing


kepada syarikat korporat di luar sana, jasa dan pengorbanan bekas tentera kita memang tidak dapat dinilai dengan keharmonian dan kesejahteraan negara yang kita kecapi hari ini...sumbanglah walau sedikit kerana setakat ini ada lebih 121,000 bekas tentera yang perlu diberi perhatian....kebanyakan mereka bukanlah orang berada....sumbangan anda mendapat pengecualian cukai..jadi tunggu apa lagi...

ps : berkempen bukan sebab aku anak tentera...bapa aku cuma orang biasa yang mengecapi kenikmatan hidup atas jasa dan tumpah darah pahlawan kita....cuma aku sedih bila tengok ramai bekas tentera jadi anggota keselamatan...berapa senla sangat gaji dorang...kesian kan?



Related Posts with Thumbnails